Tuesday, April 21, 2015

Gigi.

Assalamualaikum.


Aku syak gigi bongsu aku nak tumbuh. Suluh pakai torchlight pun tak nampak. Tapi sakitnya tuh tetap dirasakan. Bengang telinga yang membawa kepada bengang di hati juga. Emotionally unstable bila sakit gigi tu menyerang. Lagi teruk dari pms..pms pun aku rasa stable lagi emosi aku nih.


Symptoms hampir semua dah rasa tapi ya masih aku tak nampak mana gigi itu. Bapak aku ingat itu hanya delusi aku. Pemikiran aku terganggu sebab gigi ni. Kalau ada orang ajak sembang pun aku bolayan ja. Selera of course hilang..aku telan nasi tapi hmm terseksa.. Cepatlah keluar awok gigi bongsu yang comel, terseksa saya tunggu awok.. T__T

Taknak jumpa dentist. Dentist terakhir aku jumpa kena tendang..haha :P
M.

Sunday, April 19, 2015

April it is.

Rasa sekejap saja dah masuk bulan empat, rasanya semakin hari semakin malas menulis lalala sebab faktor usiakah ini? Kagum la dengan orang yang consistently writing belog ni. Aku banyak cakap tapi menulis malas lalu belog dibiarkan sepi hewhew.

Tinggal less than two month untuk habiskan internship so rasa nak menggeletis dan menggatal seperti ulat bulu sebab i'll be freeeeeeeee tapi sementara ja lah sebab lepastu nak fokus report dan serabutkan diri dengan long term plan. Belum decide nak sambung atau kerja. Dilema tetap ada. Doakan aku nampak jalan mana patut aku pilih.

Oh ya dah bertambah tahun ni maka bertambahlah rakan-rakan yang mendirikan masjid juga mendirikan surau..ahaha pandai ja buat pepatah sendiri. Faiqah is married, dayah dah tunang dan few more friends dah kawen, few friends baru dapat baby dan juga ada yang expecting..jadi, tahniah!! Semoga segala urusan dipermudahkan. Jangan tanya aku bila, aku luku karang.. :p

Tahun ni aku busy study untuk pt3..demi masa depan mekna sorang tu kena juga lah study. Ingatkan tinggalkan sekolah takpayah pandang belakang, kena jugakk..betul punya throwback ni. Semoga aku tabah. Nak buka tuisyen ah lepasni tapi kena pesan awal-awal yang student aku at least akan nangis sekali la..haha.

Assalamualaikum.
M.