Sunday, December 21, 2014

Finale

Assalamualaikum.
Hambar dan sendu sungguh belog ni. Tapi how come tak sendu, daily life aku pun sendu..wifi suck tahap kalau wifi tu orang, kau dah pegi pukul dada dia sambil berkata 'awak janji takkan tinggalkan saya tapi awak tinggalkan saya juga..saya benci awak, benciiii!'*tumbuk dada si wifi sambil geleng kepala*.. wifi pun berjanji 'saya takkan tinggalkan awak. i'm sorry, terimalah saya kembali' sebab kesian macam drama melayu doplohtiga episod, kau pun terpedaya dengan janji wifi. Beberapa ketika lepastu dia haroommmjadah balik.. Hmm tulah kronologi drama 'teman lelakiku encik wifi'. Hahaa drama nau nak cerita pasal wifi pun..cis.

Aku sibuk tu satu hal. Tapi punca sebenar hilang sebab wifi lah. Apatah saka nak kena pakai bagi dapat wifi. Penat la nak golek atas lantai luar bilik semata untuk secebis wifi. Dah la bateri laptop sendu..malas nak bebel. Aku kena bersyukurrrrr...syukurrrrr eh baideway apa khabar si shukor tu eh. Tetibah. Tersedak katak tu aku tetiba mention nama dia..haha. 

Secara rasmi, kelas dah berakhir. The last class of degree journey insyaAllah. Sekarang ready untuk final fight dengan final exam. Ini betoi punya final ni. Wuarghhh tak bersedianya nak jadi dewasa as in earn money for myself and family. Macam eh eh biaq betoi hang nak habeh dah mira.. Plan untuk future? Sudah list beberapa kemungkinan and yep belum fikir nak kawen. Kalau tanya bila aku nak kawen, aku korek bijik mata tu..eh patut cilikan mulut baru betoi..haha.

2015 insyaAllah akan jadi sesuatu yang sungguh mematangkan..kot. Few places to go..few things to run and few more to come. So hell yeah, waiting for 2015!


Pre-internship photoshoot.


Mira.

Friday, October 31, 2014

Promise to be kept.

Benda paling susah nak dibuat adalah menunaikan janji. Cakap mudah, fikir juga mudah, nak ditunaikan? Terkedek-kedek kau seperti itik pulang petang bila nak buatnya..ye dak?

Kita banyak makan hati bila janji tinggal janji.
Janji. Simpan. Mintak. Tak terlaksana. Pendam. Ubat luka di hati *nah, iodin sebotol, cukup?*

Atau

Janji. Simpan. Mintak. Tak terlaksana. Pendam. Stacy-Adam bergabung. Meletop! Ya, anda kini bersama saya Nabot dan Nelofot dalam rancangan MeleTOP!! :P

Tapi sebenarnya kita dengan diri sendiri pun kejanya memungkiri janji ja. Sedar tak? Seperti kau kunci jam pukul 6.00 pagi snooze-snooze-snooze dan tadaaaa fajr elephant lah engkau. Ok, aku pun gitu. Syaitonniirrrojimm banyak peluk aku ka? Ka selimut berkulit pig serasa gebu gebas sampai terbabas ni..uhukks.

Lalu bapakku berkata, 'eleh janji dengan jam pun hang boleh tutup suruh dia gerak hang lepas 10 minit, apa nak jadi taktau?' *geleng kepala sambil sambung main game solitaire di subuh hari *
Sejak hari itu, aku sudah tidak mahu mempercayai janji manusia lain lagi. Sebab janji dengan diri sendiri pun aku sering terbabas masuk longkang seperti main boling.

Once you promise, you must try your very best to keep it. Even to yourself and nobody knows.

Mira.

Thursday, October 30, 2014

Di hari yang lain.

Entri lepas aku acah terkejut dah masuk bulan sepuluh.. Ini hari aku pun taktahu nak acah rasa apa bila aku jenguk belog aku..sebab hari ni dah masuk 30 Oktober. Say whatttt?? -What. Lame joke aku cuba sampaikan kat kalian kan. Punchline tak sampai. Yep..dua hari lagi masuk november..marilah buat status welcoming november seperti hipster alam maya selalu buat. Baideway hipster tu apa ya?

Hello November, please be...arghhhhhhhhhhhhhhh jadah November dah?!

November
1. Midterm exam secara berjemaah seperti ramainya makmum ketika solat terawih ketika ramadan limabelas yang pertama.

2. Submission report segala subjek sebelum direjek lalu harus dibaiki lalu dihantar kembali lalu aku pening lalat kerana aku pening menjadi tukang edit. *muntah sarsaparilla*

3. Mencari tempat praktikal. Perlu aku ulas lebih? Nahhh *hujan membasahi diriku*

4. Graduation day! Tapi bukan aku lah yang grad ittew. Cousinku bukan cik sotong akan bergraduasi di sini. Apa pasal masuk list concern? Hmm..kena bagi bunga ah. Bunga time konvo mahal! Kalau dia curik bunga tahi ayam dekat mana-mana lepastu balut wrap jadi bouquet lawa mau rm 28 tu pun bunga tahi ayam satu warna. Tapi aku selalu rasa bunga tahi ayam cantik, apasal entah. Kenapa nama dia tahi ayam? Adakah ayam suka berak di bunga itu lalu dinamakan bunga tahi ayam? Masalah aku ialah pengumpulan wang secara halal yang begitu mengambil masa yang lama untuk sejambak bunga. Hareeyyy la sapa mula tradisi bagi bunga semasa convocation ni. Bagi la cekelat hacks ka, romantik apaaaaa *juling mata, herot mulut*

Kehadapan sahabatku...mohon kumpul duit ramai-ramai bagi gelang emas sempena graduasi aku tahun depan. Banyak faedahnya. Dengan memberikan gelang emas, maka anda membantu aku membina masjid. Tetibah. Hahaha. Tak, lawak ja. Bukan kata masjid, surau pun iolss tak nampak tangganya lagi. Literally. *Mak baling selipar 7.90$..aku elak* Takpayah literally sangat. Hari-hari emak ajak gi surau buat muka duakupang. Oh, itu surau betul..bukan kiasan..hewhew.

Ini Ebi. Perempuan mengandung. Aku tak memilih, mengandung tapi tak kawen lagi pun aku kawan juga dengan dia. Kalau dia kawen sorok tak gitau aku, taktahu la kannnn. LOL.

Because there's like zillion months ago aku up gambar. Saja side tepi, sorok talam dimukaku.
#AkuGemukKauSendatPakaiBajuKe  <----------hashtag ala si misai doyok. Koh.

Mira.


Tuesday, October 7, 2014

Oktober dah?!

Intro seperti terkejut. Okay sejujurnya acah terkejut saja..lol. Biasanya aku memang lupa diri..bila bukak blog, tengok last update..hoihoii dah sebulan tak ber-update malasnyeww ittew padahal terbongkang hari-hari. Sebulan pertama semester 7 hmm banyak hoi dugaan seperti baby boo iols buat perangai..selama 5 tahun tak pernah buat hal tetiba bamm melayang duit begitu saja. Mujur dah baik, aku redho..yang pasti baby boo tu bukan pakwe. Pakwe takleh panggil sweet cenggitu, panggil 'hang' pun dah kira ok dah. Bila masuk zaman up panggil 'awak' itu paling up aku boleh pegi. Takda zaman 'papa-mama'. Itu kira puiii!! kau berhak terajang aku kalau aku guna 'papa-mama' dalam percintaan. yeww geli sebut percintaan.

Orang kata aku hati kering, ego, selfish, garang hah apa ntah lagi..sampai aku dah lupa jadah apa lagi. Kiranya kalau dalam novel akulah antagonis dalam love-line aku sendiri. Tapi tahukah anda hati kering ni penting tau tak? Sebab bila hati kering takdalah kau meroyan bising sana sini tiap hari bila kau kena tinggal. Takdalah kau setiap kali bergaduh nak publish dekat satu dunia. Kau rasa kau bergaya macam Adele la? Never mind i'll find someone like youuuuuuu~~~ Tak, kau gaduh hari ni, esok lusa pakwe kau kasi bunga sogok rasuah kekonon sweet, dah berbaik balik. Jadi tak rasa bodoh ke yang emosi publish rasa hati tak semenggah kau kat dunia itu hari? Oh puhleaseee. 

Lagi satu, takpayah la nak rasa hebat sangat dapat pakwe baik, kacak, kaya, bergaya dan kekonon Mr. Perfect 10 tu. Walau aku pun taktau natang apa Perfect 10 tu. Tapi aku kira perfect gila lah sampai gila pun tak se-perfect gitu haa. Hmm gini la cik gadis sekalian, mohon tahu jodoh tu dah ditetapkan jangan gigih sangat mempertahankan sesuatu yang kau pun tak pasti. Kau rasa kau lah paling padan dengan si kacak bergaya ittew walau satu dunia menentang..jangan sampai aku nyanyi lagu shilalalalat ok. Bila ada manusia menentang, kau kena reflek diri sendiri. Mesti ada something wrong. Tolong lah tau bukan semua orang keja nak men-dengki dengan kau, kosser lah. Kadangkala orang concern dan taknak kau berdepan dengan kecelakaan di masa depan. Nah, aku letak label kecelakaan terus.

That's why my dear kita kena hati kering dan go on. Kalau nak perang baling balang kuih raya ke nak sweet muweet tahap kencing manis kena potong jari kaki pun, kau share dua orang je boleh? Sebab orang nak benci ni lagi senang dari nak suka. Dan lagi satu, tolonglah jangan bajet malaikat tiada dosa dan mahukan pasangan yang 'sempurna tiada cela'. Kau, aku, dia masih manusia biasa..hari-hari buat dosa. Keep that in your mind. Sebenarnya kan aku rasa macam tergelincir dari landasan ni. Bukan aku tengah cerita pasal baby boo aku ke..yang tetiba masuk nasihat percintaan ni apakehei? lewls betul mira ni.


Sekian. Assalamualaikum.


Thursday, September 4, 2014

Cuti panjang sudah habis bro.

Walau aku tahu kebanyakan pembaca blog ni perempuan tetap tajuk kena letak 'bro'. Kalau letak 'sis' rasa aweks sangat. Rasa bukan jiwa aku juga berbunyi seperti tengah berjual beli dengan customer dekat online shop. 'PM sis, ada sis, saya dah pos sis' Jadi macam tak relevan pula aku guna sis kat sini. Nak aku panggil sis, mohon beli belah dekat page aku..haha. Lain tempat aku tak guna term 'sis'..lol sangat perangai kan.

Hari ni khamis, esok jumaat dan lusa sabtu hah bajet rebecca black mengira hari eh iya ka nama budak tu rebecca? Aku balik sabtu..hari ni khamis, apa pun tak pack lagi. Paling teruk cadar masih dalam beg plastik, tak bawak keluar dan basuh lagi lalala. Ini kalau ayah tahu sampai rumah hujung sana pun boleh dengar bebelan dia. Jangan memain dengan ayah. Suara dia setakat hujung rumah sana boleh dengar clean and clear kot. Orang biasa berkawad ni dia punya volume suara boleh sampai gegendang telinga berdengung. Oleh itu aku masih merahsiakan keberadaan barang-barang aku..lalala.

Berita baik, result aku yippie! Ok tak..boleh boleh ja sebenarnya..haha. Tapi much more than expected. Aku rasa berkat kucing aku iaitu abang abu, buyen singa dan putih biru berdoa agaknya. Mungkin juga berkat ramadhonn. Sebab aku cuma berdoa agar aku tak repeat paper dan boleh bergraduasi dengan kawan-kawan yang lain. Berita buruk, entah sapa entah keji menukar jadual kelas daku dengan jayanya. Jaki apa entah. Haih la malas betul nak kena pegi kelas setiap hari..penat nak iron baju sebab kelas dua tiga jam ja sehari. Paham tak kepenatan tak berbaloi itu? Grr.. Tapi takpa husnuzon la, kot berkat kelas setiap hari result mencanak sem ni..kot la. hahaha harapan.

Bytheway, saja nak sembang kencang aku berjaya menjahit skirt dan juga jubah..lalala *tepuk bahu sendiri* Bukti bakal disertakan nanti bila aku dah pakai..hee. Sejujurnya banyak gila entri tak ter-post. Few simple recipes, review buku dan movie best juga pola jahitan simple. Apasal entah tak ter-post *buat buat tak tahu sebabnya..haha*


Unofficially it's over. Cuti sudah habis bro! Rasa malas pula nak pegi kelas tapi aku rindu nak baca buku. Sedikit pelik bila cakap suka baca buku haha tapi baca buku lagi best dari mengadap sudoku dan crossword puzzle sepanjang hari. Berpinar mata tau. @_@

Assalamualaikum. Hello Semester 7!

Mira. 

Friday, August 15, 2014

jantan betina.

Assalamualaikum.

Setiap kali raya aku ada masalah. Masalah boleh setel sebenarnya tapi sebab aku ambik mudah setiap tahun makanya aku masih berdepan masalah serupa. Padan muka..dia macam kau tahu ada lubang depan kau tapi setiap kali lalu kau terjatuh jugak ke dalam tu. Ceh over kejap aku rasa..haha. Aku nak cerita keluh kesah aku bila kena buat ketupat pulut ja sebenarnya.

Okay..tak susah pun nak buat ketupat pulut. Yang susah bila dia ada jantina. Ye ada jantan betina, sapa reka jenis balutan ni pun taktahu lah. Tapi aku stress sebab aku hidup dalam kekeliruan jantina ketupat. Mereka mahukan ketupat jantan, and me..i'll always make ketupat betina..why ha? Lagi senang kot..lalala. Kalau ikut hati memang sesuka hatiku sahajalah lipatan ketupat ittew. Tapi well bila buat sesama dengan golongan emak-emak, tok nenek semua memang kena kondem lah.. TT

Sekarang kau tengok jenis ketupat ini. and they want ketupat jantan. Diskriminasi tahu. LOL padahal aku bengang sebab selalu ter-betinakan ketupat ittew..kahkah.
google
Saja aku cerita hari ni sebab esok aku kena gi balut ketupat kat rumah kazen. Diee~~~ *melayang*

Sunday, August 10, 2014

Raya.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

Hambar benar intro post aku. Terlalu cliche. Banyak benda nak cerita tapi sebab gambar lambat nau nak dapat, semangat tu tak berapa nak ada. Alasann..haha. Raya macam biasa..tak meriah berbanding zaman kanak-kanak sunkist dulu. Meriah apanya kalau suku masa dekat dapur, suku masa wrestling dengan sepupu dan suku masa tidoq mati depan tv dan lagi suku masa tengok tv. OOTD jangan harap pernah ada. Aku hairan juga dengan orang rajin OOTD. Boleh bagi tips bila time paling sesuai nak ambik gambar tu? Aku rasa macam eh eh time mana orang ada masa OOTD ni. Same goes to monopod..bila entah time sesuai nak bawak keluar benda galah tu. Takkan kat kubur kot. LOL. I is malu.

Cerita raya nanti-nanti lah kongsi eh. Tunggu gambar baru aku upload plus cerita-cerita sebalik tabir. Kalau gambar krikk krikk sangat aku terus tak cerita lah kot..haha. Perangai sangat kan. Ok lah, di kesempatan ni, saya aicehh terus guna 'saya' sebab masuk mood salam perantau..kahkah. Saya ingin memohon maaf atas segala salah dan silap. Kot ada yang terasa dengan tulisan saya atau kecik hati saya buat bo layan ja dengan anda..harap dimaafkan. Itu sahaja. Sekian. 

Assalamualaikum.
Mira.

Thursday, July 17, 2014

cukup islamkah kita?

Assalamualaikum.

Few weeks before aku ada baca artikel INI di mana Ireland dikatakan negara paling islamik. Mulanya aku fikir tu sekadar provokasi barat saja nak menyakitkan hati. Biasa barat kan perangai poodah cenggitu keja nak tengok negara orang tungggang langgang. Ayah aku juga fikir begitu, anggap sebagai provokasi. On the second thought, Ayah keluarkan hujah. Knowing my Ayah, hujah dia akan buat kau seperti pegi ceramah forum perdana eh tak ceramah lah..apa-apa jenis ceramah pun boleh. Padat dan bermaklumat.

Kata Ayah..it's not bilangan jumlah muslim di negara itu yang menjadikan mereka islamik. Tapi bagaimana mereka yang bukan muslim ini mengamalkan apa yang dianjurkan, digariskan oleh Islam itu sendiri. Dari segi pengurusan, kehidupan seharian, adab dan segala-gala aspek kehidupan. Contoh mudah, Jepun negara bukan Islam tapi bersih persekitarannya. Malaysia? Kat mana ada tanda 'jangan buang sampah disini' hoii terus penuh bawah signboard tu sampah segala tok nenek ada. Apa yang kau nak buktikan mahkluk? Heran betul sedangkan kebersihan sebahagian dari iman. Hairan -.-

Sikap & adab. Kadangkala yang islam pada ic ni dia punya perangai boleh tahan shaitonnnirrojim hoi walaupun ketika itu syaitonnnirojim kena rantai. Mana pegi ada sopan entah aku pun taktahu. Sejujurnya aku garang, ada masalah anger management juga tapi takda lah sampai aku berkelakuan tak senonoh di khalayak. Kes tengah hangat sekarang, si peugeot putih tu lah. Marah tu biasa tapi kau kena tengok juga siapa. Orang lagi tua kena hormat walau hati engkau mendidih panas serupa air tengah masak nak bancuh kopi tahu? Hormatkan orang kalau kau nak dihormati. Simple rule. :3

Benda paling mudah. Tengok diri, muhasabah tengok cukup islam ke kita ni? Tak malu orang tengok seorang muslim perangai sama macam si atheis? Islam hanya terbukti apabila diamalkan bukan pada banyaknya ilmu yang kita ada. Jadi, amalkan ilmu yang kau ada..walk your talk la kekdahnya. Simpan ilmu nak buat pekasam eh? Tau lah pekasam goreng letak cili padi dengan bawang, perah limau sikit umphh gila tapi takpayah la apply kepada ilmu..rugi. 

Masih ingat tiga benda yang masih boleh beri pahala ketika kita sudah meninggalkan dunia ini? Anak soleh/solehah, sedekah dan ilmu yang bermanfaat. Anak soleh nak dapat bukan senang. Tak caya? Tengok diri sendiri dah jadi anak soleh/soleheh kepada parents kau belum?Haa..sentap kan sesentap hatiku mengenangkan diri sendiri..haha. So, jangan sibuk nak jadi isteri/suami solehah/soleh je sampai mak bapak dilupakan. *tetiba* lol

Salam 19 Ramadan. Selamat berbuka dari insan yang duk kat negeri yang paling lambat berbuka dan panas. *simbah ais kat kepala*

Mira.

Wednesday, July 2, 2014

Tiga ibadah anda boleh buat bila menses.

Memandangkan sekarang bulan puasa, keinginan nak beribadah dengan banyak-banyak adalah tinggi sebab pahala dilipat gandakan. Bulan puasa adalah sejenis catalyst untuk perubahan diri, sama ada membanyakkan ibadah ataupun berhijrah ke arah yang lebih baik..luar dan dalam. Tapi well bila menses datang kita perempuan ni rasa err tak dapat dah nak buat itu ini. Salah! Banyak yang kita oleh buat masa menses, takdalah terpenyek duduk saja sepanjang hari atau habiskan masa curi-curi seludup nasi goreng dalam bilik ja keja hang..kahkah.


Pertama, kita boleh berzikir. Kalau kau pesen macam aku yang 'ha, zikir tu yang mana satu?', ya aku memang selalu konfius. Boleh pegi google something macam zikir harian, kalau ada buku lagi bagus. Dan dah jumpa zikir banyak-banyak tu, pick something dan mula amalkan. Kalau satu saja zikir yang kau amalkan pun takpa, jangan risau asalkan kau konsisten, itu adalah lebih baik. Nak lagi senang download zikir dalam bentuk mp3, ala cari hafiz hamidun punya album zikir tu pun okay what..boleh feeling duet dengan dia..haha. Daripada kau duk nyanyi duet havoc havoc tu entah apa-apa..bencana betul.


Kedua, kita boleh dengar ayat al-Quran. Jangan main-main, dengar bacaan pun dapat pahala okay. Tengok ja tv3 selalu ada Kalamullah, dekat tv9 pun ada rancangan macam tu, astro i donno, mungkin dekat oasis atau al-hijrah ada. Bak kata satu rancangan ni, 'tak tengok rugi, tak baca lagi rugi'. Oh, menusuk kalbu sangat tagline dia. So, dapat lah kita bagitau diri sendiri 'last seen Quran aku 3 hours ago' tapi bagitau diri sendiri dah la ye. Karang menunjuk ke orang dah membawa kepada riak, takabur masalah juga tu. Takkan aku nak cerita pasal Cermin lagi sekali? Haha.

Ketiga, kita boleh perbaiki bacaan dalam solat. Ya, kadangkala dah lama sangat kita tak usha bacaan kita boleh jadi kita tersalah sebutan, tertinggal sesetengah perkataan dan seumpamanya. Benda simple tapi efek solat kita. Jadi, tolonglah rasa bertuahlah jadi perempuan, sebulan sekali ada waktu free nak betulkan bacaan dalam solat. Bila kita yakin dengan bacaan kita, insyaAllah lebih khusyuk. Lebih bagus lagi kita boleh hafal maksud setiap lafaz dalam setiap pergerakan dalam solat kita. Memandangkan kita tak faham bahasa Arab, tu mungkin faktor payah sikit nak khusyuk. Kalau hafal dan faham..merinding bulu roma tiap kali solat ok.

Banyak lagi sebenarnya yang kita boleh buat. Sangat banyak. Cari dalam buku, google mahupun tanya ustaz/ustazah. Sekurang-kurangnya takdalah kita rasa sia-sia sangat hidup bila menses menjelma. Dan satu lagi, janganlah sedih beremosi mahupun marah bila dah petang di bulan puasa dan tetiba kau tahu kau didatangi menses! Memang la agak tragis kisah tu tapi jangan rasa sedih, it's a gift. Lapang dada okay. Aku rasa most perempuan memang pernah mengalami.

Menses is a gift not a tragedy.

Assalamualaikum.
Mira.

Tuesday, July 1, 2014

kerana karamel.

Tajuk serupa cerpen tak berepisod..haha. Aku buat puding karamel jumaat lepas sempena makan-makan dekat rumah. Masa tengah buat karamel belah petang tu, kakak aku mengemukakan soalan yang memang distract aku dan memerlukan aku berfikir lepastu sedar-sedar setitik karamel ditanganku. Ye, setitik ja tapi panas ya Rabbi. Kalau boleh menjerit, dah aku jerit biar satu taman dengar.

Seminit pertama aku masih cool dan bagitau kakak, 'woi second degree burn' konon macam tahu sangat lah berapa degree aku burn padahal first degree ja pun..bajet. Masa tu tak sakit, boleh duk usha la kesan landing karamel tu. Dah macam kesan asteroid menghentam permukaan bulan dan kulit aku sudah berubah bentuk seperti selepas terkepit pintu dengan efek hitam terbakar.

Selepas beberapa minit..baru aku sedar, pedih. Demm lambat gila sensory organ aku bagi signal dekat otak. Apa ke patrick sangat la pemikiran aku waktu tu. Dah pedih tu menggeletis la cari paip air. Aku serupa lupa cemana nak handle kena benda panas. Selalu kena minyak meletup pop pop masa goreng ikan tu aku tak kisah, sebabnya manja-manja je kena ini hmm..tak pernah rasa kena hot karamel. Lepastu mengelembung tangan daku. Rasa nak cucuk dengan jarum tapi dihalang oleh Tok..okay.

Satu hari selepas mandi, ya gelembung itu meletup entah salah aku pegi cakar ke dia sendiri mabuk lepastu letupkan diri sendiri taktahu la. Tapi pedihnyaaa pedihnyaaaa ha aku sebenarnya nak nyanyi tapi lupa lirik sebabtu sebut pedihnya ja..kahkah. Apabila gelembung bisa meletup ya adik-adik, anda akan terdedah kepada jangkitan. Aku pun taktahu jangkitan padayyappa tapi jangkitan la katanya google. Dan aku punya bekas gelembung ni bernanah eh ke benda apa kita panggil ni entah. Nak tunjuk gambar karang ada jugak batal puasa sebab muntah dengan sengaja..haha. Kalau tengok masa tak puasa takpa, nak muntah sampai lembik pun takda hal..lol. 

Sekarang aku nak tanya apa benda kita boleh buat untuk kurangkan sakit melecur kena karamel panas gila ni? Aku nak tutup dengan plaster tapi takut dia lembap dan bernanah dengan lebih teruk. Nak jumpa doktor macam saja bagi chance doktor gelak di bulan ramadan yang barakah ni ja sebab macam ciput ja kesan lecuran ni. Tapi serius pedihnyaaa pedihnyaaa masih ku rasakan. Dan aku sakit kepala..taktahu la sakit kepala sebab memang sakit kepala ke ada kaitan dengan lecuran ini. Dah empat hari ok.. T_T

Pengajaran hari ini, pertama, jangan buat karamel kalau esok hang nak bertunang atau berkahwin. Risiko tangan huduh tu tinggi lagi-lagi kalau hang jenis macam aku..perangai pelupa plus patrick star. Kedua, jangan layan kakak hang bila tengah kacau karamel..haha. Tapi yang bestnya bila puding karamel ai habis ditelan oleh tetamu juga penghuni rumah ini. Rasa macam kerana terpaksa aku relakan eh kerana karamel ai habis dimakan, sakit pun ai rela oh no! ai tak rela sebenarnya..kahkahkah. Nanti bila otak ai centre balik, ai kongsi resepi puding karamel tanpa telur yang mudah gila dengan uolss ya. Mudah gila tu bagus dah tapi lepasni kena letak tanda 'awas, karamel panas' bila type resepi.

Sekian. Assalamualaikum & Selamat berpuasa!
Mira.

Saturday, June 14, 2014

Cermin.

Assalamualaikum.

Cermin gunanya untuk tilik diri sendiri. Tengok mana kurang dan betulkan. Bukan buat modal nak perahsantan sorang-sorang seperti 'mirror mirror on the wall who the fairest of them all?' eh gitu ke spell maktiri SnowWhite tu? Ha, motif sekarang..cermin tu bukan untuk kau belek dan perasan 'akulah manusia lawa di negeri ini' lepastu berlagak dengan orang yang kau rasa kurang lawa. Jadah.


Cermin tu guna dia untuk kau muhasabah. Selain digunakan untuk picit jerawat yang dah masak kau boleh la perhati diri kau luar dalam. Seperti kau tengah belek diri kau sambil hati kau berkata 'lawa jugak aku ni' kau sebenarnya boleh bermuhasabah diri dengan berkata 'muka lawa gini tapi selalu solat lewat apagunanya?' lepastu kau boleh depress untuk seketika. Ye memang menyentap jiwa raga tapi ini hal personal..apa peduli. Antara kau, cermin dan pencipta kau.

Bukan apa. Manusia kan suka berlagak..riak..takbur bongkak ha apa lagi..kau boleh namakan sendiri. Semua sebab ada cermin tapi tak reti guna. Jadi marilah kita berganding bahu dan mengadakan kempen menggunakan cermin dengan betul..haha. Setakat muka lawa kau ingat boleh senang dunia akhirat ke? Muka tak lawa takpa asal tak bodoh. Bodoh takpa lagi boleh belajar asal tak berlagak!

Dengan itu saya mengepilkan sekali doa melihat cermin supaya kita sama-sama boleh mengamalkan wahai saudara saudari yang dikasihi sekalian. Akhlak yang lawa haruslah selawa wajahmu wahai manusia. Sebab kalau muka lawa perangaimu ke laut..kaki jugak makan dia. bahahaha. Okbye.

pic:google
Mira.

Wednesday, June 11, 2014

masa depan.

Assalamualaikum.

Baru perasan aku belum ada entri bulan Jun. Nak kata busy gila tidak juga, acah-acah busy ada lah. Biasalah kalau dekat rumah duduk dia memang nota entah ke mana, study ke mana. Ye, sebenarnya aku pun taktahu jadah apa aku buat kat rumah sepanjang hari. Tumpang tanya, membazir masa kira berdosa tak? Kalau ya, aku nak pegi insaf selama dua hari. Kalau tak ehee..boleh buat lagi. Danggg *ayah baling periuk*

Oh ya, sekarang dah masuk sem 6. Maknanya tinggal setahun sebelum aku boleh kata byebye kepada dunia degree. Takut juga fikir masa depan ni. Banyak sangat benda nak kena pertimbangkan. Rasa senior tapi bila orang panggil akak ja lah aku rasa cenggitu, kalau tak akulah juniorrrrrr!! *tak boleh terima hakikat*

Aku fikir nak sambung masters tapi tak pasti course apa dan di mana. Tak sure sama ada nak stick kepada apa yang dah aku belajar masa degree atau find some other things that i will surely love. Entah. Aku kan gadis yang penuh tanda tanya dan hidup ibarat suka-hati-kau kan. Payah juga takda matlamat kukuh dan pasti dan jitu dan bernas dan berwawasan ni.

Atau mungkin aku patut cari kerja? Krikk krikk aku tak pasti aku mahu future yang bagaimana. Itulah masalah besaq nak habaq kat ampa nih. Dah takdak impian memang payah lah kan nak plan itu ini. Sila jangan jadi macam aku. Kadang-kadang rasa nak tampar diri sendiri sebab takda impian besar macam orang lain. Tapi this is me! Ujar aku sambil telan cili padi sebiji demi sebiji disertai air mata berlinangan demi efek kesedihan tak bertepi.

Kahwin? Lagi krikk krikk level lapanratustigapuluhduaribu. Bila kita dipihak yang menanti tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati sekalian, tugas kita adalah menanti. Kah. Aku disini kan selalu menunggu..yang selalu ada di setiap waktumu..selalu menanti jawapanmu..untuk cintamu..nyanyi sambil buat rambut serabai gaya Nomad. Haha. Ok, takda lah miserable sangat. Cuma apa orang kata, kita kena tunggu masa yang sesuai untuk buat keputusan yang sesuai. Eh ye ye ja kan..

Akhir kata, aku rasa aku akan apply semua benda yang valid once aku habis praktikum. Mana datang dulu yang tu aku terima. Lecturer aku pernah cakap, apa yang datang dulu lepas degree engkorang grab ja. Ada betul jugak kata beliau tu. Akan daku cuba apply bila tiba masanya. Oh, semoga baki 4 paper ni berjalan lancar selancar aku telan makanan. Semoga berjaya juga untuk awak-awak yang exam jugak tu. All the best! ^_^


Mira. 

Wednesday, May 28, 2014

Ayam

Ya. Tahu ayam sedap! Tapi sila jangan makan ayam banyak sangat takut kau terikut-ikut perangai ayam. Kalau kau perasan peribahasa guna perkataan ayam selalu membawa maksud yang tak baik mana pun. Contoh, cakar ayam err hangat-hangat tahi ayam, ayam berak kapur dan bontot ayam. Eh, bontot ayam kira peribahasa/simpulan bahasa ke? Haha. Pandai-pandai je hang mira.

Omputih selalu kata 'Don't be a chicken!'. Maksud dia jangan duk penakut sangat lah manusia hoi. Ha, aku ni kalau jadi translator kat tv mesti orang bengang ayat caca marba..kahkah. Berbalik kepada 'don't be a chicken' tu aku nak bagitau yang benda paling merugikan adalah bila kita takut nak buat sesuatu yang tak patut ditakuti. Kita ni manusia..selalu takut walaupun tak perlu. Entah apa masalah entah. Aku hairan juga sebenarnya. Adakah ini salah syaitonnirrojimmm? Biasalah tipikal..semua benda buruk kena cari salah orang/setan, jangan tuding kat diri sendiri dulu..kah.

Bila kita takut, banyak peluang akan terlepas pergi. Banyak benda kita rugi. Sangat banyak! Contoh berdasarkan pengalaman, orang selalu takutkan aku dengan pelbagai perkara buruk kalau aku ambik third language. Banyak la benda dimomokkan ke aku seperti tak berbaloi la, tak best la, tak jamin apa-apa la, tak dapat A la. Tapi aku sebagai peminat bahasa peduli apa dengan momokan diorang. Sikit pun tak takutkan aku. Aku jenis kalau suka satu benda dan aku tahu aku buat benda betul, nothing can stop me. i won't stop! i won't stop..ok, imagine aku nyanyi lagu miley tapi tukar lyric sikit..haha. 

Keputusannya? Sangat menggembirakan. Kepuasan bagi aku dalam belajar bukan dapat A tapi bila aku dapat guna dalam kehidupan seharian aku. Itu yang buat aku gembira. Aku perasan banyak orang takut nak buat sesuatu yang dia nak atau suka semata-mata sebab termakan dengan kata-kata 'menakutkan' dari rakan sebaya. Peer pressure lah konon. Mujur aku tak mudah terpengaruh dengan rakan sebaya mahupun kakak senior. Momok kisah menakutkan paper killer ke, lecturer killer ke..aku kesah apa. Yang aku tahu aku buat keja aku ikut guideline yang disediakan. Setel masalah.

Lagi satu, killer macam mana pun lecturer sila jangan takut melainkan kau jumpa bukti dia serial killer bunuh lapan orang dah sebelum ni. Yang tu patut takut jugak lah, kalau tak apa de hal lecturer killer pun makan nasi dengan sambal udang petai jugak apa? Haa, gitu. Bagaimana nak deal dengan lecturer killer dan juga garang? Mudah..go with the flow dan juga cuba baca perangai dia. Kalau kau dah terer baca perangai dia InsyaAllah kau takkan takut dah. Bila dah ada expectation, kau dah tau nak buat apa. Dan biasanya lecturer killer kalau jumpa luar kelas, baik gila. Ketahuilah mereka juga manusia biasa.

Sekian. Akhir kata, jangan jadi ayam. Takut dengan Tuhan sudahlah..itu yang sepatutnya. Ok bai.

Mira.

Sunday, May 25, 2014

Suara

Aku belajar sesuatu. Kalau nak orang ambik peduli apa kau cakap, kau kena tegas and please have some gut to tell them. Ha, omputih sebentar..hehe. Cakap belakang takkan membantu. Aku selalu berjaya menghalang diriku dari voice out kan ketidakpuasan hati aku. Dan nyata perghh ayat drama..kakaka..eh sambung balik. Dan nyata bila kita tak nak suarakan kemarahan itu ianya lebih menyusahkan.

Ia ibarat kau nak berak tapi sembelit. Seksa kan? Haa macam tu lah, kau nak buang sebab kau rasa aish takpayah simpan la benda yang susahkan kau tapi yet kau tak boleh. Pehh seksa wo tak boleh berak. Aku pesen kalau tak boleh berak mesti nak muntah, loya-loya semua tu. Bak kata entah sapa entah, aku tak ingat sapa..pening loya tu sebab kau simpan bahan toksik sebab tu lain macam rasa dia. 

Jadi, marilah buang toksik bersama-sama. Eh, aku bukan ajak berak secara berjemaah. Aku ajak korang untuk lebih berani menyuarakan pendapat, ketidakpuasan hati, kejengkelan dan segala ke yang ada di dunia ini. Marilah jadi lebih berani. Anda boleh! gittew *sambil hi 5 gedik*

Aku..tak selalu marah orang i mean perempuan la. Tapi kalau aku marah aku akan pastikan semua yang berkenaan tahu. Ha, takut tak? Kahkah. Luckily coursemate aku pesen bagus jugak,  hari ni kena marah, take note and esok is a new day..takda perangai perempuan emo nak over masam muka jadah apa tah. Sila jangan jadi typical perempuan yang asal sikit nak emo. Bosan la. Aku kalau jadi lelaki dah lama aku cabut la kalau ada makwe pesen emo duapuluh lapan jam. Ye, lebih dari duapuluh empat jam emo dia. Sekian.

Mira.

Saturday, May 17, 2014

harap.

Malas nak berharap.
Sebab kalau berharap sangat pasti kecewa berganda-ganda.
Maaf. Hari ni entri ibarat takda jiwa dan buang masa.
Esok lusa aku kembali ceria. Janji.

say something, i'm giving up on you.

Tuesday, May 13, 2014

Hari ini.

Assalamualaikum.

Sindrom takdak idea kembali. Buka belog nganga sana sini lepastu idea hilang, tutup. Dah banyak kali jadi. Entah, rasa macam takdak benda menarik nak dikongsi. Mungkin malas..haha. Adakah ini perkara biasa? Kadang-kadang rasa nak delete belog..sebab banyak merapu dari membantu. Tapi bila fikir balik, kalau aku pergi sekurang-kurangnya ilmu aku tulis kat sini orang masih boleh guna dan disebarkan. Mungkin sekadar resepi tapi bagi aku yang sedikit itu pun jadilah mungkin ada manfaat juga untuk mereka yang mencari..mungkin. 

Kehidupan seharian? Alhamdulillah sudah selesai semua presentation semester ini. Sekarang fokus report sahaja. Penat ya tapi gembira juga. Dua dari empat presentation dipuji, lagi dua aku sendiri pun tak puas hati. Tapi biasalah manusia tak sempurna. Cehh cliche ayat bela diri paling sering diguna..poodah boleh tahan aku ni. Okay, salah aku yang mana keja tak sempurna tu, hati tak betul-betul mahu, sambil lewa jadi padan muka kau mira ;p

Kurang dua minggu, final exam. Cuak boleh tahan, banyak paper mengundang keserabutan jiwa. Jarak exam jauh lahaai kalau aku ada niat nak kawen dah boleh buat kenduri di antara gap exam ni haa..gittew. Tapi itu omong kosong lah. Jadah apa tetiba nak kawen kan, angin takdak, ribut takdak..tapi kalau ada angin dengan ribut cemana nak buat kenduri? Hahaa. Jengg betoi la. Ni aku saja masuk cerita kawen sebab kawan zaman kanak-kanak masa dekat kelantan dulu dah nak kawen. Selamat jadi isteri cik Tini! Kemain cari husband huruf H jugak. Hartini dan Haiqal gittew. Aku tahu sebab baca kad kawen ja pun..kehkeh.

Dan aku masihhh..menghadap report..sobss sobss. Bajet sedih. Ok tipu, tak sedih pun, saja nak attention seeker sesekali. Eh, tak best pun jadi attention seeker, macam pathetic dan lifeless je..haha. Ok lah, semoga berjumpa lagi. All the best untuk apa sahaja yang kau buat asalkan bukan benda haram..ngee. Kbye.

Mira.

Friday, April 25, 2014

Sambung Masters dan PhD di Malaysia?

Benda baik harus dikongsi. 
Jadi aku fikir aku patut kongsi benda ni. Pernah dengar Program MyBrain ?
Kalau anda berminat untuk sambung masters atau PhD tapi malas sebab nak kena fikir pasal yuran. Sila bukak portal ini. KPM wujudkan Mybrain untuk bantu kita-kita ni sambung masters/phd dengan yuran ditanggung oleh mereka. Dengan kata mudah, yuran free okay. How cool is that? Haha.

Cuma kos sara hidup, penginapan dan lain-lain tak termasuk lah. Tapi jangan risau banyak lagi cara untuk kita dapat dana seperti pusat zakat, MARA dan yang sama waktu dengannya. Yang penting kita cuba cari. Bukan tercongok tunggu duit jatuh dari langit.

Ini aku screencap sikit dari laman web MyBrain. 


Aku sekadar menyampaikan. Kalau berminat boleh apply. Tapi jangan tanya aku bagaimana nak isi dokumen itu ini. Aku pun taktahu. Tapi aku pasti maklumat yang kau perlu, ada dilampirkan dalam laman web tu. Aku share sebab aku rasa perlu, bukan sebab aku pernah apply. Aku tak layak lagi, belum ada degree pun..haha.

Untuk maklumat lanjut boleh buka laman web MyBrain !
Semoga dapat membantu. :)

Mira.

Wednesday, April 23, 2014

Manis 23

23 April 2014
Ya..sudah masuk 23 tahun ini. Tahu..aku nampak muda..kahkah.
Ayat self claim tapi tapi ada jugak orang claim aku tak nampak macam 23.
Entah betul entah tak sebab aku selalunya perangai kartun..haha.
Tapi yang best semalam aku keja part time..pegi dengan kawan,
Ada staff ingat dia kakak aku.. kakak ok bukan adik beradik ke apa..ekeke..
Jadi kawan aku, si mekni tu terus tak boleh nak tido semalaman.
Stress mungkin.. :P

Ucapan hangat (direct translate sendiri okay:warm wishes) dari teman-teman sudah cukup buat aku gembira.
Paling best dapat mesej dari ayah pagi tadi dengan perkataan TUA di capitalkan..amboi..
Ok happy gila sebab selama ni aku fikir butang mesej handphone canggih ayah boleh guna huruf 'K' sahaja. Boleh buat bahan pekena ayah bila balik rumah nanti..haha

Tiada party berbelon, tiada celebration meriah dan pasti tiada tepung dilemparkan.
Oh, tepung tak patut dibazirkan, patut goreng buat cucur ikan bilis..sedapnyaaa.
Amalan simbah air jugak tak patut dijadikan tradisi birthday..kesian orang selangor kena catu.
Kita kena sensitif..So, keep calm, happy birthday and sleep all the way..kakaka.

Celebration birthday aku cuma ada marigold oren dengan seketul ayam goreng.
Omputih sesat sangat aku rasa tapi tu ja yang aku lalu nak makan..haha.
Lepasni patut buat entri 'bagaimana mahu sambut birthday sendirian'..gittew.
Tak. Bukan forever alone..cuma nak keep low dan krohh krohh.
Dah..esok ada presentation. Kena pegi praktis dah ni.
Doakan aku jumpa apa yang aku cari. Thankyou in advance.. :)

Love. Mira.
p/s: aku gembira. sangat. it doesn't need much to be happy.

Tuesday, April 15, 2014

Review: Yo Bride-to-Be!

Tak. Bukan entri aku nak cerita aku ni bakal jadi bride to be..belum lagi. Aku nak share online shop yang mungkin membantu bride to be (B2B) sekalian. Kot kot la tercari-cari tempat shopping alam maya yang menge-bestkan. So, aku di sini nak la bagi sedikit option kot berminat kan. Kot lahh..tak paksa.
Aku review ni takda sapa suruh, saja nak share. Tolong business kawan-kawan.

Yang pertama ialah LDL ni. Owner kenalan zaman menengah atas. Nama dia Ummi. Service yang LDL tawarkan ialah buat sticker tag, gift box, kad kawen, business dan yang seangkatan dengannya. Boleh bincang anda nak apa, baru sesuai dengan kehendak anda. Sticker tag bukan sekadar untuk kenduri kawen-mawen semata, teacher's day, birthday, business, akikah dan apa sahaja jenis majlis berkenaan.

Contoh sticker tag.

Dan sekarang ada promosi menarik. Grab it fast!

Boleh dihubungi melalui:
Whatsapp - 0125162283

Instagram - Loveydoveyland

Fb page - LoveyDoveyLand




TAOH ni pulak bisnes salah sorang kawan zaman sekolah menengah rendah yang diusahakan secara adik beradik..wahh gitu. Aku banyak sekolah okay. TAOH ni menumpukan kepada tudung/shawl/halfmoon/veil yang di custom made dengan beading. Juga ada perkhidmatan buat hand bouquet dan mini pelamin. Yang tu diorang baru start. Boleh PM diorang tanya lebih lanjut, nego atau apa sahajalah yang kau rasa nak tanya.

Ok. Contoh custom made by TAOH



Boleh hubungi:
Whatsapp : 014-9477275 / 019-5136745

*Rasanya TAOH ni ada instagram. Maap lah aku ni takdak instagram takleh nak sahkan kewujudan akaun TAOH. Cuba cari sendiri ye.

Price kena tanya diorang ye sebab aku kan belum masuk fasa layak bertanya soalan ittew. Takkan aku saja gatal-gatal pegi tanya macam tu je. I is malu okay. Ni aku dah tunjuk jalan, kau pegi lah usha dan beramah mesra dengan penjual ittew. Jangan risau diorang sweet.

p/s: Aku mampu jual handsock lace jeww *insert muka rempit sedih* kahkahkah. Nak jugak promote.. ;p

Assalamualaikum.
Mira.

aku rela..

Sungguh. Aku rela hasil keja aku dikeji. Dari aku dipuji atas keja hebat yang aku curi.

Mira.

Friday, April 11, 2014

orang bisnes.

Aku ni jenis susah nak percaya dengan orang. Kalau bergolek atas tanah nak suruh aku percaya pun aku takkan peduli selagi takda bukti. Ada bukti pun kalau minda sedar aku cakap 'NO!' aku takkan percaya juga. Jadi senang cakap, engkau takpayah la nak bagi aku percaya benda yang aku taknak percaya..boleh tak?

Satu. Aku tak percaya ke sistem MLM, sistem piramid ke sistem segi empat ke bujur pun aku taknak percaya. Takkan. Apa ke gila aku nak percaya. Kau ingat kalau orang boleh kaya sorang-sorang dia nak share dengan engkau? Memang tak lah. Manusia ni tamak haloba mana boleh bagi orang sekaya dia..kang kaya dah jadi mainstream dia kira jadi tak special dah lah. Imagine semua orang pakai beg LV original, semua orang pakai kasut Jimmy Choo Original dan pakaian pulak semua jenis brand yang aku malas nak ngeja..belit belit ha. Kaya takkan jadi best dah. Sebab tu orang kaya tak ramai dalam dunia ni.

Orang kalau dah kaya takkan nak share sumber kekayaan dia dengan engkau. Kecuali dia perlukan engkau untuk kepentingan bisnes mahupun survival dia. Lebih kurang win win situation tapi selalunya yang orang kaya tu lagi win lah..haha. Contoh, abam Q (bukan nama Sebenar kan dah cakap, nama dia Q)..dah berjaya dengan perniagaan menjual ubat mengkedutkan kulit untuk golongan yang dah bosan jadi muda. Bisnes dia maju sebab dia pioneer kepada produk ni..itu sebelum Lijah dan Sameon copy cat idea dia lah. Pasal Lijah dengan Sameon kita sembang hari lain, hari ni fokus pada abam Q ja noh.

Okay, kembali kepada agenda asal.  abam Q ni pun berjaya menjual beribu-ribu limau nipis eh produk dia tu kepada anak muda seluruh negara yang berpusu-pusu nak kedutkan kulit. Untung memang gilaaa ah boleh beli ferrari tapi dia tak beli ferrari la takut retis ngorat dia..takpasal kelai (baca:gaduh) laki bini. Jadi untuk kembangkan bisnes ofkos abam Q nak kena pikiaq (baca:fikir) idea bernas..dari situ dia mulakan program 'Mari jadi jutawan bersama abam Q'. Hakikatnya yang jadi jutawan tu abam Q ja..yang bawah dia tu boleh buat bisnes ja. InsyaAllah laku, duit jualan pun masyuk. Tapi status jutawan tu dapat ke abam Q sorang ja.

Nampak tak apa aku nak sampaikan? Abam Q share sumber bisnes dia sebab dia nak lipat gandakan untung bisnes dia. Hang nak dapat untung macam abam Q takleh wei kalau sekadar join bawah bisnes abam Q semata-mata. Hang kena buat part time jadi cashier..buat part kat KFC tu pun payah nak sama level dengan abam Q. Melainkan hang ada idea bisnes lain. Seperti bisnes juai kuda Ariana Rose ka..juai air mata kucing bertanduk ka..benda-benda rare lah senang kata. Benda yang ada tempat dalam pasaran..baru hang pun boleh jadi jutawan.

Orang kita ni keja nak benda mudah ja. Lepastu obses.

Thursday, April 10, 2014

pertanyaan yang mengguris hati.

Aku bukanlah golongan mudah terguris hati. Hati keras sikit dari kerak nasi. Jadi kalau engkau rendam dalam air pun tak berapa nak berkesan. Anggap hati aku macam bekas arang terlekat pada jaring lepas bakar sate. Haa, yang hitam tu. Bukan bermaksud hati kotor ye tuan-tuan dan puan-puan dan adik manis sekalian. Aku nak kabo betapa degilnya benda alah hitam tu nak tanggal dari jaring..begitulah degilnya hati aku. Payah nak terguris kecuali ada benda super sedih atau tengok movie meruntun jiwa seperti miracle in cell no. 7..itu rasa hati hancur.


Merujuk tajuk di atas, aku rasa terguris dengan eh jap terguris ke tergores ni? Yang aku pasti dan tahu gores dan menang ja. Mana satu yang betul ni? Encik Osman Baku please jawab kekusutan saya ini. Kenal Osman Baku? Tak kenal gi google sana. Ehem..tersasar dari niat asal. Tampar pipi, kembali ke realiti. Setiap kali kawan tanya bila nak beli smartphone? Ada whatsapp tak? Ada wechat tak? Hatiku rasa terguris. Sebab macam eh eh ketinggalannya daku. Tapi kau kena paham nafsu membeli barang berteknologi bukan fokus aku. Paling hebat aku beli printer dan powerbank. Motif la nak beli powerbank padahal takdak smartphone khenn.

Sila jangan pandang rendah, phone oldskool aku boleh charge pakai powerbank jugak la *jeling maut*. Aku beli sebab aku banyak kena keluar pegi program, kadangkala stay semalaman kat tempat program, taknak lah charge sesuka hati bila nampak soket. Lepastu kena marah..nehii. Aku taknak begitu. Okay, tipu! Aku beli sebab terpengaruh dengan jualan murah itu hari dan eheem encik cina jual tu comel..ahaha. Tahu, aku layak diterajang kan. Tapi aku dapat free pouch..so aku beli lah. Ah, typical Malaysian! Godaan dunia betul. Tapi serius cakap kalau pekedai melayu lelaki, biasa aku takkan beli kecuali desperate. Kenapa? Nanti aa aku cerita. Boleh buat entri istimewa tahu. Ini tiada kaitan racist ke apa jadah tu. Apa ke hal aku nak racist dengan bangsa sendiri. Takda jati diri namanya tu...

Eh..jangan rasa kecik hati pulak aku cakap macam ni. Aku luahkan bukan sebab nak cerita aku kecik hati orang tanya tu. Aku cuma nak cakap, aku segan nak kabo ke orang aku takda semua benda tu. Terguris hati dalam cerita ni setakat calar sikit ja, tak bawak dalam mimpi pun. Saja exaggerate bagi nampak sedih. Konon la. Segala kekurangan harap dimaafkan. One day ada rezeki aku pakai la sebijik. Paling lama pun dua tahun lagi. Tu pun kalau dah keja la..haha.

Sudah tentu aku rasa ketinggalan. Ketinggalan dengan teknologi? Itu aku tak kisah. Lantak engkau lah nak maju cemana pun. Aku cuma rasa sayang dan ketinggalan masa keemasan dengan sahabat-sahabat aku. Itu yang terguris hati tu. Selain dari itu? Tiada kekesalan walaupun tiada handphone canggih..gittew. Eh, ni birthday ittew da dekat takdew sapew-sapew nak hadiahkan smartphone keww? Bajet comei cakap rempitz. Sapa declare ini 'bahasa comel' entah? Kalau aku tahu orang yang declare tu aku terajang bontot dia. Jadah comel ejaan haremm camni.

Mira.
Assalamualaikum.

Wednesday, April 2, 2014

Edisi Mudah: Telur dadar ikan bilis.

Gedik kan telur dadar pun aku nak letak resepi kat sini. Tapi resepi tu bukan penting sangat pun..aku di sini untuk memberi keyakinan kepada umat manusia bahawasanya 'Anda semua boleh masak! Takpayah tunggu bini sakit baru nak terkedek-kedek belajar masak. Dan takpayah desperate kelaparan tahap naga tasik chini baru nak belajar masak. Masak itu mudah!' Masak memang mudah tuan-tuan dan puan-puan serta adik manis..yang payahnya, nak masak bagi sedap..hehe.

Pada aku, cukuplah masak setakat mampu kenyangkan adik beradik, anak beranak dan satu family engkau. Takpayah la tahap nak buat katering. Pada aku orang yang patut niaga makanan adalah orang yang dikurniakan bakat memasak..bukan sekadar tahu masak. Banyak beza tu tahu. Kalau setakat tahu masak tapi bakat takda, tak sedap mana pun. Tak caya? Cuba analisis berapa kali engkau makan kat kedai tak sedap? Faktor tu faktor...

Jadi demi memulihkan keyakinan para tukang masak tak berapa nak konsisten seperti aku, aku share resepi telur dadar ikan bilis yang dapat idea masa takdak keja kat asrama. Hokay, aku masak pakai rice cooker yang telah diupgrade ke portable cooker..hehe. Motif sangat aku nak cerita kan. Ini kalau kantoi ni, kena rampas buat naya ja..hoh.

Here we go, Telur dadar ikan bilis:
telur-2biji
ikan bilis-segenggam
mayonis-1 sudu

Cara:
Pecahkan telur dan pukul macam nak cari gaduh sampai dia kembang. Lepastu letak sesudu mayonis. Pukul lagi sampai kau rasa ah bosannya, baru stop ye. Dan masukkan ikan bilis yang sudah dicuci ke dalam telur yang sudah dipukul ittew. Apalagi, lepastu masuk kuali sana. Sambil tunggu tu boleh pegi cuci mangkuk kat singki sana. Terbalikkan telur kalau nak both bahagian garing. Lepastu tadaaa.. Siap!


Gambar sumber dari belog Aznanie . Dia punya resepi lain sikit lah dari aku. Aku punya versi, apa ada kita campak ke dalam telur dadar ittew. Ha, nampak ganas tu cemana. Ganas tak ganas, yang penting perut kenyang..ye dak? Oh, ya..aku tak letak garam sebab ikan bilis masin dah. Cukuplah tu. Kurangkan garam dalam kehidupan, lebihkan garam dalam senyuman..kekeke. Dulu adik aku cakap tak gebu pun telur dadar letak mayonis, aku wonder dia letak banyak mana..hmm. Serius, letak mayonis lagi gebu lah. Nak lagi kick, letak cili padi..wohoo. Mungkin aku patut tanam pokok cili satu lepasni..hmm.


Gambar atas ni sumber google. Kau imagine telur dadar ittew segebu ini dan ditaburi oleh ikan bilis..omnomnom.. Maap la rakan-rakan dan taulan..saya mana ada smartphone nak ambik gambo upload sini. Ada phone pun takleh nak connect internet, maka tiadalah bukti bergambar. 

Mira.

Monday, March 24, 2014

hujung minggu punya cerita.

Jumaat lepas aku dengan hati separuh rela pegi ke satu sekolah di Kuala Nerang, ngajo budak-budak english. Ala ala english camp katanya. Hati aku separuh rela sebab..keja lain bertingkat dah tu nak kena tinggal uni. Aku ni jenis kalau pegi dari uni lebih dari sehari semalam, momentum hilang. Balik cuti midsem toksah cerita lah. Macam mabuk oo..taktahu hujung pangkal dah kekdahnya. 

Tapi memandangkan masa kecik-kecik berangan nak berbakti pada nusa dan bangsa, aku pun gagahkan diri dengan muka senyum manis-kelat bangun pagi tunggu bas ke lokasi program. Jujur, aku benci budak-budak. Kalau baby tak boleh bercakap, haa yang tu aku suka! Bukan apa budak-budak ni aku bukan reti handle pun. Dah sah sah aku garang, penyabar jauh sekali. Masa mula tahu kami kena buat program kat sekolah aku terus rasa krenggggg *guruh*..kilat sabung menyabung lepastu petir panah pokok sebelah aku, mujur aku baring atas tanah..fuhh. Berpeluh aku. Nightmare oh nightmare..

Kalau adik sendiri lain la..suka jugak la. Aku gagahkan diri suka adik aku..tu pun separuh masa aku menyampah, inikan pula nak suka adik orang. Nampak tak betapa aku tak penyayang. Aku sayang kaktus mickey aku ja tapi tu pun dah tiga minggu tak kasi siram..kahkah. Ha, berbalik kepada cerita, program ni khas untuk semua pelajar form 2..sebaya adik aku lah sebenarnya budak-budak ni. Pening jugak lah nak ngajo apa ke budak-budak ni. Dah la jurulatih kami kata depa punya english hmm..tahu tahu lah. Aku pun sekolah kampung, memang english kena work hard dua tiga kali orang bandar la. Kalau orang bandar yang jenis english sedih tu, aku syak dia mabuk. Tak ikut environment betul sorang-sorang dia takreti english..eh. Hehe.

Tapi bila pegi sekolah tu, aku tengok english diaorang not bad dan ada jugak nak masuk ke bad. Tapi kalau cakap slow motion depa paham dan ada lah yang paham lepastu tolong translate ke kawan-kawan. Takda la kita potpet 'hawawyu?' "sreeeet srettttt *bunyi kipas*" 'are you guys ready?' "...*jeling kawan, gigit kuku*"Mujur lah diorang boleh bagi respon. Aku bukan apa, takut underestimate depa kecik hati, overestimate depa tak paham. Mula-mula aku agak depa paham. Sekali aku tanya, depa relaks ja jawab 'kami tak paham apa kakak tu cakap. kak tolong cerita sat'. Sedih.

Sadis jugak sebab aku terkenangkan adik aku, Aina tinggi melangit tu. English dia memang ke laut ke hutan rimba tropika. Tu lah, aku ajak tengok movie english kat hbo dulu takmau, nak layan cerita melayu jadah apa entah yang ulang lapanbelas kali kat astro tu. Sekarang astro dah takdak, tapi Alhamdulillah la aku jadi sponsor runningman kat dia. Alhamdulillah tu bukan sebab dia terer bahasa korea ka apa..satu ja sebab, subtitle english. Jadi Aina tinggi melangit belajar jugak la sikit-sikit english dari situ.

Oh, berbalik kepada program tu banyak la kami terapkan tapi yang simple. Satgi kalau ajar literature english tobat takmai dah budak-budak tu. Trauma..haha. Dalam banyak-banyak slot yang paling menarik minat aku ialah singing! Perghhh aku suka sebab bukan aku yang kena nyanyi..kahkah. Depa cukup suka dengan lagu Lenka-The Show walaupun sebutan dan pitching lari jauh..hoho. Asyik suruh replay lagu tu ja banyak-banyak kali. Aku agak kan, depa balik rumah pakat download lagu tu buat ringtone..haha.

Satu lagi, masa treasure hunt, aku jaga checkpoint. Kat checkpoint aku, depa kena nyanyi english song in 2 minutes. Lama doingg dua minit wei. Ada yang pi cari lirik yang kami bagi sebelum tu. Ada yang nyanyi lagu Maher Zain, kagum wei.. Paling rare ada satu group ni nyanyi lagu birthday.. Jadah lagu birthday 10 saat habis dah. Aku rejek. Oh yeah! The power of akak faci! Haha..yang tak cukup dua minit, aku suruh dia ulang rangkap sama sampai cukup masa. Yang tak menyanyi keluar suara a.k.a oppurtinist sangat dalam group tu, aku suruh dia baca lirik. Aku suruh baca sebab tau banyak yang tone deaf macam aku, menyanyi sama macam membaca. Apa da hal adik..kemonn la akak pun tone deaf..kahkah.

Itu lah antara benda yang aku ingat. Lawak tapi seronok la walaupun dah tertera kat atas, aku tak suka budak-budak. Yang buat aku konfius depa macam budak sekolah rendah, kecik dan rendah ja sorang-sorang..takrasa macam form 2. Ceh..bajet aku tinggi sangat la masa form 2 dulu..hoho. Gambar? Tunggu official photographer upload disertakan pakej kerajinanku, insyaAllah nanti aku share. 
Terima kasih semua yang terlibat. I'm done with KLK! :D

Assalamualaikum.
Mira.

Saturday, March 15, 2014

kesempatan

Dunia ni seronok juga sebenarnya. Bergaduh inginkan itu ini sebab rasa diri sendiri bagus. Finee..

Aku bosan bergaduh berebutkan sesuatu yang aku rasa tak perlu. Dalam satu group esaimen aku, semua berebut nak bagi idea itu ini sampaikan apa yang aku cakap langsung taknak dengar. Aku sedar lah muka aku ni memang ala-ala bodoh dan tak reti apa-apa. Tahu. Lama dah aku tahu. Memandangkan aku malas nak buat apa-apa sebab bodoh kan..aku pun bertukar jadi oppurtunist. Ya, si pengambil kesempatan dalam kesempitan..kahkah.

Keji. Aku tahu. Tapi saja aku nak tengok sejauh mana mereka boleh pegi. Go groupmate! Punyalah tak pedulikan aku si oppurtunist ni, diorang nak senyum pun malas. Okay. Oh, tapikan keja taknak assign ke aku lepastu emosi aku tak buat keja. Dia punya emosi bukan marah-marah tu. Dia punya emosi jenis silent treatment anggap saja aku tak wujud. Haa, cenggitu.. So, cuba bagitau wajar tak aku jadi oppurtunist? Hahaa..

Kaedah memberi tamparan virtual kepada groupmate aku ni, senang ja. Biasanya aku tak buat apa-apa, aku biar lecturer yang berkata-kata. Dah kena komen itu ini dengan lecturer biasanya down lah kan. Tapi sebab aku tak buat keja..sebab tak siapa peduli aku..aku kisah apa? Bukan keja aku yang kena kritik..hoho. Kesalahan ejaan..ayat tunggang terbalik itu biasa tapi bila kena kritik memang panas juga telinga tapi pada aku sungguh tak terasa apa-apa sebab aku tak buat apa-apa.. Kalau kena bash kaw kaw pun aku masih boleh sengih kerang. Sungguh aku tak tipu. Menambahkan kekejian aku siap tolong betulkan ayat tu sama-sama dengan lecturer. Kena jeling. Kisah pulak aku? Hahaa.

Kesimpulan..aku memang muka lurus, sopan dan inesen bak kata mak aku. Tapi tu semua hilang lepas aku berkata-kata. Mulut puaka lah jugak..kohkoh. Cemana emak tahu aku bermulut puaka pun taktahu la. Setahu aku, yang emak sedia tahu aku mulut berapi..kehkehkeh.

Part time oppurtunist,
Mira.

Wednesday, March 5, 2014

teman baru aku, si kaktus mickey.

Assalamualaikum.
Hari ini aku dapat kaktus mickey dari seorang sahabat. Tak pernah aku dapat kaktus atau segala jenis tumbuhan dari sesiapa. Tumbuhan orang aku pernah dapat pun semua dalam bentuk makanan. Sekarang cerita dia..aku mana pernah bagi komitmen sepenuhnya kepada sesiapa. Kalau kaktus ni mati adakah aku tergolong dalam golongan tiada sifat maderly? Ahh bagaimana mahu kahwin kalau kaktus sebiji eh ke sepohon ni tak mampu aku jaga? Lagi haru kaktus jenis ni membuatkan kau gatal kalau tersentuh durinya. Dah, satu keja pulak. Aku letak kaktus tu depan susunan buku. Maka, makin tak ku sentuh la buku akademik aku. Alasan kukuh..kahkah.

Ingatkan kaktus tak susah dijaga..bila aku buat refleksi diri..aku rasa besarnya komitmen aku dengan sang kaktus. Kena tukar pot bila dah makin besar iaitu tak lama lagi. Kena siram air. Yang itu tak apa, dua minggu sekali pun boleh..kata kaktus kann..hoho. Aku kena beli sarung tangan khas untuk bolehkan aku tukar pot kaktus ni. Ingat nak pakai tuala saja tapi gila apa kalau tetiba bulu duri sang kaktus melekat terus. Mahu menggila aku kena duri sang kaktus.. Oh ya, pasal pot kaktus aku tak kisah. Mujur ada bekas cawan porcelain aku yang sudah patah telinga. Tak sangka berguna jugak cawan tu..tak sia-sia aku simpan junk kat dalam kotak rahsia..haha. Rahsia sangat. -..-

google
Lebih kurang begini kaktus mickey aku. Tapi kaktus aku bertelinga tiga. Unik, macam tuan dia. Okay, self claim..haha. Tapi kalau aku tak claim aku unik, orang takkan perasan kan? Kahkah. Sejak bila konfiden level aku setinggi ini..puiih la mira.

To kaktus mickey,
Aku tak pernah tanam pokok dan bagi sepenuh komitmen. Selalu emak dengan bapak yang sambung komitmen aku tu..haha. Memandangkan kau aku punya, dan hanya kita berdua di sini, mohon bersabar dengan aku. Tutup telinga bila aku maki group esaimen aku tau. Tak bagus untuk kau. Dan jangan membesar cepat sangat. Kalau besar sangat kau aku tanam dekat uum ni, nak? Jangan lupa doakan aku setiap hari. Selamat datang ke dalam hidup aku kaktus mickey. ;)

Terima Kasih pada yang memberi. ^_ _^
Mira.

Friday, February 28, 2014

semester baru

Hello.
Aku cemas ni. Cemas sebab aku rasa banyak benda nak kena catch up. Itu hari aku bergembira dengan peginya Mr. M dari hidupku tetapi kegembiraanku hanya sementara. Yang terindah hanya sementara..betul kata Erra Fazira, aku pecaya kata kau...ssobss. Mr. M memang dah pegi tapi kali ni beliau kembali dalam bentuk lebih advanced. Ingatkan seksa ekonomi sudah berakhir tapi malangnya tidak..sobss. Aku rasa macam nak pegi berperang dah ni. Nasib baik aku tak jual lagi buku makro dan mikro aku. Kalau tak aku kena beli balik..poodah gila rasa.

Semester baru tidak begitu indah wahai tuan tuan dan puan puan dan jugak cik adik manis..Tidak indah! Aku macam ada sleeping disorder ja tapi bukan insomnia lah. Aku nak tido tapi tak boleh nak tido. Bila dah tido aku tak rasa macam aku tido pun. Apakah lah kan. Jangan assume aku angau ibarat makan tak kenyang, tido tak lena, berak tak flush..sekeh nak? Aku makan kenyang, juga tak pernah lupa flush lepas berak cuma masalah tido yang tak lena. Angau's rule tidak boleh diaplikasi kepada aku. Jadi apakah masalah aku? :/

Kalau tak boleh tido ni kesan dia sama lah dengan payah nak berak. Semua serba tak kena. Nak makan tak best, nak tengok movie rasa tak selesa apatah lagi nak study lecture note. Ok..alasan..kohkohkoh. Kohkohkoh ialah gelak yang jenis sambil gelak sambil batuk. Nak gelak pun ya, nak batuk pun ya jugak. pesen tamak. Dah..aku nak cuba membaca baca ca ca ca notes aku...nampak mustahil kan aku membaca baca ca ca ca..terus efek echoes.

Assalamualaikum.
Have a good Friday! Penghulu segala hari. :)

Sunday, February 23, 2014

Soalan yang aku paling malas nak jawab.

Aku taktahu kenapa orang selalu tanya soalan yang aku taknak dengar. Ok lah setakat nak kena dengar tapi yang nak kena bagi jawapan serta pandangan bernas yang payah tu. Bukan apa..aku ni jujur orangnya. Pehhh basuh baju sidai sendiri gayanya ni..tapi logik apa! Kalau tak sidai sendiri bila baju nak keringnya kan. Aku bagi metafora aneh lagi. Eh, metafora ke sebenarnya benda ni? Ahaha.

Setakat soalan femes amess 'bila nak kawen?' aku tak heran sebab takda orang nak tanya soalan berbaur begitu pun kat aku. Satu, sebab muka aku seperti telah dipatenkan sebagai forever alone lepastu sebab kedua, perangai man at heart aku ni. Dalam erti kata lain, takdak ciri girlfriend sejati lah. Kalau aku tetiba invite kawan-kawan ajak mai kenduri mau tercekik tulang ayam secara berjemaah, tak pasal masuk berita. Kalau metro masuk muka depan dengan headline berbunyi, 'Tulang ayam durjana!! gara-gara terkejut dengan undangan perkahwinan seorang kenalan, beberapa individu dikesan tercekik tulang ayam semasa makan tengahari..lebih aneh lagi mereka tercekik tulang ayam di lokasi berbeza di seluruh negara'.  

Haa, begitulah serba sedikit penjelasan betapa aku tidak berciri isteri pilihan..sobss dakpee lah dakpee. Kebaikan tidak mempunyai ciri isteri pilihan sejati hiburan sensasi ni ialah takda orang tanya soalan bila nak kawen tu. Kalau ada kawan yang tanya soalan kawen tu aku syak dia saja nak ambik hati aku. Yalah, kalau dia tak acah-acah tanya nampak benar aku tak laku. Baik hati betul orang yang bertanya tu. Lepasni takyah tanya la..kalau tak aku siku ja. Itu kira balasnya untuk si baik hati..kahkahkah.

Sebenarnya masuk tiga perenggan ni aku belum bagitau lagi apa soalan yang aku malas nak jawab tu kan. Laghaa betul aku ni. Ok la, satu..soalan 'cantik tak design ni?'. Soalan sebegini rupa biasanya diajukan ketika shopping. Sebab tu aku tak suka teman orang shopping. Bukan taknak bagi pandangan tapi aku kan taste paling basic abad ini, payah la nak bercakap benar ni. Biasanya soalan 'cantik tak design ni?' akan diajukan sambil mengangkat pakaian dengan corak yang perghhh pening benar mata aku nengoknya. Aku kan taksuka benda pening memang aku krikk krikk la dua puluh saat.

Kalau ikut hati aku, jawab ja lah 'buruk! toksah beli wei'. Tapi memandangkan kawan yang tanya tu buat mata bersinar-sinar seperti patrick..cemana daku nak berterus terang ni?? Jawapan paling selamat 'kalau hang suka, ambik!' ataupun 'Haa, macam gaya hang ja! Tapi bukan taste aku la'. Motif aku bagitau bukan taste aku biasanya sebab aku memang tak berkenan. Tapi kesah pulak kan? Bukan aku yang nak kena pakai pun, lantak hang lah nak beli ke tidak. Tapi kalau buruk sangat aku berterus terang ataupun pegi lari beli goreng pisang..haha. Lari dari kenyataan gitu.

Benda kedua, aku paling takreti nak jawab bila orang tanya 'comel kan baby ni?' sambil tunjuk gambar baby baru lahir, fresh from oven katanya. Sejak bila rahim ibu jadi oven pun taktau lah..haih. Aku ni kalau benda tak macam diperkatakan aku rasa gatal la mulut nak cakap tapi kang kecik hati tujuh keturunan pulak kalau aku cakap baby tu tak comel. Cuba bagitau aku cemana aku nak nampak kecomelan baby kalau baby tu masih merah..sangat merah ok! Bagi aku baby kena tunggu beberapa bulan baru nampak kecomelan dia. Tolongla jangan paksa aku jawab soalan sebegini. Takkan aku kena pegi beli goreng pisang lagi? Penat aa gini.

Setakat ini, aku rasa dua perkara tu paling banyak ditanya kepada aku. Susah jugak nak jawab soalan para manusia ni lagi-lagi perempuan. Perempuan kan nak dengar apa yang dia nak dengar ja, part dia taknak dengar dia buat derk ja. Jadi aku memohon dengan buat muka acah-acah comel macam patrick tolonglah berfikir sebelum bertanya kepada rakan anda. Dilema nak menjawabnya hoi. Salah jawab kang merajuk macam Ariana Rose yang merajuk tak berkesudahan dengan Tengku Adam sebab jeles. Mengada! Kasi lempang sedas baru tahu.


Assalamualaikum.
Mira.

Monday, February 17, 2014

Orang yang tak pernah mengalami takkan pernah mengerti.

Alergik. Ya, dia datang lagi. Setelah dekat dua tahun tak menyerang. Tak semena-mena dia datang. Amboi dah la tak jumpa sebab kenapa alergik lepastu sekali datang sakitnya tak berapa boleh nak tido malam la.

Ramai orang dalam dunia ni tak mengerti betapa sakitnya bila alergik. Agaknya dia fikir rashes a.k.a ruam tu tumbuh sekadar menghiasi kulit. Kalau ianya tak menyakitkan, sungguh aku tak hairan. Tapi ini.. Gatalnya ruam tu sampai tahap rasa nak rendam tangan dalam air panas menggelegak. Biar tangan kebal dan tak terasa apa. Tapi kang hilang deria tangan aku..tak pasal-pasal ja. Dari sakit sekejap terus kekal.. Sabar mira sabar.

Hari pertama semester baru, aku tak dapat pegi kelas. Terus ke pusat kesihatan dengan sang roommate. Jumpa doktor, ambik ubat dan ke lab nak setelkan jadual sem ini. Bila malam ruam makin banyak. Biasanya dua hari pertama saat paling kritikal sebab time tu ruam baru nak bercambah. Ya, bercambah lagi meriah dari jerawat zaman sekolah.

Dalam banyak-banyak tempat ruam ni menghuni, tempat paling menyakitkan sudah tentulah tapak tangan, tapak kaki dan di celah jari. Hoi..itu tempat paling kritikal sebab kau takkan tahu bagaimana nak menggaru bahagian itu semua dengan efisien dan efektif. Rasa gatal ruam tu dari dalam kulit. Susah betul nak explain sakitnya gatalnya ruam tu bagaimana. Kau imagine ja lah jerawat tumbuh dalam kulit kau dan kau takleh fikir cemana nak get rid of them. Macam tu lah apa yang aku rasa.

bukan tangan aku.
Jadi aku sekarang dalam proses pemulihan diri. Gatalnya ruam ni Tuhan ja yang tahu. Statement paling jumud abad ini ialah bila ada orang rasa alergik ni berjangkit. Seriously? Teruk benar kau..sejak bila alahan boleh berjangkit. Ada internet tak guna untuk cari maklumat, tahu cari hiburan ja lepastu buat andaian merepek meraban. Malas nak layan.

Dah, aku nak pegi garu tapak tangan aku. Sehingga bertemu lagi. Harapnya next update aku dah sembuh dari alahan maha mencabar ini. Ok, bye. :)

Pic:google

Friday, February 14, 2014

Goodbye Mr. M.

Bila mood menulis datang mana boleh halang. Haruslah bukak belog dan menulis ibarat aku tak pernah melupakan belog ibarat belogku sentiasa di hati. Bila mood tiada, password pun aku kena recall sebab banyak sangat password nak kena ingat, facebook, twitter, portal uum, learningzone, dropbox dan entah jadah apa lagi. Siap buat stick note tulis password. Teruk.

Result UUM dah keluar, 10 hb hari tu. Portal congested toksah cakap lah..hari kedua baru aku boleh login. Result tu masalah nombor dua, aku nak setel jadual aku dulu untuk semester 6 ni tapi apakan daya sistem komputer pun kadangkala tak betul. Ada dua kelas kena pegi add manual. Tak seronok pun jadi senior, lagi menyampah nak susun jadual..huh.

Oh, nak bagitahu akhirnya aku lulus subjek macroeconomic aku. Rasa nak nangis guling-guling. Aku repeat dua kali ok paper ni! Diulang aku repeat dua kali! Orang cakap microeconomic payah nak score last-last micro sekali ja ambik, macro sampai dua kali. Jadi adik-adik junior sila jangan terpengaruh dengan dakyah senior anda. Jangan percaya seratus persen cintaku eh eh eh..Mas Idayu tetiba. Eh, maksud aku jangan percaya bulat-bulat la apa senior kau kata. Anggap la semua subjek payah lepastu gigih la study.

Aku up dua entri kot pasal macro ni. Mana pernah aku cerita pasal study kat sini selalu cerita masalah gedik-gedik ja. Tapi sebab macro masalah besar aku cerita kat sini dan jugak sini. Bayangkan 3 semester aku belajar benda ni. Aku dah nak give up sampai aku fikir kalau kali ni tak berjaya jugak aku nak berhenti belajar lepastu jual kuih. Ya, aku bajet macam reti buat kuih..ceitt. Lebih dramatik aku lulus setelah belajar macroeconomic dalam english semester lepas. Itulah..aku rasa aku lupa daratan sebab belajar dalam BM dua kali fail..haha.

Pada aku, subjek biology matrik yang aku menyampah tahap dewa tu pun aku tak seteruk macro ni. Aku syak sebab macro banyak keluk a.k.a graf. Aku pembenci graf sejati. Aku tak paham graf sebenarnya. Dah nak faham graf kena tahu pemboleh ubah dia, dasar apa kebenda yang berkesan, cemana nak betulkan dia..tak kuasa lah wei. Sebab tak kuasa tu repeat dua kali. Boo mira boo! Sila jangan tiru aksi ini.

Repeat paper memang buat aku sedih, apatah lagi repeat buat kali kedua. Mulut orang toksah cakap la. Perli bertingkat. Yalah, ada label bebal sebab repeat dua kali dekat dahi aku kan. Rasa nak ja doakan depa fail tapi keji gila pulak kalau macamtu. Aku bukan jenis gembira di atas kedukaan orang lain. Puiii gila falsampah aku. Tapi betul la, aku sakit hati jugak tapi suka hati engkaulah nak kata apa pun. Kalau nak ambik hati dengan mulut budak-budak ni sampai bila pun tak habis.

Jadi, kalau kau senasib dengan aku, berdepan dengan paper repeat..mungkin diejek sebab taklepas paper yang bagi orang lain senang..Sila jangan risau. Pekakkan telinga dan teruskan usaha. Layan ejekan orang bukan boleh tambah carrymark kau pun, ingat tu ja. Sekian.

Goodbye Mr. M!
Assalamualaikum.

p/s:family aku taktau pun aku loser repeat duakali encik M ni.haha.
Mira.

sebab aku tak punya banyak wang.

Tajuk bunyi macam sedih sobs sobss dah kenapa? Aku ni sebenarnya ada masalah nak bagi tajuk dekat entri. Payah dia lagi payah lagi daripada nak namakan bakal anak di masa depan. Perghh bakal anak, bakal suami pun taktahu ke mana ada hati fikir anak. Tapi aku rasa semua orang ada nama favourite yang ada dalam otak kan. Ke aku sorang-sorang je yang berangan macamni? Ahha.

Tajuk ni sebenarnya panjang lagi,
sebab aku tak punya banyak wang sekarang ini maka aku harus tahan diri sambil menggembara melalui perspektif manusia yang lain.
Haa, itu tajuk panjang entri ni. Itupun setelah dipendekkan dapat la dua baris tajuknya. Ayat macam apa dah. Harommm complicated jugak pemikiran aku ni. Tak sangka aku seperti awek normal biasa yang sungguh complicated. Selalunya aku feelings aku ni gegirl bila pandang phone pink aku yang bapak aku bagi dan bila period melanda. Time lain tak berasa gegirl sangat.

Cemana nak rasa gegirl kalau groupmates assignment selalu panggil aku bro.
'bro assignment apa eh itu hari?'
'bro jangan lupa bawak slide presentation'
'alaaa tolongla sign attendance aku bro!'
Aku pakai baju krung hari-hari depa panggil bro. Buta kah anda wahai groupmates? Takpa la, nak friendzone aku lah tu sebenarnya kan. Macam la aku hadap sangat dengan ampa. Ayat emo orang kena friendzone..ahaha. Aku tak kisah pun realitinya tapi panggil aku bro masa tengah tunggu bus waktu peak hour boleh tahan malu lah woi. Jatuh la kredibiliti imej muslimah gua. Okay, aku bagi tajuk lain tapi cerita pasal ketidakperempuanan aku di mata groupmate kan. Nampak tak menepati tajuk disitu. Sebab tu exam markah tak setara mana, tak menepati kehendak soalan..haha.

Sambung balik dari rujukan tajuk di atas, aku nak cerita sebenarnya aku berjiwa pengembara. Tapi aku kan perempuan takleh la nak buat semua tu. Nak gedik-gedik naik bas pi KL sorang-sorang pun bapak tak bagi. Setakat Penang ok lagi..wuwu. Kadangkala ada rasa nak pack barang lepastu pi mana-mana aku nak. Seronok. Ada teman boleh sembang, takdak teman kita buat teman baru. Aku jeles dengan kelebihan lelaki sebab tu lah. Kemungkinan nak kena rogol pun takdak kalau lelaki..kurang bahaya. Bukan apa sejak tengok Ariana Rose aku semakin risau..kot kena culik dengan lelaki saiko. At least Ariana Rose tu kawen dengan Adam yang dulu jahat tu, siap winter wedding lagi. Apa aku cuba sampaikan ni? Harommm jugak bila lama tak menulis lepastu menulis. Macam gila.

Ceritanya sekarang ni aku nak bagitahu aku takdak duit sebab tu takboleh travel dengan sesuka hati. Bercuti dengan family seronok, tak tipu. Tapi takdanya aku dapat buat snorkeling atau scuba diving atau flying fox atau panjat gunung atau berjemur bajet omputih walaupun asalnya kulit kaler langsat buruk. Motif sangat nak berjemur. Susah betul duit nak masuk, nak keluar macam bukak air paip tetiba habis dah. Mejik. Jadi aku tahan diri aku dari entah lama mana, plan banyak tapi tak jalan la dah duit takdak. Sedih. Tapi bapak cakap bila aku dah keja suka hati aku lah nak pegi mana. Sekarang ni tahan diri dulu. Mujur duduk bumi Sintok takdak apa yang menarik. Cuba kalau aku duduk JB mahu jugak aku gedik-gedik pi universal studio. Aku yakin aku boleh segedik tu. Lepastu sorok dari bapak aku. Kalau kantoi mau kena lempang barang sedas dua atas kegedikan itu. Syukur aku bertapa kat bumi Sintok ni..haha.

Point entri ni sejujurnya aku nak berterima kasih kepada blogger dan penulis yang sangat rajin buat travelogue. Aku mungkin tak dapat mengembara secara realiti tapi menerusi gambar dan cerita pun sebenarnya dah buat aku gembira. Rasa macam wahhh cantiknya, wahh bestnya..lepastu sengih depan laptop macam kerang busuk. Aku rasa macam dah mengembara bersama si penulis..gittew. Ayat sedapkan hati sebab belum ada rezeki ke sana ke sini. Kalau aku tak sedapkan hati aku, sapa lagi nak sedapkan hati aku ha? Emo sendiri.

Okay. Aku rasa dah berjela aku menaip yang bukan-bukan. Aku nak cakap terima kasih ni sebenarnya. Terima kasih tau wahai penulis travelogue. Dalam atau luar negara..aku suka. Ke aku perlu nyanyi 'thankyou you...thankyou you'  sambil pegang sign board macam iklan digi tu eh? Jadahnya dah 'thankyou' letak 'you' pulak. Pening aku. -.-

Assalamualaikum.
Mira.

Tuesday, February 4, 2014

Edisi Mudah: Resepi Cheesekut.

Assalamualaikum.

Seperti biasa, aku kalau resepi mudah, senang dan tak rumit memang aku share. Aku share apa yang aku pernah buat je. Kalau payah memang aku tak buat. Dah tak buat apa ke halnya aku nak share kan. Jadi, aku buat keputusan nak share resepi ni sebab rasa macam aloloo senangnya. Banyak dah orang share resepi ni tapi saja nak jugak up entri satu..hehe.

Aku mula-mula tengok Cheesekut ni dekat belog Kak Yana. Rasa macam senang je, bahan pun tak banyak. Oh, kalau kau rasa nak cari resepi dessert yang mudah dan sedap, pegi usha belog Kak Yana tu. Aku dah berapa kali terpengaruh entah..haha.

Google
Bahan:
  1   paket deluxe cracker original
1/2  tin susu pekat
200 gm cream cheese
2-3 sudu susu full cream dutchlady

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese sampai kembang atau lembut. Pakai mixer ataupun blender, ikut suka mana lagi mudah.

2. Masukkan susu pekat. Kalau nak lebih manis, masukkan lebih susu pekat.

3. Masukkan 2-3 sudu susu full cream. Kalau nak cream cheese cair sikit, letak lah susu full cream lebih sikit.

4. Celup biskut satu persatu dalam susu full cream. Lepastu susun la dalam tupperware.

5. Dah tu letak lapisan Cream cheese diikuti dengan lapisan biskut pulak. Bergilir-gilir la letak lapisan cream cheese dengan biskut sampai habis cream cheese tu.

6. Akhir sekali, tutup dengan cream cheese. Simpan dalam peti ais semalaman..kalau teringin sangat nak makan, 3-4jam simpan dalam peti ais pun dah okay. Siap!

Cheesekut Kak Yana
Aku punya cheesekut macam kat bawah ni. Di hiasi taburan oreo.. :D
Google
Tips:
  • Resepi ni boleh guna deluxe cracker, oreo, biskut marie mahupun biskut hup seng. Pilih je apa-apa jenis biskut yang kau suka.
  • Kalau oreo kena pakai 2 pek, inti tengah tu aku buang je. Boleh kalau nak masukkan dalam cream cheese tu tapi manis aa. Aku tak makan manis.
  • Lapisan atas sekali, boleh taburkan oreo yang kau dah crush jadikan serbuk. Kalau malas, letak serbuk milo pun boleh. Ini optional je.
  • Hiasan atas tu nak letak buah pun boleh. Strawberi or blueberry best jugak.

Macam biasa la, aku mana rajin ambik gambar lepas masak, ini semua hasil google. Thanks kepada blogger yang rajin share resepi. Sedap tak sedap makcik aku mintak resepi la ceritanya..hehe. Cubalah, dijamin senang! :)

sumber gambar: google
Mira.