Tuesday, April 15, 2014

Review: Yo Bride-to-Be!

Tak. Bukan entri aku nak cerita aku ni bakal jadi bride to be..belum lagi. Aku nak share online shop yang mungkin membantu bride to be (B2B) sekalian. Kot kot la tercari-cari tempat shopping alam maya yang menge-bestkan. So, aku di sini nak la bagi sedikit option kot berminat kan. Kot lahh..tak paksa. Aku review ni takda sapa suruh, saja nak share. Tolong business kawan-kawan.

Yang pertama ialah LDL ni. Owner kenalan zaman menengah atas. Nama dia Ummi. Service yang LDL tawarkan ialah buat sticker tag, gift box, kad kawen, business dan yang seangkatan dengannya. Boleh bincang anda nak apa, baru sesuai dengan kehendak anda. Sticker tag bukan sekadar untuk kenduri kawen-mawen semata, teacher's day, birthday, business, akikah dan apa sahaja jenis majlis berkenaan.


Contoh sticker tag.

Dan sekarang ada promosi menarik. Grab it fast!

Boleh dihubungi melalui:
Whatsapp - 0125162283


Instagram - Loveydoveyland

Fb page - LoveyDoveyLand




TAOH ni pulak bisnes salah sorang kawan zaman sekolah menengah rendah yang diusahakan secara adik beradik..wahh gitu. Aku banyak sekolah okay. TAOH ni menumpukan kepada tudung/shawl/halfmoon/veil yang di custom made dengan beading. Juga ada perkhidmatan buat hand bouquet dan mini pelamin. Yang tu diorang baru start. Boleh PM diorang tanya lebih lanjut, nego atau apa sahajalah yang kau rasa nak tanya.

Ok. Contoh custom made by TAOH



Boleh hubungi:
Whatsapp : 014-9477275 / 019-5136745

*Rasanya TAOH ni ada instagram. Maap lah aku ni takdak instagram takleh nak sahkan kewujudan akaun TAOH. Cuba cari sendiri ye.

Price kena tanya diorang ye sebab aku kan belum masuk fasa layak bertanya soalan ittew. Takkan aku saja gatal-gatal pegi tanya macam tu je. I is malu okay. Ni aku dah tunjuk jalan, kau pegi lah usha dan beramah mesra dengan penjual ittew. Jangan risau diorang sweet.

p/s: Aku mampu jual handsock lace jeww *insert muka rempit sedih* kahkahkah. Nak jugak promote.. ;p

Assalamualaikum.
Mira.

2 comments:

  1. juz blogwalking here n found ur blog..cantik custom made veil yg u suggested! done followed!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyou. nanti i'll blogwalking to yours too. :)

      Delete