Sunday, February 5, 2017

Review: Herb Day 365 Cleansing Foam Lemon-TheFaceShop

Assalamualaikum


Herb Day 365 Cleansing Foam Lemon TheFaceShop
RM 20.03 (termasuk GST)
Boleh dibeli di mana-mana kedai TheFaceShop
Juga secara online di Hermo.my

Aku dengan sedikit kerajinan insyaAllah akan cuba mengulas produk yang aku guna. Nope, tidak dibayar. Semua memang spend duit sendiri saja. Seperti namanya yang panjang berjela dan ada nombor 365 disitu, aku rasa sebab nak bagitau isinya banyak, sesuai dan mampu bertahan sampai 365 hari. Ada sesiapa boleh bagi pencerahan kenapa namanya begitu? Kalau salah benda aku tulis ni bagitau ya. Dalam siri 365 ni, ada 5 pilihan: Lemon, Peach, Aloe, Acerola dan Mung beans. Boleh baca lebih lanjut di laman faceshop sendiri atau di link hermo tu, tengok mana satu yang sesuai dengan kulit anda. Sebelum ni aku pernah cuba yang Peach, kali ni cuba Lemon pula. Untuk Lemon ni memang bau macam lemon, masa guna yang Peach tu taklah bau peach sangat. Hmm apa punya penerangan la aku bagi ni.

Berkesan ke? Nak kata berkesan gila tu taklah. Tapi semakin meningkat usia ni kulit aku makin sensitif, kalau banyak sangat bahan kimia muka aku rasa pedih. Kalau tak salah aku, perkataan tu 'rengsa' kan? Muka rasa pedih dan tak selesa. Untuk siri TheFaceShop 365 ni bagi aku memang bagus sebab kulit aku tak rasa rengsa tu. Dan 365 days kot, save gila duit aku. Oh ya, kesan berbeza untuk jenis kulit berbeza. 

Recommended untuk student sebab save cost nak beli pencuci muka, boleh tahan cukup lama sebab guna sikit pun dah ok dan meliputi seluruh muka. Kecuali kalau muka hang sebesar gajah, yang tu pakai satu tiub ni sebulan pun tak boleh, maybe dua tiub sebulan. Kamon la muka aku yang lebar dan cuci dua kali sehari ni pun mampu pakai almost 8-9 bulan camtu kot. Taktau exact berapa bulan tapi memang lama baru habis satu tiub ni. Yang aku pasti less than 12 bulan a.k.a 365 hari sebab kalau balik rumah/kampung semua orang bantai ja pakai cleanser orang lain. Sama ada atas faktor nak try produk baru, lupa bawak balik cleanser sendiri ataupun saja nak save cleanser sendiri jadi marilah guna cleanser yang ada di dalam bilik air. Jadi bila cleanser hang dah menjadi public property memang habis lagi awal la dari expcectation.

Sekian.

p/s: Dear Faceshop, nama clenaser ni ampa tak boleh panjang lagi ka?

M.

Friday, February 3, 2017

Impian yang terikat

Mulanya aku ingat aku takdak impian dalam hidup. Tetapi selepas melalui 25tahun hidup aku rasa bukan aku takdak impian cuma aku takut nak mengejar impian aku. Sebab aku sentiasa rasa terikat. Terukkah rasa terikat tu? Tak, rasa terikat ni yang buat aku fikir jauh sebelum mulakan apa sahaja yang aku nak. Tak hentam kromo. Taktau hentam kromo tu apa? Cehh.

Terikat dengan apa? Banyak benda. Nak cuba pergi jauh dari segi lokasi tapi terikat dengan keluarga. Aku sejenis kalau boleh setiap minggu nak balik jumpa keluarga..haha. Sebab aku rasa masalah aku hilang bila aku dengan mereka. Aku sentiasa harap aku takkan settle down di KL, nak berada dalam ruang yang aku selesa..dan aku tau, bukan disini. Aku tak suka kalau jauh dari rumah terlalu lama. Rasa macam lemau semacam ja. Haritu lepas exam aku balik rumah few days memang rasa lega, macam bateri baru lepas recharge.

Juga ada impian nak cuba travel solo. Tak pernah dan mungkin tak akan pernah. Walaupun aku pasti aku boleh survive sendiri. Contoh, aku drive ke mana sahaja, pergi bercuti sendirian. Kalau datang gila dia memang boleh jadi..haha. Tapi..aku tau itu salah. Dan bapak aku macam tau jiwa gila anak dia yang emosi tak menentu, balik cuti haritu dia pesan jangan travel sorang diri walaupun dalam negara. Truth to be told, aku plan nak lari sekejap ke Terengganu maybe sebelum mula research. Tapi dah bapakku sudah menghidu pergolakan jiwa ini dan mengeluarkan arahan huhu macam mana bapak i tau ni? Padahal aku cakap dalam hati ja..hehe. Pesan bapakku disertai dengan peringatan 'nak jalan-jalan takmau bawak famliy takpa tapi kahwin dulu' Erk..this is new!

Dan ada satu impian ni memang dah lama aku simpan. Quarter way there..payah gila nak nampak progress sebab walaupun aku kategori malas tapi aku ada standard sendiri. Kalau tak capai standard tertentu aku, confirm aku campak segala benda tu dalam tong sampah. Aku memang dengan diri sendiri sedikit psiko dan demand perfection. Aku kena tegas dengan diri sendiri sebab aku tau apa aku nak. Cuma dari segi luaran; apperance + look memang aku takdak standard la. Bila entah nak ada standard bagi diri sendiri macam lawa sikit. Macam ja. Tak jadi lawa pun..haha.

Bye. Assalamualaikum.
M.