Wednesday, November 30, 2016

Engkau Laksana Bulan

So, I came across this song. Sangat suka!! Romantik sangat bait lirik dia tapi depress sebab sedih.

Engkau Laksana Bulan- P.Ramlee

Kisah lelaki yang sedih, depress dan miskin yang jatuh hati dengan perempuan yang darjat berbeza. Dia rasa tertanya-tanya kenapa nasib dia malang, hina dan terseksa semata-mata sebab dia miskin. Zaman dulu darjat sangat dipentingkan konon nak yang sekufu ja lah. Bercinta-cinta pun belum tentu kahwin gitu. Satu perkara pasal lagu lama/klasik, storyline dia memang jelas. Ni aku pulak yang feeling cinta terhalang. Menusuk kalbu. ;)

Lagu ni dari filem Penarek Becha-ini ejaan asal bahasa melayu lama.
Watching P. Ramlee's documentary last night..and i cried. T_T
Al-Fatihah. Thank you for everything.



p/s: mungkin aku akan terus berkongsi pasal P. Ramlee punya lagu dan filem dari sudut pandangan aku.
M.

Friday, November 18, 2016

Faktor Usia

Faktor Usia 1

Aku tak pernah rasa aku tua erk aku rasa normal sampailah saat orang point out, "eh dah 25 taknak kahwin?" Hmm 25 bukan 55 chill lah. Secara normal memang la nak kahwin someday tapi aku rasa sebagai manusia hang kena tau diri hang mampu ka tidak, kan? Aku sambung belajar dan kerja, dua-dua full time, hang rasa? Haha. Penat. Sangat penat sebab otak penat. Kalau penat badan boleh tidur, ni penat otak dalam tidur pun mimpi keja ja huhu. Rasa ada semangat nak makan ja tu pun kadang-kadang tak lalu (jarang berlaku). Nak keluar lalala pi mana-mana pun tak rasa beria-ia sangat. Atau adakah aku memang pemalas, malas semuanya? Heh.  


Faktor Usia 2

Tuesday, November 8, 2016

324

Gary dah pun keluar dari runningman..sedihnya tapi for some reason that's life. Korbankan satu benda untuk benda yang lain. All the best Kang Gary. Nanti mesti rindu monday couple. Masa Joongki dulu tak rasa sangat sebab dia kadang-kadang takdak sebab busy. Gary ni siap menang europe tour, kena buli sebab lurus sangat pastu loveline dengan Jihyo memang lain lah rasa dia. Personally selain dari karier muzik aku rasa Gary nak kahwin, nak settle down. Sebab kalau dia kahwin nanti susah peminat nak terima sebab pengaruh monday couple sangat besar, dah 7 tahun. Kesian pulak dekat bakal bini dia, indirectly bermadu ekeke. Goodbye Gary.. ;")

pic:google
p/s: terajin menulis sebab tengok tahun ni post sikit gila.
Assalamualaikum.
M.

Monday, November 7, 2016

12 Hours Journey-Where Am I?

9.45am ---- 9.45pm

Rasa macam nak pegi mengembara jauh sebab sampai 12 jam perjalanan kan. Kalau tambah few more hours dah sampai Europe dah..lol. Aku sampai masuk fasa tak boleh tidur dah, siap buat assignment, baca journal sikit boleh tak. Tahap habis meter lagha dah kot. 

Padahal ni journey KL-Kangar ja, by bus. Serik dan sedaya upaya takmau naik bas dah lepasni. Rela spend duit dua kali ganda untuk naik ETS. Takpa, aku pejam mata ja walaupun berhuhuhu di hujung bulan :'D Bytheway, tak dapat naik ETS masa cuti deepavali ni sebab ditutup sementara kes accident di laluan Batu Gajah.

Roommate aku orang Iraq, aku cerita kat dia 12hours terus dia kata, kalau kat Iraq dah boleh sampai Mesir. Oooookaaaaaaaaaayy..haha. Serik betul. Ayah dengan Mak asyik call tanya sampai dak lagi like aku lupa bagitau bila dah sampai..haha nope tak lupa, dah tak sampai lagi nak bagitau apa ja. 

Satu hari nanti bila aku tengok balik post ni aku akan ingat betapa seksanya nak sampai Kl dengan bas. Agak-agak nak kufur nikmat sikit boleh mula check blog sendiri, bagi sedar diri balik. Walaupun sedikit narsistik bunyinya tapi kesahhhh pulak aku.. :P

Kita tengok next five year berapa harga tiket bas, ni simpan buat masuk arkib sendiri haha.
KL-Kangar- RM 47.30 (Nov 2016)

M.

Friday, November 4, 2016

Dengan Kesukaran Akan Ada Kesenangan..

Assalamualaikum.

-with hardship comes ease-

Jadi aku bertahan dengan segala kesusahan ini atas dasar prinsip di atas. Susah, tapi ada yang lagi susah. Apa yang aku boleh buat? Tenyeh kepala sendiri kat dinding. Kadang tu termenangis takdak sebab. Macam psiko kan haha tapi itu involuntary action wei. Kadang tengah basuh baju, tonyoh-tonyoh masuk helaian kedua teringat kat rumah, nangis. Tengah gosok gigi pun boleh termenangis, apahal tah. 

Tapi jangan risau aku pandai cover.. Kalau tengah gosok gigi buat-buat nak termuntah so logik mata kau merah. Kalau tengah buat benda lain pastu termenangis, tips dia hang buat-buat bersin+batuk sikit pastu pegang hidung sambil tenyeh mata..lepastu cakap, gatalnya mata ni. Orang ingat hang suffer resdung padahal hang emosi tak stabil..haha. Yang penting jangan guna ayat "mata masuk habuk", dah basi please. Dah dari zaman kanak-kanak duk dengar kan, kantoi lah hang nangis nanti ehehe.


Motif entri bagi tips merepek ni? Lol sangat.
By the way, aku dah mencapai azam 2016 aku. Alhamdulillah :)


M.