Friday, September 11, 2015

Review: Movie Filipina Yang Menarik!

Assalamualaikum.

Memandangkan buat sementara waktu ini hidupku sungguh free sebab tiada sekatan juga tiada komitmen berat jadi dengan rajinnya aku akan mengulas movie yang berbaloi untuk diulas. Berbaloi ada dua erti, berbaloi untuk ditonton atau bebaloi untuk dicarut..haha.

Tak dapat dinafikan, love story memang kegemaran aku tapi aku amat cerewet dalam menerima love story yang dijadikan filem. Sebab apa? Kebanyakan love story adalah cliche dan kadang tu kita tahu dah ending bagaimana. Bollywood ada exception sebab walaupun confirm happy ending tapi jalan cerita setiap filem tak pernah sama, Tak percaya, sila rewind balik semua cerita bollywood yang hang pernah tengok.

Sejak dua tahun yang lepas aku rasa dah terjebak dalam perangkap filem cinta filipina..haha. Sebab? Mereka tak perlukan hero dan heroin yang terlalu kacak atau cantik over the top untuk menjual filem mereka. Bagi aku, itu lebih real dan nampak hidup. Sampai aku rasa mungkin love story tu tengah berlaku di sekeliling kita. Real.
Maafkan spoiler yang aku bakal bagi.

The Illegal Wife


Kisah berkenaan Clarise yang ala-ala geisha di Jepun yang on the way nak balik Filipina dan berlaku airplane crash yang menyebabkan dia terdampar di pulau dengan lelaki kacak bernama Henry. Henry hilang ingatan sebab crash yang berlaku dan Clarise ambik kesempatan mengaku wife kepada Henry. Clarise janda anak dua memang dah lama desperate nak kahwin lagi tapi tak jumpa calonnya.


Henry yang hilang ingatan ni macam percaya tak percaya la Clarise tu isteri dia sebab Clarise agak berusia dan taklah hot kan. Nak jadi cerita, girlfriend sebenar Henry bernama Clarize ha lebih kurang gitu lah nama depa. Clarize yang girlfriend sebenar Henry tu memang ala model lah jauh nau dengan Clarise si janda anak dua tu.Yang best pasal filem ni dia ada cerita pasal trick sindiket penyeludupan berlian. Jangan risau, cerita ni romantik komedi. Penjahat pun ala-ala sekeh sikit pengsan lah..haha.

Walaupun tiada pakej sempurna, hang berhak dapat cinta. :)

Rate: 3/5

Every Breath U Take


Lakonan Piolo Pascual sebagai Leo, lelaki yang player nak mampus level nama perempuan-perempuan tu pun dia lupa. Dan watak Majoy yang innocent yang sentiasa percaya kalau cinta sejati dia dah sampai Tuhan akan bagi sign seperti loceng berbunyi, hujan renyai-renyai. Memang macam hidup dalam cerita dongeng si Majoy ni. Tak relevan.

Filem ni pada aku best sebab watak sokongan yang memang lawak la semuanya. Contohnya Ji Sun mamat korea boleh cakap tagalog yang crush kat si Majoy. Siap mintak tolong abang kawasan a.k.a geng gangster Korea untuk nak pisahkan Majoy dengan Leo. Selain tu, salah seorang perempuan yang kejar Leo, Dianne si psiko pun lawak jugak. Dia punya psiko tu memang creepy apatah lagi abang-abang dia yang gengster tu bercadang nak kahwinkan dia dengan Leo walaupun haramm tak pernah duduk berbincang dengan Leo pun. Nak kahwin paksa la kekonon.

Majoy punya relationship dengan Leo ni nampak one sided la sebab Majoy ja excited sorang-sorang. Lagi satu, Majoy agak desperate nak cari pasangan lepas doktor sahkan dia kena cepat-cepat cari pasangan sebab kalau tak, chance dia nak mengandung habis ke cemana ntah. Doktor tu pun lawak, sampaikan berita serius tapi rasa nak lempang ja dengan cara dia tu. Leo ni pesen takut dengan komitmen sebab background dia pun tak berapa best. Majoy walaupun agak chubby tapi cantik lah bagi aku.

Cerita ni penuh dengan lawak yang kadang tu merepek tapi menghiburkan.

Rate: 3/5

Maybe This Time


Oh personally aku memang suka habis la dengan Maybe This Time ni. Sebab dia light dan cute all the way. Stephanie gadis bandar yang pegi ke satu pulau  dengan kawan-kawan dia masa cuti summer untuk ajar english kat budak-budak situ. Kat situ dia juga dengan Tonio, lelaki kampung yang confident betul nak ngorat dia. Tonio panggil dia Tep Tep sebab nak matching huruf 'T' masa tu dalam proses ngorat-mengorat. Tonio tu memang spontaneous dan lawak dan cute aaa taktau la nak kata apa. Muka dia biasa ja tapi act dia tu buat aku rasa cutenyaaa kauuu.

Steph ni muka dia ada iras Yuri SNSD eh ke aku ja rasa gitu hehe. Comel orangnya si Steph ni tapi kita dapat rasa betapa dia memang tak boleh move on lagi even dah 7 tahun sejak depa dua berpisah. Berpisah pulak bukan aku benci hang-hang benci aku. Tonio hilang macam tu ja masa hari depa janji nak jumpa. Steph memang tak boleh terima.

Kenapa tajuk filem ni Maybe This Time? Sebab of course la Tonio dan Steph ditemukan sekali lagi, dalam keadaan jauh berbeza. Tonio jadi kaya dan Steph diarahkan ajar english dan PR sikit kat si Tonio. Sebabnya bos Steph yang sombong adalah girlfriend baru Tonio..danggg! Bayang la, hang ibarat pekerja kepada ex hang yang dulu hilang lagu tu ja tinggal hang terkapai-kapai sensorang. Nak berhenti keja tak boleh lagipun Steph ada konflik dengan emak dia.

Olahan cerita ni menarik, hang tertanya-tanya sebab apa Tonio tinggal Steph? Lepastu bos Steph yang sombong tu pun ada good side dia walaupun most of the time dia keji. Dan cara cerita cinta ni berakhir pun okay. Takdak aksi tarik rambut berebut boyfriend. Jerit tu adalah sikit haha.

Love starts and ends naturally. Hang terasa macam, inikah jodoh? Haha gittew.

Rate: 4/5


p/s: ulasan berdasarkan taste aku secara personal.

M.

No comments:

Post a Comment