Tuesday, December 31, 2013

2013

Assalamualaikum.
Sebelum 2013 berakhir aku nak buat throwback sikit. Setakat mana yang ingat. Ada yang memang dah pernah cerita kat sini dan ada jugak yang simpan kat dalam memori je sebab malas nak taip..hehe.

Januari: Explorasi Gunung Tahan
Kali terakhir aku daki gunung i guess. Sebab dah semakin gemuk, semakin tak larat dan geng mendaki gunung dah habis belajar. Nak jumpa geng yang best bukan senang. Jadi aku rasa cukuplah kot hiking dan masuk hutan. Lepasni aku maybe join something yang berkaitan laut pulak. Snorkeling, kayak dan sama waktu dengannya.
 
my worst nightmare T_T
Febuari: Awesome A
Oh, girlfriends datang sini. Sempat lah foya-foya kejap. Macam biasa pegi Gua Kelam yang sebelum ni tak sempat pegi dan juga ke Wang Kelian bawak diorang gi shopping, diorang punya gila takpayah tanya..haha. Dan juga makan laksa dan abc di Kuala Perlis. Best betul petang-petang tengok sunset kan.. :)
 

  
Mei: Rumah Sri Kenangan
Antara program yang aku join sebagai Ajk..tough memang tough tapi ini program under DPP Proton a.k.a kolej kediaman aku..jadi kebanyakan ajk memang kenal lah. Cuma konflik haruslah ada sebab hidup aku time tu chaotic sangat. Dan i cried after the program sebab ada sorang uncle ni nyanyikan lagu' Goodbye My Love' untuk kitaorang. Katanya dia takda apa-apa nak bagi, so dia nyanyi lah. Lagi dramatik, uncle ni takleh jalan so dia duduk atas kerusi roda je. Tapi dia sangat happy go lucky. I'll always remember you uncle.. ;)

Nah, gambar aku kembang semangkuk. Takleh upload gambar dengan diorang..dilarang.

Mei: Mastura's Wedding
Wedding Mastura aku memang dramatik sebab gagah naik bas dari Perlis ke Penang. Siap naik feri kau. Ya, sorang-sorang sebab Efa last minit tak dapat pegi. So, ku gagahkan diri pegi jugak. Thanks a  lot to Dilah sebab ambik aku dan pegi kenduri sesama :)

Ok, gambar dengan pengantin takda sebab pengantin sibuk nak gi tukar dress. Datang lambat.huhu. Rasanya akulah yang takda langsung gambar dengan pengantin sebab aku sakit perut. Sampai rumah kenduri terus pegi kat pengantin dan tanya toilet kat mana. Rare tak rare? Hahaha. Thanks Mas sebab tak lupa jemput :)


Mei: BBQ
Bbq terakhir dengan kawan-kawan hiking. Diorang semua dah habis study, dah habis parktikal tengah tunggu grad tahun depan. So, sebelum habis belajar kitaorang pun ber-bbq lah ramai-ramai. Sangat best..aku makan banyak gila wei. Tengah bbq boleh pulak hujan lebat gila. Dramatik sangat tau.

 

Ogos: Fadira's Wedding
Tak ingat tarikh tapi dalam bulan raya lah. Gambar dengan both pengantin takdak sebab takda orang sharekan dengan aku..haha. Dapat gambar dengan pengantin perempuan je. Ini kawan zaman Pendang jugak. Surprise jugak sebab tahu-tahu je dia jemput kat group Dara Pendang. Kelas kan nama group..haha.
Fadira ni businesswoman, tahu CMC ubat untuk resdung tu? Dialah tokey CMC tu. Sangat sweet..masih ingat kawan lama..terharu kejap. Thanks Fadira sebab jemput :)

Ogos: Meet my Awesome A
Tak cukup geng sebab Tikah balik U awal, dia kena gi Indon rasa waktu tu. So, bertiga sahaja. Pipah happy dapat duit raya kebenaran dari mak aku..haha. Dan sempat pegi melawat Alny kat Uitm. Alny pun dah tengah buat praktikal ni, lepasni payah dah la nak lepak macam sebelum ni.

September: Belajar masak
Nak bangga jap sebab first time buat western food. Sangat best! So, ini lah hasilnya aku bagi roommate aku rasa sekali sebab banyak jugak masaknya. Resepi? Hahaha kelakar pulak bagi resepi bila baru first tiem buat ni.. Kalau rajin aku upload la untuk membuktikan tahap kesenangan buat chicken chop ni.

November: Terengganu trip
Akhirnya dapat pegi Taman Tamadun Islam. Aku teringin lama dah. Dulu pegi tak sempat ke masjid kristal je sebab dah lewat. So, dah tercapai impian aku. A good place to go..sangat informative tapi perlukan maintaince lah. Banyak lah yang kurang bila tak jaga betul-betul kan.


Itu sahaja yang ku mampu recall. Yang lain biarkan..haha. Semoga 2014 lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni. Umur makin bertambah harap diri pun makin matang. ^_^

Have anice day!
Love, Mira.

Saturday, December 21, 2013

Kenapa aku ada blog?

Assalamualaikum.

Banyak alasan sebenarnya kenapa orang buat blog ni. Kalau tanya aku, aku memang jenis diary person. Jenis suka menulis. Aku perlukan buku untuk catatkan perjalanan hidup aku. Bercerita apa jadi dengan hidup aku pada diary sedikit sebanyak buat aku lega. Kadangkala sekadar untuk buat motivasi kepada aku sendiri.

Masa aku buat blog, aku memang bertujuan nak share apa yang suka, pengalaman travel, resepi dan juga hidup aku sebagai pelajar. Paling aku suka, blog walaupun takda lah banyak mana details aku tapi bila usha balik catatan lama buat aku mengenang masa lampau aku. Blog ni macam time travel lah. Dari zaman matrik dan sekarang aku sudah di tahun ke-3 di universiti.

Walaupun tak semua aku share di sini..tapi aku tetap rasa seronok bila jenguk blog ni. Paling best zaman matrik. Sikit je post tapi setiap kali baca, buat aku rindu. Ya..dalam draf macam-macam kisah yang belum sempat nak upload. Taktahu la bila yang sesuai nak di upload kisah yang boleh tahan basi tu..haha. Blog ni akan terus jadi jurnal hidup aku. Dari belasan tahun sampai akhir hayat aku mungkin.. ;)

Have a nice day!
Mira.

Wednesday, December 18, 2013

5 hari lagi.

Minggu depan final exam. To be exact 5 hari lagi. Macam biasa lah, masih di awang-awangan..rasa macam tak percaya dah nak final. Hoii nervous sangat nih sebab semua paper berkembar, ada kembar dua, ada kembar tiga. Jarak antara exam haruslah jauh. Penat nak tunggu tapi mungkin ada baiknya. Tak ada lah aku stress sangat. kot. Macam bakal lagi stress pun ada..hehe. Tapi orang cakap appreciate every moment kan. So, aku appreciate je lah moment aku yang macam err..taktahu siang ke malam ni.

All the best untuk semua yang bakal exam. Dan tragiknya aku takdak study week. Oh sangat nice kan. Dari masuk U tak pernah lagi dapat study week. Seksa boleh tahan sebab tak sempat nak cover itu ini. Masuk je era final exam ni rasa macam hebat sebab boleh multitasking. Sambil basuh baju pun boleh hafal formula. Tengah sidai baju boleh ingatkan diri pasal mindmap yang buat semalam. Tengah tidur dalam mimpi boleh keluar soalan matematik. Dalam mimpi pun kena fikir. Taktahu lah apa tandanya..

Aku tak rasa macam stress sebab jerawat tak keluar tapi petanda tak boleh tahan bau makanan dah sampai dah. Aku kalau stress tak boleh bau makanan especially nasi macam pening lepastu nak muntah. Ini mainan perasaan betul. Ke petanda boleh diet sepanjang hampir sebulan exam nih? Hahaa. So, aku makan roti plus buat bubur. Macam sakit pulak. Doakan aku sihat sejahtera sepanjang musim exam ni. Dan boleh jawab exam dengan jayanya serta dapat juga ilmu untuk masa depan.


Assalamualaikum. ^_^
Sekian.Terima Kasih.
Mira.

Monday, December 16, 2013

Sebab aku kena diet.

Masa kecik dulu aku fikir diet=tak makan langsung. Semua salah tv sebab asal perempuan taknak makan, dia akan cakap 'i diet lah'. So, aku buat kesimpulan, diet is tak makan. Err...memang takkan ada dalam kamus hidup aku lah kan diet mendiet ni. Sebab aku ni food lover yang sejati. Taktahu la sejati tahap mana, sebab aku mana ada ambik gambar makanan setiap kali makan lepastu upload ke social network. Mungkin tak cukup sejati..haha.

Dan sejak masuk universiti aku memang ibarat kena pam..gain weight banyak. Sangat banyak. Ayah dan emak bising sebab gehhmook katanya. Lepastu cakap aku ni budak lagi tak patut gemok gemokan begini. Setiap kali mak balik dari tadika bawak penimbang, mesti dia excited suruh aku timbang. Lepastu bebel..kenapa anak dia ni gemook begini rupa? Ayah akan jawab, asyik makan memang lah gemook anak kita ni.. T_T

Tapi memang pun. Masa zaman belasan tahun a.k.a muda lah kot, berat aku range 44 ke 46 kg. Ini dari zaman sekolah sampai lah habis matrik. Lepas setahun masuk U, aku tak pernah timbang sampailah tahun ke-2, aku timbang pun sebab emak suruh. Kali terakhir aku timbang 58kg. To be exact 58.5kg. Itu dalam pertengahan tahun ini.

Sebenarnya tak timbang pun aku tau aku gemok sebab aku dah tak muat pakai seluar aku. Sekarang dah takpayah pakai belt sebab tak longgar pun seluar..itu kalau berjaya pakai la. Dan baju kurung aku seperti mengecil. Ayat pujuk diri betul..haha. So, aku stress bila aku pakai baju rasa macam ketat. Aku ni dari dulu suka pakai baju besar jadinya bila gemok ni rasa tak selesa lah. Macam sarung nangka je aku rasa.

Jadi itulah sebab aku diet. Demi nak pakai baju dengan selesanya. Taknak bazir duit beli baju baru.
Bukan sebab seseorang tu suruh. Hmm..memang taklah aku nak buat kalau disuruh pun..haha. Diet aku memang paling mudah, kurangkan karbohidrat. Itu sahaja. Aku masih berusaha ni. Kau ingat senang nak control pengambilan karbo? Aku ni dah la pencinta nasi dan potato..sobss. Demi nak save duit, akan ku teruskan niat untuk diet ini.

Here..gambar before masuk u dan after masuk u..hehe.

before

after
Assalamualaikum.
Mira.

Wednesday, December 11, 2013

Aku dan impian.

Aku ni sebenarnya boleh la dikategorikan sebagai orang yang tak berimpian. Sebab apa? Aku aku rasa impian boleh melemahkan aku. Ye, tahu! Impian tu perlu untuk bagi kau semangat kan. Tapi aku lebih gemar panggil impian aku sebagai rancangan a.k.a plan. Sebab kalau buat rancangan lepastu tak jadi, takda la aku berduka lara dan bersedih-sedihan. Aku kan taksuka layan perasaan sedih.

Ada satu hari roommate aku tanya soalan cepumas. 'Mira tak rasa nak kawen ke? Kawan-kawan Mira semua dah banyak jugak yang kawen kan? Asyik pegi kenduri je.. Tak rasa macam tergugat ke or rasa nak kawen jugak!!' ujar sang roommate. Aku pun gelak lah sebab sejujurnya kawen tiada dalam plan aku yang asal. Masa umur 20 tahun aku dah ada idea apa nak buat dalam 5 years. Aku tak letak target  kawen dalam 5 year plan aku pun. Kiranya dalam 5 tahun tu aku nak buat apa yang aku suka.

Roommate aku pulak sebaliknya, dia sebolehnya nak kawen before graduation dia. Kiranya nak datang konvo dengan husband lah ataupun at least tunang. Tapi tengok calon sekarang macam tak sempat nak kawen before grad je sebab boyfriend dia junior..hehe. Walaupun begitu, dia berharap graduation day nanti ada lah surprise dari buah hati dia. Roommate aku memang drama sikit. Banyak tengok cerita cinta aku rasa..haha.

Bila aku cakap pasal 5years plan aku dia terus rasa macam aku ni pelik. Seperti mengapakah kau begini tak berperasaan mira? Ahaha. Tapi hampir setahun jadi roommate aku ni, dia dah boleh faham cara aku berfikir dan betapa aku tak romantik. Bukan apa, dia kadang-kadang punya beria cerita scene romantik dalam drama/filem semua lepastu aku cuma jawab 'erk'. Ye, haruslah beliau sakit hati..haha.

Sesungguhnya ketahuilah bahawa aku ni pangkat kakak even nombor dua. Aku banyak tanggungjawab nak kena pikul instead of fikir nak kawen. Kawen tu jatuh nombor berapa pun tak tahu sebab aku tak pernah fikir secara seriousnya untuk kawen. Bukan apa..tengok akaun bank terus tangisan syahdu berkumandang. Jadi bagaimana harus aku fikir nak kawen? Hahaa. One day insyaAllah bila aku betul dah sedia dan rasa macam dah fulfill plan aku yang dah lama aku nak buat, Ya, aku akan fikirkan.

Salah satu sebab aku rasa takpa kawen lambat sikit adalah sebab kakak aku pun belum kawen lagi. Once dia dah kawen mungkin aku akan rasa yang i'm next gitu kot. Lepastu baru excited sikit kot. Gamaknya lah. Hati ni malas betul nak berperasaan. Mak kata the only perasaan yang aku ada ialah marah. Ok mak, ok! Merajuk ah gini.. :P

So, sekarang sudah 22. Kiranya 5 year plan aku tinggal lagi 3 tahun plus minus untuk dilaksanakan. Harapnya semua plan berjalan lancar. Sehebat mana kita plan pun, Dia tetap Planner yang sempurna lagi maha mengetahui. Semoga dipermudahkan segalanya. :)

Assalamualaikum.
Mira.
p/s: sudah 5 tahun. terima kasih untuk itu. ;)

Monday, December 9, 2013

Perempuan dan Perasan.

Perempuan mudah tenggelam dalam perasaan. Juga mudah perasan. Sebab tu perempuan selalu sakit hati.
Ini contoh kisah aku perhatikan.

Si cantik manis Aurum crush dekat Barium yang kacak bergaya digilai ramai. Satu hari Aurum senyum manis kat Barium..Barium balas walaupun sebenarnya dia bukan sengih kat Aurum pun, dia sengih sebab kena cahaya matahari terik pagi. Tu yang jadi dia nampak macam sengih plus kenyit sebelah mata.So, Aurum perasan dah ni. 'Wahh, Barium suka aku!', kata Aurum dalam hati.

Disebabkan Aurum excited dia pun post lah kisah cinta malu-malu (bajet ye) dia tu di facebook, twitter dan tak lupa instag cuma tak sempat buat keek sebab takut jadi viral. Setiap hari post  biasa Aurum akan buat seperti, You are my last love, You light up my life, I love you beby..muahh muahh mahupun I chenta u sangat tau tau! Memang love in the air habis lah wa cakap.

Esoknya, Aurum terjumpa dengan Barium kat gerai jual pisang goreng, kemain senyum sampai pipi. Dan Barium pun senyum lebar je. Padahal hakikatnya Barium tu happy gila sebab dah tiga hari mengidam pisang goreng. Maka, Aurum yang terperasan nak mati ni curi-curi la ambik gambar Barium. Ye lah, follower twitter, facebook, instag semua duk request nak tengok si jantung hati. Dah dapat gambar terus upload dengan caption 'doakan yang terbaik ye kawan-kawan'. Aurum yakin dia tak bertepuk tangan sensorang.

Setiap hari si Aurum ni stalk facebook Barium. Punyalah crush tahap tak ingat, memang semua benda Barium buat dia nak ambik tahu. Dah macam private investigator dah. Dan pada suatu hari...Aurum ternampak Barium meng-update status 'I'm married to Kalium. You are my sunshine baby!'. Terus Aurum bengang. 'Apakah jantan durjana ni? Berani dia tinggalkan aku macam tu je', ujar Aurum bersungguh-sungguh.

Lagi best, gambar Barium dan isterinya Kalium jadi viral sebab sweet sangat. Dah la sweet, sama cantik sama padan la. Memang berapi je Aurum ni. Dan terus la follower/kawan facebook, twitter serta instag tanya sebab Aurum kan duk share status chenta dia yang konon cinta abadi tetiba ternampak gambar sang jejaka kawen dengan orang lain. Apalagi terus la Aurum bengang dan terus menyerang Barium katanya Barium tak setia, tak pandai nak pilih teman hidup.

Barium pelik, siapakah minah yang serang dia secara membabi buta ni? Babi pun tak buta tau. Stress jugak Barium fikir apa silap dia. Tapi nasib baik isteri dia  si Kalium ni jenis tenang, suruh relaks je. Dan Aurum masih ibarat anjing menyalak bukit. Sensorang dia je lah blame si Barium di laman sosial padahal Barium bukan kesah pun.

Memandangkan Aurum dengan beraninya melancarkan perang terhadap Barium di laman sosial serta taktahu malu, Aurum telah dikecam teruk. Orang semua pelik, Aurum ni cukup sifat perempuan ke tidak? Bukan apa..perempuan kan pemalu. Jadi, Aurum pulak diserang oleh para penyokong Barium+Kalium. Ya, dengan hebatnya. Sampai Aurum tertekan dan rasa nak deactivate akaun. Tapi tak jadi deactivate bukan apa Aurum rasa dia ramai follower, rugi lah kalau deactivate akaun. Dah takleh la nak show off lepasni. Lagipun Aurum ni attention seeker. Rasa macam tak cukup oksigen kalau tak dapat attention secukupnya.

Memandangkan Aurum rasa terkesan sikit dengan kecaman ke atas dirinya maka Aurum pun padamlah post chenta hujung nyawa dia tu dan juga gambar dia curi-curi ambik tu. Aurum dengan bajet tak bersalah terus post 'mana ada i syok kat dia, tak pernah pun i cakap i cinta dia. uolls ni saja tau'. Ye, Aurum masih tak dapat terima kenyataan bahawa dia ni perasan sorang-sorang. Padahal dia yang syok sendiri sambil tergedik-gedik.

Kalau sesapa nampak Aurum boleh la lempang sedas dua. Jadi perempuan jangan mudah perasan walaupun anda terasa nak sangat perasan. Have some pride girls.


Assalamualaikum.
Take care. Bye.
Mira.

Sunday, December 8, 2013

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Assalamualaikum.

Itu hari, mungkin setelah berbulan lamanya aku rasa..Dayah ada tanya cemana nak kukus kalau takdak periuk pengukus. Lepastu aku cakap nanti aku draw lepastu tunjuk kat dia. Walaupun macam lama gilaaa dah, aku tetap kena tunaikan janji. So, here you go. :)

Maafkan lukisan yang ehemm..malas nak cakap, aku takda bakat melukis dan apa jua seni. Mohon tahu..haha.

Rajah 1
Seperti gambar di Rajah 1, anda boleh imagine kan? Susun je mengikut apa yang sudah dilukis dalam rajah tu. Lepas boil air sampai agak-mendidih boleh la guna untuk mengukus apa yang kau nak kukus.

#Tips 1 : Periuk dalam rajah ini boleh diganti dengan loyang atau apa sahaja yang boleh bertahan dengan pressure.

#Tips 2 : Kalau nak tambah air, sila guna air panas untuk cepatkan proses boil tu. Kalau masukkan air sejuk memang lambat la makanan nak siap. Sempat agaknya layan cerita hindustan.

Dan bawah ni ialah contoh bakul rotan tu. Aku sebenarnya taktahu sama ada ianya layak dipanggil bakul ke tidak..haha. Tapi kalau kat rumah aku, benda ni memang wajib ada, jadi tempat letak periuk/kuali panas. Boleh didapati di pasar raya mahupun pasar malam/pagi.


Lepas ni boleh la nak try buat Puding Karamel Kukus , ikan masak stim, kek coklat kukus dan yang sama frekuensi dengannya. Makan masakan kukus ni best sebab dia macam gebu betul dan tak guna minyak, bagus untuk kawal pemakanan.

Selamat mencuba!
Mira.

Wednesday, December 4, 2013

Edisi Mudah: Sotong Masak Asam!

Assalamualaikum.

Itu hari balik rumah ayah request sotong masak ayam padahal aku bukan tahu pun sotong masak asam tu cemana rupa. Macam hilang ingatan kejap..haha. Biasanya sotong buat masak sambal, goreng tepung kan tapi kat rumah aku sotong selalu letak dalam sayur, nasi goreng takpun tomyam dan of course masak asam ni. Selalunya sotong ni jadi side dish je sebab makanan wajib kat rumah aku adalah ikan.


Dan aku hanya makan seafood bila kat rumah atau kat kedai makan selain dari kedai yang ada kat dalam kawasan universiti. Sebab? Aku was-was tahap kebersihan dan food handling seafood ni. Aku kan di train oleh ayah untuk handle seafood. Memang pembersih tahap dewa kalau aku yang siang/handle seafood. So, aku jadi tak sedap hati kalau tengok seafood yang orang lain prepare. Kegilaan apakah ini? Aku pun taktahu..haha.

Lagipun kalau kat kafe universiti/kolej kan diorang selalu masak halal balal je. Kadang-kadang bau hanyir tak hilang. Itu memang aku takleh terima. So, selamat tinggal seafood! Itu yang balik rumah selalu mengidam seafood tu..hehe.

Ok, kembali kepada topik asal.

Resepi Sotong Masak Asam

Bahan-bahan:

Sotong- 6 ke 8 ekor
Bawang besar-1 biji
Bawang kecik (3 ulas) + bawang putih (1 ulas)=tumbuk diorang.
Asam jawa-sejemput(rendam dalam air)
Sos Tiram- 4 sudu.

Cara-cara:
1. Tumis bawang kecik+bawang putih yang ditumbuk tadi sampai bau wangi. Pakai minyak sikit je untuk tumis tu.

2. Agak-agak bawang dah tukar jadi kuning masukkan air asam jawa yang direndam tadi. Letak sikit-sikit  dulu kalau tak yakin.

3. Lepastu letak sos tiram lebih kurang 4 sudu. Sebenarnya ikut suka kau je lah nak letak banyak mana pun.

4. Masukkan sotong dan biarkan dia masak kat dalam kuali tu.

5. Then, masukkan bawang besar. Kalau taknak bawang lembik sangat letak la lambat-lambat sikit.

6. Tunggu kejap biar sotong tu masak betul dan siap!

Atas ni how sotong masak asam look like sebelum ianya masak sepenuhnya. Kau biar je dia masak kat situ. Kuah ni mula-mula cair je dan akan pekat dari semasa ke semasa.

Haa, ini rupa last dia. Nampak masam tak? Sebenarnya tak masam sangat pun sebab dah letak sos tiram bagi kurang sikit kemasaman asam tu. Dan takyah letak garam. Sos tiram dah masin pun. Kalau kau insist nak letak garam sangat, letaklah. Aku kan tak makan masin memang tak letak garam dah.

Kalau nak lagi best letaklah cili padi sebiji dua. Aku lupa letak cili sebab nervous lama tak masak..haha.
Selamat mencuba!

Mira.

Friday, November 29, 2013

Pantang betul!

Assalamualaikum.

Aku ada dua jenis pantang bila cakap pasal makan.
1) Orang potong Q aku bila nak ambik/bayar harga makanan.

Okay, pantang pertama yang buat aku macam nak ajak tarik rambut orang ialah sebab orang potong Q. Aku kan dihantar ke asrama sejak umur 13tahun. Baru masuk form 1 dan berstatus super junior, haruslah dibuli insan bajet senior lah sangat kan. Seperti biasa kat asrama makan ikut time diorang, kau lambat berlapar lah kau sensorang..ahha. Dan satu hari aku turun makan lambat sikit sebab busy kawad dalam area 6.30 camtu.

Aku pun pegi lah ke dewan makan(DS) dengan hepi-nya. Ambik tray dan beratur. 6.30 tu time peak hour kononnya tapi tak kisah la sebab memang ada barisan dan surau sebelah DS je pun. Pasir Tumboh tu bukan besar mana pun, Pendang lain la..luas. So, tengah aku beratur tetiba ada sekumpulan akak senior taktahu malu ni terus potong Q pegi dekat kawan dia yang dah nak sampai turn dah. Exactly depan aku..

Apa aku buat? Aku sound direct je..takdak tapis dah. Berapi akak-akak senior sekalian..haha. Ada aku kesah? Memang tak lah, aku ni hati kering time tu. Senior ke junior ke memang se-level je aku layan. Apa dia rasa dia sorang yang lapar kebulur? Apa dia ingat dia sorang je yang rushing? Dia sorang je ke yang penat? Haa..segala mak nenek tu lah yang aku cakap depan diorang.

Gila tak gila? Kawan aku cuak takut kena ragging dengan senior. Aku? Buat muka whatever. Apa jadi lepastu? Adakah aku dibuli? Acecee..macam drama kann. Takda budaya buli membuli ye kat Pasir Tumboh tu. Akak tu hasut kawan dia untuk pandang serong kat aku kira macam badmouthing pasal aku lah. Yang kelakarnya aku tak perasan pun. Mungkin aku takda perasaan. Aku kalau sound orang kat situ, habis kat situ je. Takda dendam or even muka akak tu pun aku tak ingat..haha

Nak tahu kesudahan cerita aku dan akak senior? Hahaa..dia and the geng datang mintak maaf. Biasalah dah nak PMR masa tu. Haruslah mintak ampun maaf kepada saudara dan saudari kan. Yang tengah couple pun boleh putus sebab nak fokus kat exam katakan..puihh. Itu semua kepoyoan zaman sekolah. So, kiranya aku dengan akak tu 0-0 dah lah.

Pengajarannya, jangan potong Q sesuka hati sebab kau taktahu orang yang kau potong Q tu singa tahap apa. Tapi aku ada la exception, takda la aku kejam sangat. Kalau orang tu sakit, mengandung, orang tua yang tak kerek, kanak-kanak dan special case aku boleh je bagi diorang go on dulu. Kalau saja-saja memang tak ah.

2) Orang kutuk apa yang kau makan sebab personally dia tak suka. dehek.

Aku memang takleh terima orang yang bajet camni. Sebab dia taksuka something dia assume semua orang pun tak suka. Bajet selera semua orang sama macam kau lah? Macam taste kau best sangat lah?

Contoh yang biasa aku dengar;
Eeeee..kau makan belut mira? Erghhh..geli wei.
Kau makan petai? Busuk woi. Loya tekak aku!
Kau makan eh hati,limpa,lidah,perut ni? Takleh la aku. Yuckss.

Biasanya topik ni keluar bila tengah semabng kosong dengan kawan la. Sesungguhnya ketahuilah kalau kau cakap directly macam tu depan muka aku masa aku tengah makan nescaya besar kemungkinan kau bakal menyesal kerana berkata begitu. Mungkin aku simbah air kat muka kau atau mungkin aku sembur kau. Pilih mana satu kau nak?

Sebelum cakap boleh fikir tak? Selalunya kawan perempuan la yang perangai camni. Perempuan kan akal pendek, dah cakap baru fikir kan. Lepastu mulut asyik nak cakap lepas, orang sound terus emo + meroyan. Typical perempuan. Mohon kita jangan termasuk dalam golongan ni.

Even kau rasa macam pelik kenapa orang makan itu ini, boleh tak guna soalan yang cerdik sedikit? Instead of ewww ewww kau tu sebab kot dari ewww tu kau dapat auchhhh..tak pasal bergaduh sesama kawan. Kau kena tahu, benda dah halal suka hati orang la nak makan ke tidak. Yang kau susah hati dah kenapa? Pakai duit kau eh? Mind your own business.

Tak suka sesuatu makanan? Leave it! Easy peasy. Tak suka tak mengapa, jangan dihina makanan tu. Yang nak sakitkan hati orang kenapa? Harap golongan yang suka kutuk taste orang lain ni berubah lah sebab kalau aku orang yang di condemn directly based on apa aku makan hmm tak sure nak buat apa. Pelangkung maybe..


p/s: selagi halal makan je lah, kesah apa orang nak kata.

Mira.

Wednesday, November 20, 2013

To let go!

Assalamualaikum.

Seperti yang anda tahu saya mengalami pertambahan berat yang banyak sampai saiz baju juga bertukar. So, saya pun dengan sedar diri nak let go lah baju saya. Sebab lemak degil taknak hilang. Ok, padahal malas nak bersenam..haha.

So, saya kan takdak smartphone mahupun kamera. Makanya, saya pegi google dan cari lah gambar yang exactly seperti jubah yang saya ada nih. Inilah dia...



Ini gambar full how this jubah look like. Tapi yang saya nak let go ni kaler merah macam kat atas tu.



New!
Tak pernah pakai sebab masa beli macam muat lagi lepastu bila nak pakai ehemm ketat dah..wuwu. Dan saya kan pendek, kain ni meleret yang amat. Tapi jangan risau sebab saya tak alter apa-apa pun lagi dan tag pun tak cabut lagi. Tetiba rasa macam compulsive buyer..haha.

saiz S
Bahu: 14"
Lebar Dada: 18.5"
Lengan: 22"
Lebar Pinggul: 24"
Lebar Kaki: 52"
Labuh: 52"

Harga RM 95 termasuk pos.
kalau nak tanya apa-apa atau berminat nak beli boleh la email ke mirahassan21@gmail.com

Tak untung pun cuma rasa sayang nak biar baju ni dalam almari lama-lama. Sebab saya rasa tak mampu kot nak nak kurus dalam masa terdekat ni. Sekarang saya pakai saiz L. Nampak tak jauh cemana impian nak kurus balik tu? Hahaa

pic: Google
Mira.

Wednesday, November 13, 2013

Sleep.

Assalamualaikum.


Setelah aku experiment selama beberapa hari/minggu entah lah, tak ingat..aku mendapati aku punya mood lagi baik bila aku cukup tidur. Well sesapa pun kalau cukup tidur memang mood baik kan. So, pesanan aku pastikan cukup tidur. Ok, itu ja post hari ni..hahaa. Rasa macam ngada sangat kalau panjang tu je aku post. Bajet ini twitter kejap..hehe.

Ok lah, just share dengan anda-anda sekalian. Kalau nak dapatkan lebih tumpuan, mood baik dan kesegaran di waktu pagi please tidur before 12. Kalau lebih sikit, tidur before 1 am tu kira aci jugak lah. Sebab apa? Sebab tidur waktu malam tak sama kualitinya dengan tidur waktu siang. Just so you know.

Kadang-kadang memang tak dapat elak, sebagai insan marhain yang keja berlambak. Tak student langsung kalau tak pernah rasa buat keja berlambak dengan limited time. Sentiasa rasa macam tak complete etc etc etc kann. Jadi, penyelesaiaan tidur awal, bangun pagi-pagi buta dan siapkan keja.

Takut tak bangun tidur? Ahha..sonang tu. Buat self-talk dan cakap dengan diri sendiri, 'aku kena bangun, mesti!' Cakap slow-slow sudah. Kang nampak aneh pulak duk jerit padahal cakap dengan diri sendiri je pun. Dan kunci jam banyak-banyak..sampai kau rasa annoying bila dengar bunyi jam tu..hehe.

Pada aku, berkesan je. Semangat bangun pagi tu memang lain. Boleh lalalala pegi buat laundry, masak air, kemas katil gitu. Macam happy gila pagi-pagi padahal takda apa pun. Sampai camtu lah..hehe. So, try lah kalau nak rasa kegembiraan ini secara bersama..hee.

p/s:kalau ada anak, taktahu la tidur jadi cemana. Orang kata upside down time tidur kita. memandangkan takda anak lagi, taktahu la nak cakap cemana..hehe.

Mira.

Thursday, November 7, 2013

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Assalamualaikum. *ini entri panjang

Hari ni tetiba rasa macam semangat nak share. Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Dan rasa banyak juga yang terlepas pandang masa aku pegi hiking hari tu, lepastu menyesal..wuwu. Demi mengelakkan insan lain pun merasakan begitu, aku pun rajinkan diri untuk post tentang senarai barang yang perlu ada bila nak pegi hiking/camping dan yang sama waktu dengannya.

#1: Plastik sampah.
 
Sudah tentu bukan untuk kutip sampah. Ini untuk letak dalam backpack. Lepas letak plastik dalam beg, baru letakkan pakaian dalam tu. Ini penting demi mengelakkan hujan atau kemungkinan kau terjatuh dalam sungai. Aku suka guna plastik sampah kaler hitam ni. Beli yang besar dan tebal, so kau takpayah nak susah hati menghadapi cabaran dalam hutan tu.

#2: Raincoat.
 
Masih berlegar dalam kemungkinan yang sama. Hujan! Hujan dalam hutan dengan hujan kat luar memang tak sama. Sebab hutan kan banyak pokok, mengikut pemahaman aku even hujan dah berhenti tapi air hujan masih lekat kat pokok, so hujan memanglah akan berlarutan. So, fungsi raincoat ni adalah untuk taknak bagi kau dengan beg kau basah kuyup lepastu terketar-ketar tak tentu hala.

Kalau nak save beli ja yang murah, lepas guna boleh terus buang. Aku rasa tak sampai rm5, kat guardian/watson pun banyak jual benda alah ni.

#3: Cawan.
 
Beli cawan jenis ni, takpayah risau pecah ke apa dah. Aluminum kot namanya. Lagi satu selain daripada tahan lasak, bila kau buat air panas memang tahan lama la panasnya. Kalau time pagi memang heaven lah. Hutan kan sejuk gila pagi-pagi, dapat secawan milo/kopi memang heaven.

#4 Bekas telur:
Ini kalau berniat nak bawak telur lah. Kalau aku memang benda ni aku bawak lah. Sebabnya telur selalu sesuai dengan pelbagai makanan, roti, nasi, bihun dan sebagainya. Demi untuk mengelakkan kau susah hati kot telur pecah dalam beg, baiklah beli bekas ni, takdanya pecah. Kecuali kalau kau pegi hantuk bekas telur ni kat mana-mana batang pokok, time tu mungkin telur kat dalam bekas ni pecah..haha.

#5 Tempat masak.
Taktahu benda ni namanya apa. Stove? Entahlah tapi camni lah rupa dia. Banyak je bentuk kat pasaran tapi bagi aku jenis camni senang, save ruang dalam beg. Dan paling penting tak berat sangat..hehe. Dan kalau tak salah, jenis ni ada yang tak payah pakai tin gas tu. Rasanya lah. Aku pakai jenis yang macam ni tapi attach dengan tin gas. Ala, tin gas yang size macam tin cat yang beli untuk spray kat projek KH masa sekolah dulu tu. Untuk kepastian tanya kat kedai cemana benda ni berfungsi, baru senang.

Ini contoh penggunaannya;
 

#6 Periuk (?)
 
Ini periuk+pinggan. Entah lah seperti biasa aku taktahu apa ke namanya benda ni. Dua dalam satu gitu. Again, save ruang dalam beg. Cuma jenis ni kau dapat periuk satu, penutup satu.

Haa, ini satu jenis lagi, aku guna jenis ni selalunya. Aku tengok kat tv, selalunya tentera guna benda ni. Ini kelebihan dia berbanding jenis kat atas tu ialah kau dapat dua periuk. So, takpayah susah-susah tak cukup bekas. satu buat masak nasi, satu lagi masak lauk. Dan yang penting boleh save ruang jugak sebab jenis ni pun boleh cantum jadi satu.

#7 Sleeping bag.
Ini extremely perlu dibawa. Seperti biasa, memang banyak jenis. Cari je yang berkenan di hati dan sesuai dengan bajet kau. Ini super penting sebab dalam hutan sejuk gila. Itu tak kira hujan lagi, memang kau bercakap pun keluar asap lah. Aku tak bawak sleeping bag itu hari, memang hampir nangis tapi tak jadi nangis sebab aku tetido dulu sebelum air mata keluar..haha.

#8 Lampu suluh
 
Sebab apa penting? Kot lah malam-malam nak membuang kan. So, kena bawak lah. Takkan nak membabi buta redah hutan malam-malam buta kan. Juga untuk mudahkan kau cari barang dalam khemah bila dah malam. Dan juga untuk pastika takdak pacat ikut masuk dalam khemah..hehe. Bukan ada lampu pun dalam hutan tu. So, sendiri mau ingatlah.

#9 Plastik 
Ini untuk letak segala toiletries, pin, purse ke segala mak nenek yang perlu dielak dari basah. Kalau kau tak kisah barang kau basah, biarkan je. Ini optional je pun. Oh, cuma ini penting untuk selamatkan handphone dari basah.

Untuk save ruang, apa lagi rajinkan diri isi barang nak bawak tu ke dalam botol kecik. Kalau malas nak buat camtu, pegi beli toiletries yang memang dalam bentuk mini, settle. Ianya sama ada kau beli toiletries dalam pek kecik ataupun beli botol kecik comel-comel dan refill sendiri. Itu semua depends on kau punya kerajinan dan bajet.

So, itu ja kot yang aku mampu recall buat masa ni. Tapi semua tu bergantung jugak lah kepada lokasi mana kau nak pegi, tempoh dan facilities kat tenpat tu. Lepas ada semua details tu baru boleh decide dan plan betul-betul apa yang perlu dan tak perlu dibawak bersama.
Sekian.

kredit pic: google

Mira.

Tuesday, October 29, 2013

Si Kurung Kedah

 Assalamualaikum.

Lately bila busy buat keja saya semakin merepek. Merepek pikir nak beli baju apa untuk diri sendiri as a reward la kononnya. Lepastu jatuh cinta. Saya jatuh cinta dengan Kurung Kedah. Mungkin cik Kurung Kedah (KK) tak glamer macam baju-baju lain tapi takpa, saya peminat cik! Hehee.

Cuma itulah, Cik KK ni asalnya tangan senteng. Nak kena bagi panjangkan. Lepastu biasanya lebar kan dia punya diameter tangan, itu takpa, sebab kalau saya beranak sepuluh pun nanti, insyaAllah muat lagi pakai baju tu. Tak membazir kan..hee.

Mulanya ingat nak buat dress loose tapi macam errr..mungkin tak pakai. So, rasanya lah mungkin akan buat KK ni. I bet it will be easier than dress. Takyah pikir cemana nak pasang zip belakang. Saya ni dah masuk zon malas nak pikir selain keja saya. Bukankah hobi tak patut memeningkan kepala si penghobi. Haha..alasan macam-macam kau Mira.

So, setelah go through some type of KK yang sudah di improvise. Cantik lahai. Jovian Mandagie + Lisa Surihani punya collection. Tapi harga dia ehemm memang tak mampu lah. Kalau saya dah keja pun belum tentu saya beli. Tapi keja Jovian tu memang sharp & neat la. Berbaloi la harga tu. Murah la bagi seorang designer untuk jual pada harga tu.

ini sangatlah manis. innocent look gitu.

ini sesuai gi dinner. hitam kan menawan.




cantik sangat. sweet tapi saya pemalas fikir cemana nak buat scallop tu. -.-

ini klasik. color earth yang nampak down to earth la.

ini kalau nak nampak a little bit bold. 

 ini sangat comel. tapi kang pakai color camni orang ingat nak engaged pulak.

 ini favourite! nak cari kain design ala-ala ni. simple!

So, most likely bakal buat ala-ala design terakhir tu. Simple yet elegant! Cuma kena buat baju bagi sedikit loose dan labuh. Cover paha drumstick ni..ahha. Dan kain taktahu nak buat cemana. Mungkin simple A shape skirt kot. Tengok tahap rajin. Dah, jom gi beli kain..haha.


pic: ZaloraMalaysia
p/s:projek fishtail pun tak siap lagi dah gatai nak tambah list.

Love, Mira.

Monday, October 21, 2013

oh, my..

Assalamualaikum.


Masuk minggu ke-7 a.k.a minggu ini memang super penat. Taktahu nak explain penat tu cemana. Midterm secara berjemaah bermula selasa ini. Semua subjek takmau kalah. Semua nak buat midterm exam awal. Dah kenapa? Dalam banyak-banyak hari kenapa harus pilih tarikh yang terlalu rapat. Pakatan mendera jiwa dan raga sungguh.

Itu belum kira assignment, presentation, homework mahupun revision. Kadang-kadang rasa tak sempat kejar masa. The only good thing from this busy schedule is I'm not hungry all day long anymore..haha. Stress punya pasal terus loss appetite. Pun boleh..haha. Mohon turun berat barang sekilo dua. Kalau turun alhamdulillah sangat.

Cakap pasal berat badan. Haruslah raya aidiladha hari tu aku dikecam hebat. amboi, kecam kau. haha..taklah, dikutuk hebat gara-gara masalah kegemukan yang melanda diriku dewasa ini. Ayat karangan spm, haruslah sedikit gramatis..ekekeke. Ok, back to the topic. Mohon kawan-kawan yang slim melim gorgeous share-kan idea turunkan berat badan dengan berkesan. Hanya kaedah natural sahaja yang aku sudi ikut. Makan ubat, herbalife etc takmo!

Seriously have to do something to this body..haha. Kalau tak, terpaksa let go baju-baju yang masih elok tapi tak muat dah. Adik aku pulak ada taste fashion sendiri, kadang-kadang je dia rembat baju aku. Selalunya dia tak berapa nak pakai kalau tak kena gaya dia. InsyaAllah bakal jual sejumlah pakaian yang masih elok tapi tak pernah dipakai takpun sekali dua sahaja pakai. Kesian tengok baju dalam kotak, almari duk tersadai tanpa kasih sayang dan perhatian.

Ok lah, saja nak update nak bagitau aku masih bernafas di dunia yang fana ini. Doakan aku berjuang hingga ke titisan teh ais yang terakhir. Ya, takda kaitan. Apa lah yang nak diharapkan pada entri dikala 3 pagi ni..haha.

Sekian.
Love, Mira.

Friday, October 11, 2013

masak.

Sepatutnya aku nak meng-upload resepi Chicken chop yang mudah tapi pemalas nak menaip step by step dengan tekun lagi berjaya. Mungkin lepas raya, kalau rajin..haha. Lama sebab kena ingat balik setiap step. Aku belajar ni sebab join workshop masak-masak anjuran kelab hospitaliti uum ni. Untung ada course macam ni, boleh join aktiviti kelab diorang..hehe.

Aku sebenarnya bajet terer, tak tulis dalam buku pun apa yang encik tukang ajar tu cakap. Semua buat on the spot..haha. Rare tak rare. Kalau lupa pun hmm..google resepi kat internet je lah. By the way, encik tukang ajar tu lelaki. Malu jugak la tapi memikirkan prinsip 'apa nak malu ketika nak belajar' aku pun membuang perasaan tak selesa tu. Aku taktau macam mana nak cakap, tapi aku jenis yang tak reti nak bersembang dengan lelaki. Rasa tak selesa cemana ntah. *even dengan boyfriend sendiri pun awkward..hehe.

Ok, let's call tukang ajar as T. Dia yang suruh panggil camtu. Basically junior dari segi sem tapi senior dari segi usia..kekeke. Boleh gitu. Dan aku rasa selesa sebab tukang ajar nombor dua classmate ko-k bersamaan dengan perempuan, M.. Pheww..lega. Taklah aku malu-bertanya-sesat-jalan..haha.

Masa sesi workshop tu aku pegi sorang, roommate aku tak suka masak-masak ni. So, redha je lah pi sorang pun. Lagipun kitchen tu dalam kawasan kolej aku, bukan jauh pun. Kalau kena naik bus memang tak pegi lah. Sebelum ni diorang buat workshop best-best tapi kat kitchen yang agak jauh. Sedih hati ni tau. Dah la takda geng. Dulu ada la diorang buat pizza, sushi dengan apa ntah lagi. Jeles je tau tak dapat join.

InsyaAllah sem ni bakal join segala jenis workshop masak-masak dengan diorang. Bayar yuran RM15 untuk setiap satu jenis bengkel lepastu masak step by step. Tukang ajar tak kedekut ilmu dan siap dengan tips lagi, makanan boleh bawak balik dan paling best datang lenggang bawak diri dengan duit je..hehe. Pada aku memang berbaloi la. Lagipun aku mana tahu masak western..hihi.

Itu sahaja. Assalamualaikum.
Love, Mira.

Friday, October 4, 2013

Hotel Transylvania

Assalamualaikum.

Setelah lama tak buat review movie, hari ni nak review satu movie animasi. Aku kalau pilih movie selalunya memang animasi ja. Sebab? Senang nak paham, kelakar dan comel. Kali ni aku pilih Hotel Transylvania untuk di-review.

 

Hotel Transylvania ni kisah pasal Count Dracula (Drac) dengan anak dia Mavis, Drac ni pemilik hotel ni lah. Konsep hotel ni ialah 'human free'. Boleh tak monsters takut dengan manusia? hahaha. Keseluruhan cerita ni fokus pada persepi monsters kepada manusia.

Drac ni dia ada persepi tersendiri pada manusia. Pada dia manusia lah yang sebenarnya monsters. Isteri dia mati sebab manusia jugak. Itu yang dia tak suka manusia tu. Dan sebab tu jugak la dia bina hotel ni. Dengan harapan dia boleh sembunyikan anak dia dari manusia.

Tapi dia langgar pantang larang iaitu No Fire! Terus kawasan hotel tu dimasuki manusia yang bernama Johnny. Johnny ni pengembara bakpacker camtu. Sempoi gila dan busuk..haha.

Kekalutan terjadi bila Drac perasan yang Johnny ni manusia, memang gelabah puyuh lah dia. Takut nanti monsters sekalian taknak datang bercuti kat hotel dia dah. Hotel dia punya slogan kan 'Human free'. Lagipun dia takut Mavis tahu sebab before tu dia tipu Mavis yang kononnya manusia ni jahat la blablablaa...

Apa yang best pasal movie ni?
Sebab ada macam-macam jenis monsters kat dalam movie ni. Mummia, Frankestein, Invisible man, Werewolf, Zombie dan macam-macam lagi lah. Sangat banyak.

Dan best sebab tengok cemana sayangnya ayah pada anak dia. Dan demi kebahagiaan anak dia, Drac ni sangggup mengaku kesalahan dia dan cuba betulkan balik.

Dan suara latar utama movie ni ialah Adam Sandler dan Selena Gomez. As ayah dan anak. I like!!
Ini antara watak yang lain dalam movie ni:


Dan ini muka Mavis bila dia bertukar jadi kelawar. Itu buat muka sedih sebab ayah dia tak bagi keluar.
Tengok sendiri cemana dia punya muka sedih. Comel gila kot. Tahap comel macam Puss in boots jugak.


So, kesimpulannya kalau anda tercari-cari movie yang ringan dan kelakar. Ini antara movie yang disarankan. Boleh buat stok gelak jugak lah..hehe.

Itu sahaja. Sekian, terima kasih. :D
pic:google

Mira.

Thursday, October 3, 2013

Green tea.

Teh hijau. Sebab apa nama nama teh hijau ialah teh hijau? Sebab kaler hijau lah..hehe. Ok, tak lawak.
Aku banyak baca pasal teh hijau lepastu rasa macam nak sangat tau apa bendalah yang menarik. Dulu first time tahu sebab ada cerita pasal kebaikan teh ni dalam satu novel tu. Maka haruslah excited nak tahu apalah rasa dia.

Setelah survey punya survey jumpa la teh hijau Boh ni kat cmart minggu lepas. Lipton pun ada jugak cuma itu hari hanya ada Boh sahaja. Boh pun boh lah sebab nak rasa sangat kan. Lagipun si roommate pun sama naik jugak, sibuk cari si teh hijau sebab dua-dua gila nak tahu teh hijau rasa apa..haha.

 

Teh hijau ni paling famous orang kata boleh kuruskan badan. Tapi aku paling suka sebab dia buat kita lawas. Senang cerita mudah gila nak berak. Takpayah nak sembelit bagai. Aku bukan jenis sembelit atau payah nak berak, daily routine memang akan berak sekali sehari. Yang bestnya bila minum teh hijau ni macam senang gila nak berak. Tak payah bertapa dalam toilet demi mendapatkan mood membuang..hehe. Kau faham tak bahagia tu cemana?

Dan..dengan itu aku jugak nak bagitau rasa teh hijau ni sungguhlah super tak sedap. Pahit ya Rabbi. Bau pun tak sedap jugak tapi yalah benda baik untuk kesihatan haruslah begitu. Yang manis tu semua bawak masalah nanti. Jadi telankan ja lah demi kebahagian perutku.

 Ni pulak antara beberapa khasiat teh hijau:



pic:courtesy from google.

Jadi, marilah sama-sama amalkan teh hijau ni demi kebaikan perut kita. Sekian.

Mira.