Wednesday, August 5, 2015

Raya Sa-orang Mira

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin!

Tiba-tiba macam termasuk roh rajin menaip. Jadi haruslah aku bercerita ibarat tiada hari esok. Cuba datang roh malas, toksah cakaplah, sedih. Oh ya dengan berbesar hatinya aku nak bercerita how my raya yang telah dilalui selama ini, gittew. Sebenarnya takda la menarik sangat cuma mungkin one day bila sudah tua dan banyak yang dilupakan, boleh refer belog sendiri untuk refresh memories. Jadah apa, rasa narsistik sangat baca belog sendiri tapi tak apalah kalau aku tak baca siapa lagi nak baca kan? Haha.

Beraya di Perak.

Sejak 2008 kami beraya di Perak kerana grandparents sebelah emak sudah tiada. Kalau tidak, dulu kami mengamalkan sistem bergilir untuk mengelakkan pergaduhan ummah. Sekarang, 2015 hanya tinggal Tok seorang sahaja. Tok ialah perempuan manakala Tokwan adalah lelaki. Kenalah describe sebab orang selalu confuse bila aku kata 'Tok'. Tokwan telah pergi pada tahun 2012, he's such a fighter. Itu nanti kita cerita. Sekarang cerita raya.

Perak kampung di mana? Trong! Bukan sawi, lengkuas, halia, peria mahupun petola. Trong ya! Ejaan Trong tapi aku rasa memang merujuk kepada terung sebab balai polis Trong ada replika terung purple. Mungkin ejaan ikut dulu-dulu. Ah malas nak fikir. Pernah dengar tak? Kalau perjalanan dari utara nak ke Lumut/Pangkor memang akan melalui Trong dan melalui kampung aku. Cumanya rumah tok aku tersorok lah. Takdanya aku melambai-lambai rombongan menaiki bas ke Lumut/Pangkor dari tingkap rumah tok aku. Suatu ketika dulu, ketika masih bersekolah, bila aku tanya dimanakah daerah kita duduk ni? Mereka menjawab, kita duduk di daerah Larut, Matang dan Selama. Rasa nak mencarut juga sebab hei kena pilih lah satu. Lumpsum ni sebab sendiri confuse ke macam mana kira. Redha ja lah. Bila orang tanya jawab saja, Larut, Matang dan Selama bukan Larut Malam Semalam ya. LOL.


Pada kebiasaannya kami balik ikut cuti, selalunya sehari sebelum raya. Sampai saja di rumah rehat kejap lepastu tanya menu dan apakah juadah raya esok. Belah petang sure kena masak rendang dan buat ketupat lah kau. Ingat betapa aku stress dengan ketupat yang berjantina tahun lepas tu? Haha tahun ni aku ada pemahaman yang better lah, Ketupat pulut insyaAllah checked yang bermaksud kalau mak mentua tinggalkan aku dengan daun palas dan pulut jadilah ketupat untuk dimakan dan bukannya jadi tikar daun palas yang dianyam ganas. Di sini biasanya rendang seafood, tahun ini rendang udang kadang tu di tahun yang lain bila ada lokan memang buat rendang lokan. Rendang ayam macam never saja  masak di kampung kecuali emak aku bawak dari rumah. Ayam dan daging bukan makanan universal di kampung aku, seafood for life y'all!

Cerita pasal seafood sepatutnya satu perenggan haha. Tapi kita ringkaskan, kampung aku dekat dengan laut. Arwah tokwan nelayan, so memang seafood adalah makanan universal. Thorrrbaik! Mujur dalam banyak-banyak alahan yang aku ada, tiada seafood tersenarai. Sujud syukur. Seterusnya bincang menu raya sama ada laksa, bihun sup atau mee kari atau apa-apa ja yang sewaktu dengannya. Kebiasaannya ayah, mak ngah, dan pak njang yang tukang cari barang basah ni. Well, kampung mereka tahulah mereka mencarinya kan.

Malam raya. Biasalah pasang pelita sepanjang jalan nak masuk rumah. Tahun ni ada show bunga api. Aku adalah manusia yang tak suka bunyi mercun, bungi api besaq yang bising tu dan meriam buluh apatah lagi. Aku rasa pembakaran dan little bomb ini mengganggu perasaan aku. Juga dalam imaginasi aku ia seperti kau gulung-gulungkan duit yang kau penat keja tiap hari tu dan kau bakar. Oh tidak untuk aku! Disturbing pula bila fikir pasal bakar duit ni..haish. Lupakan ja bab yang tak aku sukai itu dan skip kepada persediaan untuk esok raya wehoo. Kebiasaanya dalam keluarga kecil kami yang berenam ni, siapa iron baju dulu, dia iron untuk semua hahaa. Entah siapa mulakan tradisi ini, mungkin emak aku haha ampun mak. ;p

Rasanya kena sambung ke raya seorang mira part 2 walaupun seperti mustahil rajin menaip part 2 haha. Sebab hoih panjangnya aku menaip..dah la takda ilustrasi. Maaplah memang bukan kaki selfie sejak dilahirkan. Kalau terjumpa gambar dan gambar itu senonoh akan aku letak kat sini. Oh, sungguh mustahil bunyinya. Haha. Okbye.


M.

No comments:

Post a Comment