Sunday, September 10, 2017

Edisi Mudah: Sup Jagung & Crabstick [Resepi]

Assalamualaikum.

Lama sangat dah aku tak share resepi mudah kat belog ni, faktor utama malas dan lupa ambik hasil masakan lepas dah siap masak tu. Resepi ni mudah ja sebab hanya perlu didihkan ja. Aku pakai rice cooker pun elok ja menjadi dan sedap!

Resepi asal dapat dari google, banyak belog share resepi ni. Tapi aku macam biasa, olah ikut sedap tekak, kalau tak sedap diam ja lah. lel.


Resepi Sup Jagung & Crabstick 

Bahan:
1 tin jagung manis (ala krim)
1 paket Crabstick
1 kiub ayam
1 biji telur
Air
Bawang goreng
Cili padi

Cara-cara:
1. Didihkan air dalam 2 gelas macam tu, aku agak-agak separuh rice cooker aku ja sebab takmau melimpah sup tu nanti. Masukkan kiub ayam sekali dalam periuk tu.
2. Kemudian sambil tunggu air mendidih dan kiub ayam larut, boleh la carikkan crabstick tu. Lepastu,  masukkan semua crabstick dalam periuk.
3. Pecahkan telur dalam mangkuk kecik dan pukul telur tu. Mana tau kot telur busuk kan, naya! Dah selesai, masukkan telur dalam periuk.
4. Boleh tabur bawang goreng dan cili padi untuk hiasan. Optional.
5. Siap dah!

Versi aku, memang kena ada cili padi ;)

* Aku tak letak gula dan garam sebab jagung dalam tin tu dah manis, kiub ayam dah masin. So, setel.
* Tak letak bancuhan tepung jagung jugak, sebab tak suka bau dia.
* Telur guna sebiji ja, sebab taknak heavy sangat.
* Boleh letak lobak merah kalau suka, didih awal sama timing dengan kiub ayam jadi lobak tu sempat la lembut elok.



M.

1 comment: