Monday, September 17, 2012

Menipu. Ditipu. Tertipu.

Assalamualaikum.

Merujuk tajuk di atas aku percaya semua orang pernah rasa atau pernah buat kan kan.. Aku sesungguhnya benci ditipu. Eh, ada ke orang suka ditipu? Rasanya budak kecik pun tak suka ditipu ya tak? Contohnya mak dah janji nak beli barbie balik keja karang kemain excited lah budak tu tunggu tapi habuk pun tarak. Tak ke terguris perasaan budak kecik tu..

Hari ni aku nak cerita pasal ayah aku yang selalu kena tipu. Ayah aku selalu cakap camni.. "biaq pi ja orang nak tipu kita, kita bukan efek apa-apa pun. kita tak jatuh miskin kerana dia, tak juga kaya kalau dia bayar balik. jadi, biaq pi ja lah. tapi satu hari nanti bila dia dah berubah, mungkin nak pi haji ka, teringat gamaknya dia kat hutang-hutang dia ni. yang pasti ni antara kita dengan dia. tak dapat tuntut sekarang, kat 'sana' nanti. kita rileks dah lah". Ya, lebih kurang begitulah kata-kata ayahku sambil duk layan running man..haha.

Walaupun ayah aku selalu kena tipu tapi beliau cool ja. Contohnya, si penyewa rumah yang begitu 'bagus' tak bayar sewa selama berbulan-bulan plus duit air dengan elektrik pun tertunggak kemain banyak. Yang lawaknya pakcik tu pindah rumah lain tapi hek'eleh pindah dekat area tu jugak. Kalau pegi pasar tu kemungkinan untuk terserempak dengan dia sangat tinggi ok. Lain kali pindah jauh sikit boleh? =..=


Satu lagi kalau kita tipu orang kita akan susah hati kalau terserempak dengan orang yang ditipu kan. Kalau aku jadi pakcik tu aku dah stress dah. Bukan apa, ayah aku kan dah pencen a.k.a penganggur terhormat jadi dia selalu la lepak kat kedai kopi area rumah pakcik tu sebab dekat dengan pasar. Haruslah malu bila jumpa kan even ayah aku buat taktau kat dia. Biasalah, sapa yang makan julap, dialah yang terasa sakit perut..haha.

Diharap pakcik bayar lah hutang tu. Bukan banyak pun. Tapi walaupun tak banyak still hak orang lain tu. Ayah saya anak yatim. Double dosa tau..menganiaya orang tuuu... Tapi pakcik takpa..dunia ni kan sementara ja. Semoga pakcik insaf. Kalau ayah saya tuntut kat 'sana' nanti pandai-pandai lah pakcik ya. Sekian.



p/s: kita cakap pasal tipu yg serius eh. setakat tipu kawan sebab nak buat surprise birthday dia tak termasuk dalam cerita ni. itu tipu-tipu manja namanya..haha. :)

Mira

2 comments:

  1. lorr..macam tu pon boleh? buruk betul perangai..ade ke patut xbayar sewa berbulan2 lepas tu blah mcm tu aje? ish3..

    ReplyDelete
  2. itulah pasal. tapi takpa, biar lah org nak buat kat kita kan asalkan bukan kita yg buat org macam tu.

    ReplyDelete