Monday, June 12, 2017

Percaya Pada Rezeki Tapi...

Assalamualaikum.

Sebagai manusia ni, kita kena percaya pada rezeki tapi..janganlah pulak malas berusaha. Contoh paling mudah, hang percaya hang akan berjaya dapat straight A SPM tapi hareeeem nak buka buku seminggu sekali pun payah. Usaha takdak, lepastu berangan nak berjaya bullshit betul perangai gitu. Feeling remaja sangat pakai contoh SPM haha.. Tiap kali lepas SPM aku macam aku kira dah berapa tahun benda tu berlalu dan fuh terdiam sejenak sebab tua weh =_=

Oh previous post aku macam dramaqueen sikit sebab pikir pasal duit kan.. Don't worry bebeh i'm fine..in few days i dapat gaji..wehaa. Rezeki itu ada, kalau rasa susah, DOA. Dah, jangan sampai aku masuk mode setazah. Silap-silap terceramah lima perenggan satgi..mau pening baca. I survived! Selain daripada mak ayah yang menghulur sedikit sebanyak, bisnes iols ok la jalan jugak so ada sumber kewangan tambahan di situ..amin. 

Zaman sekarang ni biasalah bila orang buat dua kerja pada waktu yang sama kan. Dah banyak dah orang buat bisnes as part time. Personally aku rasa ok ja, asalkan tugas hakiki tak terganggu..tak guna barang pejabat untuk kepentingan bisnes sendiri, tak curi masa bekerja untuk buat bisnes. Kalau masa rehat, lepas waktu pejabat aku rasa ok ja. Bisnes ni banyak benda nak kena pastikan, terlalu mencabar walaupun hang sekadar menjual air tebu di bazar ramadan. Sedapnya air tebu, balik rumah nanti nak request la.