Sunday, April 28, 2013

5 best dishes in Kelantan that i loveee ^_^

Assalamualaikum.

*ini entri yang panjang*

Seperti yang anda tahu saya orang Perlis. Tapi membesar di Kelantan dan Kedah. Eh, ka baru tau? Haha..Tak kisah la. Hari ni tetiba rasa nak mengenang memori kat Kelantan dulu. Antara syurga makanan kat Malaysia ni memang Kelantan salah satu daripadanya.

Sangat banyak dish yang hanya ada kat Kelantan tapi payah nak dapat yang exactly macam yang original. Walaupun aku kuat makan tapi aku sebenarnya picky eater a.k.a cerewet dalam memilih makanan. Tak, harga murah memang tak kisah tapi kualiti dan rasa memang i kisah uolls. *tetiba memondan*

Ok, sebagai perkongsian aku nak list-kan beberapa best dishes yang aku rasa kalau pegi Kelantan tak makan memang rasa macam tak sempurna. Macam something wrong somewhere lah kan. Aku dengan family kalau pegi sana memang akan mencari semua makanan ni, lepaskan rindu gituu..hehe.

Tapi ni hanya menurut taste bud aku lah kan. Kita punya taste bud tak sama jadi kena try semua baru tau mana yang kena atau tak kena denga citarasa anda tu ok.


#1: Ayam Golek
Dah nama ayam golek dah tentu ayam tersebut digolekkan ye dak? Takkan dilenyek macam mash potato lak kan? Haa, ni rupa ayam golek.. Air liur macam membuak-buak ja nih..demmit. Ada satu kedai kat area rantau panjang..dulu-dulu kami selalu singgah kedai tu. Sedapnya Ya Allah..hmm. Tapi malangnya takleh nak suggest sebab memang taklah aku nak ingat namanya. Yang aku ingat dia kat tepi jalan..sedap sangat. Nangisss... T_T



#2: Akok
Akok ada dua pattern. Wah, pattern gitu... Satu jenis berbunga satu jenis leper. Aku suka yang leper, senang sebab boleh terus ngapp ja. Kalau yang bunga ni kena potong-potong dulu..so saiz agar besar. Nampak tak betapa malasnya aku nak kunyah kalau besar sangat makanan tu? Tapi secara logiknya aku suka makan makanan yang praktikal.. Aiceh, dasar pemalas memang pepandai buat teori sendiri..haha. Akok ni dibakar kalau tak silap. Kalau masak pakai dapur arang yang dulu-dulu tu lagi umphh. Bajet macam pernah buat ja kan..haha.

Ada satu kedai dekat wisma apa ntah. Haish..aku memang takleh ingat nama kedai. Yang pasti jalan nak ke Rantau Panjang jugak. Kedai dia jenis open air punya. Kalau bulan puasa dulu memang hampir setiap hari pi sana. Orang tu sampai tanya lah kalau ayah tak mai beli sehari..hee. Lagi satu kedai tu punya lauk gulai itik memang walawehh.. Itik memang bukan makanan pelik dalam pilihan keluarga encik Hassan.

akok bunga
akok leper?

#3: Mee Celup
Huish..ni memang antara all time feveret aku nih. Kadang-kadang bila malas nak makan nasi kat sekolah, ini yang aku bedal. Makan masa panas memang...nangisss lagi. Rindu betul saat-saat tu. Seperti masa nama kedai tak ingat tapi dia dekat area pasar Pasir Mas, lepas sikit dari jalan keretapi..dekat balai polis. Aku rasa kalau orang Pasir Mas memang tau sangat tempat ni. Kedai dia besa ja tapi pelanggan petang-petang memang sangat ramai. Tapi taktau la kot sekarang dah pegi bukak kedai baru yang lebih besar ka.. Yang tu aku tak sure lah.


#4: Budu
Tak Kelantan ah kalau tak rasa budu ye dak? Aku dulu tak makan pun. Bajet berlagak kann. Bila balik Kedah baru rasa sebab bawak budu balik sama. Lepas dah makan sekali memang nak lagi. Makan ikan rebus, ulam sikit lepastu cicah budu..memang bertambah lah nasi. Tapi budu tak susah pun nak cari sebab banyak pilihan kat pasaran. Cuma kalau family aku kami memang letak cili api dengan kadar yang banyak. Ok, sangat banyak..kami suka pedas. Ada rasa pedas masam masin..wooooo...


 #5: Nasi kerabu
Ada lagi ka orang yang tak pernah makan nasi biru ni? Kalau tak pernah boleh la cuba cari dan makan. Sedap dan mengenyangkan. Seperti biasa sejarah aku dengan nasi kerabu ni ialah aku tak makan mula-mulanya. Sebab dia kaler biru. Aku punya imaginasi ingat orang tu campur dengan nila nak bagi warna biru..haha. Aku taktau ada pewarna makanan dalam dunia ni. Masa tu baru umur 8tahun kot. Logik lah kan taktau? Tolong la cakap logik kalau tak rasa noob sangat.

Nasi kerabu paling best makan dengan daging or ayam panggang. Tapi aku rasa macam daging disalai pun ada. Ntahlah aku pun konfius..haha. Ada satu kedai yang tak diinagti namanya memang super sedap. Seingat aku kedai tu tepi jalan. Jalan besar dari Pasir Mas nak ke Kota Bharu. Bahagian bawah jual nasi kerabu, bahagian atas rumah pemilik tu. Nice kan. Itu antara tempat sarapan paling tiptop aku pernah pegi.

Sangat teringin nak rasa lagi. Tapi sebbaik ada akak jual nasi kerabu yang super sedap kat uum ni. Kalau tak kempunan aku. Walaupun jauh kedai dia tu, kekadang aku menapak pegi cari jugak..gigih tau.


Sebenarnya banyak lagi makanan best kat Kelantan nu cuma tak larat la nak cerita satu-satu. Ni pun merepek tahap apa dah. Walaupun aku suka semua makanan ni kalau yang masak tu buat tak sedap memang aku tak makan banyak. Makan suka lepastu sedekah kat kucing. Aku dah cakap aku picky eater. Even mengidam cemana pun kalau tak sedap makan sikit ja lepastu meratap sepi..hee.

Sekian.
*pictures: courtesy from google*


Love, Mira

Tuesday, April 23, 2013

234

Assalamualaikum.

Hari ni secara rasminya saya bergelar tunangan orang.. Eh?!
Ahahaha perasan. Mohon tampar pipi sendiri sebab berangan over sangat.
Kalau betul bertunang pastu tak habaq kat girlfriends mahu merajuk sebulan budak-budak tu..hehe

Tak. Hari ni secara rasminya saya berusia 22 tahun.
Ya sudah 22 tahun hidup. makan . berjalan. tido. merepek. menangis. marah. sedih. happy. gelak.
Eh, kena listdown semua kata kerja ke cemana? hahaha.

Sebenarnya takdak idea nak bagi ucapan apa kat diri sendiri.
Awkward tau..hoho.
Okay lah, mari mulakan ucapan dengan bersyukur...
Alhamdulillah..

Saya bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi.
Kawan-kawan yang comels sekalian,
Mak Ayah dan adik-beradik sengal sekalian
dan juga sekalian umat yang wish birthday hari ni.

Rajin anda-anda semua wish kat saya kan.
Terharu jugak lah dengan kerajinan anda menaip text utk sampaikan ucapan pada saya.
Tak kira medium apa sekalipun facebook, twitter, blog, sms mahupun call.

Akhir kata terima kasih untuk doa, kata-kata semangat dan kasih sayang yang anda tunjukkan.
Sobs sobss... *kesat hingus*

Thanks jugak kat Tikah yang rajin update belog untuk saya. Jom saya belanja aiskrim malaysia...hehehe

p/s: i love you..every single person that love me. yeah, you! :3


 Love, Mira.



Tuesday, April 16, 2013

minggu ini.

Assalamualaikum.



Aku rasa macam sekarang dah jadi tabiat untuk meng-update blog bila hari exam.
Ya, rasa macam gila pun ada tapi ni dah tetiba jadi habit pulak..haha.
Malam ni midterm paper makro.
Tapi apasal diri ini begitu malas?
Nak suicide ke cemana wahai cik mira?

Takpa, aku buat soalan berfokus je lah.
Aku pilih yang mana aku berkenan dan study yang tu je.
Haa, itu teknik si pemalas belajar.
Kalau anda pemalas macam saya boleh try..hehe.

Oh, satu lagi aku berharap minggu ni berakhir dengan baik.
InsyaAllah habis je minggu ni hidup akan lebih aman.
Sebab minggu ni kena submit assignment semua tu..woahh.
Tak sabar nak jumpa minggu depan. ^_^

Dan satu lagi uum akan cuti panjang jugak demi pilihanraya.
Campur dengan cuti 1 Mei boleh dapat seminggu cuti.
Tapi khamis obviously takkan cancel kelas.
Yang jenis tegar punya lecturer hari khamis lah..huhu.

Dan dalam dilema sama ada nak pegi wedding Mas yang 4 Mei ni kat penang ke tak.
Asal ada wedding je mesti dilema.
Kalau ada rezeki aku pegi lah..insyaAllah.
Nak kena tunggu decision kawan-kawan lain dulu..hmm.

Ini gambar konon busy study. Eh, memang busy pun..hehe. :P




Love, Mira.


Saturday, April 13, 2013

hari melawat adik.

Assalamualaikum.

Aku hari ni sepanjang hari spend masa on the road.
Ini gara-gara pegi Baling melawat adik aku kat plkn.
Haa, memang aku setuju sangat budak manja camtu dapat plkn..yehaa!
Baru kena buku dengan ruas kann.. :P

Nak pegi jumpa dia ni memang bawak macam-macam
Nak beli barang sendiri pun teragak-agak, tak biasa katanya
So, kami bawak la apa yang patut.
Yang paling best ayah masakkan itik masak kicap untuk dia.
Kemain kau..

Oh, melihatkan adik aku terasa nak join plkn jugak lah..hihi
Sebabnya satu je, adik aku dah kurus!
Seriously kurus padahal baru 10 hari camtu je..magic tahu!
Muka dia dah tak macam pinggan.
Pinggang dah makin kecik, loose sikit seluar dia.

Aku rasa sebab penat kot, terus tak lalu makan.
Haha...first time kena buat macam-macam.
Masa duduk rumah memang lepak kaw-kaw kan
Nah...rasakan penangan plkn..hehe

Walaupun makin kurus tapi beliau makin hitam..
Semua orang lebih cerah dari dia..
Lepastu dia stress..haha

Tapi aku tak dapat nak upload gambar kat sini.
Ada masalah teknikal sikit..
Rugi rugi....hehe.

Tapi plkn bagus untuk orang jenis adik aku.
Boleh ajar dia jadi lebih berdikari.
Biar dia try buat semua sendiri sebelum sambung belajar nanti.

Oh, esok dah nak balik uum. Sedih nakk..
Saja balik lewat sebab malas. Ni pun tengah buat assignment.
Malam esok midterm exam finance.
Haa, cuti tak serupa cuti..takpa, bersyukur.

p/s: tengah tengok majalah 3, cerita dari lahad datu. sedih ;'(

Love, Mira

Thursday, April 11, 2013

edisi mudah: puding karamel kukus

Assalamualaikum.

Ya, hari ni aku meng-update dari rumah..hehe.
Cuti midsem gitu tapi ahad ni dah nak start kelas balik dah.
Dan akan masuk week 8 yang bermaksud deadline assignment.
Fuhh...banyak benar assignment menanti untuk dihantar sebaik start kelas nanti.
Midsem exam ada dua lagi minggu depan..hmphh.

So, untuk release stress meh la main masak-masak.
 Sebenarnya main masak-masak ni memang tiap-tiap hari.
Almost setiap hari masak lunch kalau malas pass kat akak..hehe.
Tapi kalau dessert jarang lah nak buat sebab nak kena sukat lah apa semua tu.
Nampak kan kepemalasan yang tercetus dalam diri ini.. -..-

Jadi sebab asyik diperli oleh ayah kerana dah beli bahan tapi tak masak-masak lagi,
maka aku pun tetiba berjalan ke dapur.
Set up semua benda dan buat puding karamel.
Haa, motif sangat kan nak cerita segala masalah peribadi kat entri masak-masak kan.

Back to topic..aku dah try buat puding karamel semalam. Alhamdulilah..jadi. :)
Aku refer resepi kat blog hanamemories
Boleh lah refer kat sana cuma aku ubah jadi versi sendiri iaitu kurang manis.
Orang kat rumah ni memang tak makan manis.
Kalau manis kira rezeki semut lah kot sebab semua takkan makan punya..sobss
Picky eater jugak family aku ni sebenarnya.

dari blog hanamemories

Ini resepi yang selepas di ubah suai sikit oleh aku.
Kalau korang suka yang kurang manis boleh lah try..

Bahan untuk karamel:
5sb  gula
2sb air

Bahan untuk puding:
5biji        telur
1/2 tin     susu pekat
150ml     air
2sb         gula
1 1/2sk   esen vanilla

Cara-cara:
1. Panaskan tempat pengukus.
 Letak air secukupnya..agak-agak separuh ok lah tu.

2. Buat karamel.
Gula+air  lepastu masukkan dalam kuali (periuk kecik pun boleh).
Kacau sampai jadi perang.
Jangan sampai hangus pulak even karamel tu maksudnya gula hangus.
Kaler perang manja-manja sudah.
Dah siap tu terus masuk dalam loyang.
Biar je dia sejuk sendiri.

3. Buat puding.
Satukan semua bahan-bahan yang tertera dia atas.
Kacau slow je guna garfu pun boleh. Tapi jangan sampai berbuih.
Biar sampai kuning telur pecah dan sebati dengan semua bahan.
Lepastu tapislah sebelum masukkan dalam loyang yang ada karamel tadi tu.

4. Kukuskan selama 45 minit takpun sampai masak lah.
Kalau nak kukus dalam oven pun boleh guna teknik water bath.
Tapi aku tak reti nak explain teknik ni sebab tak pernah try.
Maybe bila aku dah try guna teknik ni aku share eh.

5. Sejukkan pada suhu bilik dulu.
Lepas tu boleh masuk peti ais.
Then, bila nak makan terbalikkan loyang atas pinggan.
Dapat la bentuk yang sepatutnya tu.
Potong dan ngapp!
Makan sejuk-sejuk baru sedap.


Aku tukar susu cair kepada susu pekat sebab tak jumpa susu cair dalam kabinet dapur..hehe.
Tapi pakai 1/2 tin je sebab tkamu terlampau manis.
Gula untuk buat puding pun tambah 2sb je sebab gerun tambah benda manis banyak-banyak ni..hehe.
Dan esen vanilla sebenarnya letak je secukup rasa, nak bagi hilang bau telur je pun motifnya.

Kira tambah tolak lebih kurang 15minit je nak sediakan semua ni.
Yang lama tu bila nak tunggu puding siap dikukus.

Sekian saja entri masak-masak hari ni.
Selamat mencuba. Tak rugi pun try buat ni. ( ^_  _^)


p/s: Gambar puding karamel aku buat tu tak sempat nak snap. Maka culik dari blog tuan punya resepi..hehe. By the way, ada resepi yang tak guna telur. Pi usha blog Cik Epal or Fatin Liyana nescaya ada lah resepi puding karamel tanpa telur.

Love, Mira