Monday, January 19, 2015

Romancinta: CaliphBusker+Mojo AJL29

Jujurnya aku terkejut juga tengok performance Mojo + CaliphBusker dalam AJL29 semalam. Sebab yalah Romancinta kan banyak kontroversi sebelum final AJL29 ni..so jadi the most anticipated show gitu, pada aku lah kan. Rasa macam sapalah bawak lagu ni..lepastu masa behind the scene Edry bagi hint, rasa tak sabar tunggu turn Mojo. Sekali dengar, perghh..macam what?? Kagum sangat. Vokalis suara power dan he's blind.. Fuhh..rasa macam eh cemana nak cakap entah. Ini kalau tengok sorang-sorang mengalir juga air mata ni..haha. Mujur aku tengok reramai..kehkeh.


Few feedback dari twitter. They win people's heart. :D




Siap standing ovation penonton semalam..memang lain macam lah. Goosebump aku dengar dia nyanyi. Dua penyanyi ja buat aku goosebump masa tengok AJL semalam, CaliphBusker dan Dayang NurFaizah memang perghh merinding bulu roma aku..lol. Bukan senang nak buat persembahan depan orang, lagi tak senang a.k.a susah adalah untuk dapat respek orang dan juga buat persembahan yang orang akan kekal ingat. I know i'll always remember this performance. ;)

Congratulation and all the best to Caliph Busker! Dan ehem ex penyanyi boleh hahaa nangis golek-golek sana. Kau ingat kau sorang ada bakat? Dalam dunia ni banyak orang berbakat cuma peluang belum ada depan mata. Yang ada peluang depan mata hmm terus lupa diri, bajet macam you're the one and only. Deyy you're not that rare lah. Itu haa wake up call kau. Selamat berjaya. LOL.

p/s:still trending hari ni..daebak..hehe.

Sunday, January 18, 2015

Edisi Mudah: Puding Karamel Tanpa Telur

Assalamualaikum.

Aku perasan ramai yang mencari-cari resepi dessert mudah, ini bila aku refer keyword yang membawa pembaca ke blog ini. Jadi aku akan cuba lah untuk merajinkan diri upload dessert yang aku pernah buat yakni mudah. Kalau level masterchef aherher kem salam lah nak rajin..haha. Aku pernah upload pasal Puding Karamel dulu kan tapi kali ni tanpa telur dan teknik masak yang lagi senang, takyah kukus, takyah bake. Jadi boleh scroll bawah untuk resepi ye. 

Oh ya, be extra careful bila buat karamel sebab hoihoihh sangatlah panas. Kesahnya, aku buat puding karamel sebab ada buat kenduri kecik kat rumah. Biasa bila kenduri iols incharge bab dessert ni..sebab orang lain suka makan ja buatnya taknak..cehh. Jadi ketika membuat karamel kakak aku distract aku dengan soalan apa ntah, aku punya reaksi hanyalah haaa? lepastu aku rasa panas hmm dah jatuh setitik karamel kat tangan. Lagi panas dari kena air panas T_T dan sebab blur aku lembab nau nak gi basuh dengan air sejuk..gelembung lah dapatnya. Dan terpecahkan gelembung itu dan pedih seminggu dan pening dan berparut. Banyaknya dan..haha. Jadi sila berhati-hati..jangan ralit.

First.

Resepi: Puding Karamel Tanpa Telur

Untuk karamel:-
2 sudu besar gula pasir

Untuk puding:
1 paket serbuk agar-agar
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

Step 1:
Untuk buat karamel, kita guna dua sudu besar gula pasir terus letak atas loyang dan panaskan atas dapur..api perlahan ye. Nanti gula dah mencair, pastikan rata kat permukaan loyang..goyangkan loyang tu sampai nampak macam rata. Stop..biar karamel tu sejuk.

  • Tak payah campur air dan tak perlu kacau gula tu. Kalau kacau nanti karamel jadi berketul-ketul.
  • Tunggu ja sampai dia tukar warna keperang-perangan. Full attention diperlukan, kalau tak terover masak jadi pahitttt.. T_T
  • Kalau rasa malas macam aku, letak ja gula memenuhi permukaan loyang, jadi tak perlu gigih sangat goyang-goyangkan loyang tu nanti..hikhok. Kesimpulan tak semestinya dua sudu besar ye.

Next, puding. Sonang yo..takpayah bake, takpayah kukus ini kali kita masak atas api ja.


Step 2:
Campur semua bahan untuk puding tu dalam satu periuk. Dan masak atas api perlahan. Aku dah lupa berapa lama maybe 15 ke 20 minit or less..aa lupa. Tapi thing is bila puding tu makin pekat, boleh dah stop masak.
  • Kena sentiasa kacau sebab kalau biar, bergentel la puding tu nanti.

Step 3:
Tapis puding tu sebelum masuk ke dalam loyang yang dah ada karamel tadi tu ha. Sebab puding akan lebih cantik. Dan kot ada yang bergentel taklah masuk dalam loyang dan menghodohkan puding anda. Tapis ye, penting. Biar sejuk dulu kat suhu bilik lepastu baru masukkan loyang tadi dalam peti ais. Dalam 4 jam selalu dah ready untuk dimakan.


Next, tunggu puding sejuk lepastu apo laei, makan lah..lol. 


Sumber: Internet. Tak ingat sama ada dari buku resepi kat facebook atau belog. Dah lama oih. Yang penting sedap dan simple. Terima kasih tuan punya resepi. :)

Mira.

Friday, January 16, 2015

Tinggal.

Fikir pun rasa susah..belum buat lagi. Nak tinggalkan satu fasa dan beralih ke fasa lain pheww berpeluh otak fikir. Banyak fasa hidup ni tapi yang paling tenang tiada banyak masalah pastinya fasa sekolah. Percayalah~~ Tetiba throwback sekolah..haha.

Secara tak rasminya pengajian aku di universiti dah setel, tinggal internship satu sem dan tadaa insyaAllah bergraduasi hujung tahun ni. Doakan aku lepas semua paper, takdak sangkut mana-mana..aminn.

Motif up entri sebab aherher lama tak update belog. Rindu gila nak menulis tapi duk tinggal lama-lama jadi macam skill menulis tumpul you know. Enam belas hari masuk 2015 baru update..cehh nak terobek aktiviti tahun lepas pun macam wkwkwk buat lawak ke mira? hahaa. So, lupakan niat untuk terobek tahun lepas, move on je lah ke tahun baru.


New phase, the internship. Setahu aku lah, aku sorang ja takdak kawan satu tempat intern. Dari U lain atau kos lain aku taktahu lah. Aku redho dan pasghah ja ni. Semoga baik-baik saja. :)


Mira.