Friday, November 18, 2016

Faktor Usia

Faktor Usia 1

Aku tak pernah rasa aku tua erk aku rasa normal sampailah saat orang point out, "eh dah 25 taknak kahwin?" Hmm 25 bukan 55 chill lah. Secara normal memang la nak kahwin someday tapi aku rasa sebagai manusia hang kena tau diri hang mampu ka tidak, kan? Aku sambung belajar dan kerja, dua-dua full time, hang rasa? Haha. Penat. Sangat penat sebab otak penat. Kalau penat badan boleh tidur, ni penat otak dalam tidur pun mimpi keja ja huhu. Rasa ada semangat nak makan ja tu pun kadang-kadang tak lalu (jarang berlaku). Nak keluar lalala pi mana-mana pun tak rasa beria-ia sangat. Atau adakah aku memang pemalas, malas semuanya? Heh.  


Faktor Usia 2


Seperti dijelaskan di atas, aku tiada kredibiliti dan kriteria seperti akan mendirikan rumah teres ka rumah pangsa ka..takdak buat masa ni. Tapi kawan-kawan aku ya. Usia ni kawan-kawan hang memang silih berganti kahwin. It's a good thing actually. Bad thing? Takdak sapa nak layan hang (baca: aku). Ianya satu bentuk sedih bila hang nak hang out jumpa kawan nak sembang bodo ja tapi kena rejek. Sebab semua nak saving nak kahwin hmm. Faham. Tapi bukankah kita nak sembang bodo ja. Beli teh ais bungkus ikat tepi lepastu lepak taman rekreasi free pun takpa. Nak komen lebih satgi kata tak paham hmm kayyy. Atau adakah aku kena sembang cerdik? Hoh.


Faktor Usia 3

Senang gila sedih dan berduka lara. Apasal hah? Aku macam emosi cepat betul, nope bukan period cycle ka pms ka apa. Tapi aku taklah emosi bila orang cakap dengan aku. Dia macam lepas OTP dengan mak ayah rasa macam huhuu nak balik rumah la ni jugak.  Lepas tengok video pasal humanities ka loyal cats/dogs ka mesti sobs sobs sorang-sorang. This is so weird. Last perangai cengeng ni masa darjah dua. Ingatkan dah besar ni takdak dah perangai camni. Atau adakah aku depress? Huh.


Is it me or is it normal? Entah.
Assalamualaikum.
M.

No comments:

Post a Comment