Friday, April 25, 2014

Sambung Masters Dan PhD Di Malaysia?

Benda baik harus dikongsi. 
Jadi aku fikir aku patut kongsi benda ni. Pernah dengar Program MyBrain ?
Kalau anda berminat untuk sambung masters atau PhD tapi malas sebab nak kena fikir pasal yuran. Sila bukak portal ini. KPM wujudkan Mybrain untuk bantu kita-kita ni sambung masters/phd dengan yuran ditanggung oleh mereka. Dengan kata mudah, yuran free okay. How cool is that? Haha.

Cuma kos sara hidup, penginapan dan lain-lain tak termasuk lah. Tapi jangan risau banyak lagi cara untuk kita dapat dana seperti pusat zakat, MARA dan yang sama waktu dengannya. Yang penting kita cuba cari. Bukan tercongok tunggu duit jatuh dari langit.

Ini aku screencap sikit dari laman web MyBrain. 




Aku sekadar menyampaikan. Kalau berminat boleh apply. Tapi jangan tanya aku bagaimana nak isi dokumen itu ini. Aku pun taktahu. Tapi aku pasti maklumat yang kau perlu, ada dilampirkan dalam laman web tu. Aku share sebab aku rasa perlu, bukan sebab aku pernah apply. Aku tak layak lagi, belum ada degree pun..haha.

Untuk maklumat lanjut boleh buka laman web MyBrain !
Semoga dapat membantu. :)

Mira.

6 comments:

  1. mira hi!! i dh apply..=), btw have a nice day!, thanks for dropping by a comment in my blog,really appreciate it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai! all the best nisa, syoknya dah sambung masters. ^_^
      thanks to u too rajin dtg sini and have a nice day too!

      Delete
  2. mira..katanya zaid bg sambung blaja..apa tggu lg..sapu je la..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kena tgk dulu. bukan boleh main buat ja, kena pikiaq pro & con dulu la dayah. haha

      Delete
  3. penah jgk dgr2 psl nie tp xikut sgt perkembangan dia..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya? haha sy tahu sebab ada cousin cerita pasal ni. tapi sampai 2015 ja benda ni valid. huhuu

      Delete