Monday, April 30, 2012

Goodbye April :')

Assalamualaikum.

Hari ni dah 30 April, maka hari terakhir di bulan april tahun ni. Wah, aku rasa cepat gila masa berlalu. Esok dah Mei lepas tu Jun. Jun?? Aku tengah takut dengan Jun sekarang sebab final! Tetiba aku reti takut pulak kan..haha. Bila kita nakkan yang terbaik stress tu makin bertambah, makin menekan dan makin menyesakkan. Apa aku mengarut ni?! Permudahkan cerita, aku takut nak exam. Nak first class please tapi usaha pun kena first class lah kan. Ni duk layan facebook, twitter, blog je memang payah lah. Walaupun aku tak update blog tak bermakna aku tak blogwalking. Kadang-kadang nak login blogger ni lembab sebab tu malas nak update..hehe.

Err..hari tu 23 April adalah birthday aku. Patutnya aku buat entri tajuk 'manisnya saya', nak jugak rasa manis 21 tu kan..hehe. Tapi tak update apa-apa sebab macam takdak apa yang nak cerita pun. Aku celebrate sorang-sorang sebab petang hari tu aku ada exam akaun. Nice sangat! Sebenarnya nak cakap seribu er tak sejuta terima kasih pada orang-orang yang ucapkan happy birthday dan yang mendoakan yang terbaik utk aku. Saya dengan ini mengucapkan; terima kasih daun keladi, nak mekdi? Pegi beli sendiri. Haha..ok, cukup merepek mira.

Thursday, April 12, 2012

Baksis Oh Baksis!

Assalamualaikum.


Minggu lepas aku join baktisiswa atau nama glamernya baksis. Seperti biasa, pengarah program adalah cousin aku si Imah tu. Mostly yang join program tu adalah orang yang sama join hiking gunung jerai last year cuma adalah beberapa orang yang baru join kami. Apa-apa pun Taman Negara Kuala Koh adalah sangat awesome! Semua orang patut pegi. Tapi kalau kau jenis tak suka nature tak payah pegi lah. Pencinta alam yang tegar harus pegi. Oh, gambar tak sempat ambik lagi. Nanti dah ambik aku uploah eh. by the way, gambar ada 1000++. Mau tak 1000, dalam sehari gambar ada dalam 400-500 shot. Kalah photoshoot dah ni..haha. Masak lah aku nak pilih foto terbaik untuk di upload kang..hehe. Ok, sekian. Thanks baca :)


Love, Mira