Wednesday, February 29, 2012

29 short notes.

Assalamualaikum.

Disebabkan hari ni 29 febuari yang datang empat tahun sekali, maka haruslah buat entri special *kononnya*. Jadi aku decide nak menyampaikan 29 buah nota pendek yang ada kaitan dengan hidup aku..haha. Mau muntah baca cerita aku.

#1 aku tetiba suka kaler merah awal tahun ni. lepastu aku suka kaler kuning ke-oren-an dan semalam aku terjatuh cinta dengan kaler hijau. secara konklusinya, aku rasa aku suka kaler ni sebab aku dalam mood nak ambik lesen. tetiba tersuka kaler traffic light. ok, aneh sikit. (-__-")

#2 aku benci gila bila aku pegi kelas takda orang. banyak kali pulak tu. demm gila bila takda orang sampaikan kat aku. adakah aku patung?!

#3 untuk birthday tahun ni aku rasa taknak hadiah. aku cuma nak kawan-kawan aku ada sama-sama je. Dapat makan pizza sorang sekeping pun dah ok dah. Wa kata aku tetiba jadi sweet. Fine, tipu je..wa kata aku ngada-ngada. Tak mungkin lah dia kata aku sweet..haha.

#4 Aku teringin nak pegang belon banyak-banyak macam dalam movie tu. Belon yang colourful dan comel-comel. Lama gila tak tiup belon, kali terakhir pun dua tahun lepas.

#5 kadang-kadang aku rasa aku salah buat pilihan bila masuk matrik tapi satu benda yang buat aku tak rasa menyesal adalah bila dapat ramai kawan yang awesome kat sana. :))

#6 teringin nak buat kek mahupun biskut. kalau pizza pun macam best jugak kan. aku teringin nak belajar buat masakan barat tapi masalahnya yang akan makan aku dengan kakak aku je. Rugi rugi...

#7 sem ni aku banyak sorang-sorang since dayah dah pegi uitm. tapi takda lah sorang sangat. kadang-kadang sekelas dengan atul, puteh dan beberapa orang lagi. puteh tu nama panggilan je bukan nama betul macam hawa puteh tu..hehe. *hawa puteh adalah classmate masa matrik *

#8 oh, aku dah tukar dpp, sekarang kat proton. since aku tak aktif masa duduk kat tm dulu, maka aku kena apong. apong tu dalam bahasa mudah maknanya kena tendang dpp lah. tapi bila duk proton ni rasa macam nak aktif je. Aku tengok program diorang macam best je instead of pegi ceramah or seminar.

#9 walaupun toilet sebelah bilik aku oldschool amat tapi suasana kat sini lebih ceria. sebabnya diorang memang ramah mesra macam sekolah asrama. jadi aku selalu terkenang zaman mrsm dulu.

#10 aku tengah menggila beli tudung bawal sekarang ni. sementara banyak kat pasaran ni, harus la beli simpan banyak-banyak. bukan apa, aku takut nanti trend tudung lain keluar, tudung bawal hilang lagi.. sejak dua tahun lepas kan trend shawl, tudung bawal hilang camtu je. aku terseksa. nasib baik tudung bawal buat comeback.

#11 rasa teringin nak travel dengan kawan-kawan pegi europe. aku teringin nak pegi italy, alny pulak nak pegi paris. jadi, itu maknanya kena simpan duit dari saat ini. dan juga takleh lah nak kawin awal. takkan nak tinggal husband kat malaysia sorang-sorang, aku pegi suka ria pulak kan. by the way, aku tak pernah plan nak kawin awal pun.

#12 semenjak dua menjak ni aku jarang online fb. aku bukak pun sebab nak balas comment atau check ada pengumuman penting je. kebelakangan ni aku jadi bosan dengan fb *padahal lepak kat twitter..haha * aku selalu online masa orang takda je. jadi kalau anda tag ke post apa-apa kat fb aku tu jangan risau, aku baca semua tu cuma bukan immediately..hehe.

#13 plan nak pegi langkawi dengan my girls tapi taktau abad ke berapa akan tercapai impian tu. memandangkan cuti yang lambat lagi, duit dalam akaun yang semakin menipis sebab banyak guna sem ni. jadi bagaimana? aku kena cari kerja part-time kah? sila bagi pandangan anda.

#14 Aku tengok strong heart masa cuti hari tu. strong heart tu variety show kat korea. kalau tak tahu apa itu strong heart, boleh google. kakak aku yang suggest suruh tengok. kakak aku selalu bebel, dia tertanya-tanya kenapa kat malaysia takda variety show yang best macam family outing, hello baby mahupun strong heart? yang ada pun import dari negara luar. tak cukup kreatifkah orang seni kat malaysia ni? aku rasa nak buat entri pasal ni lah nanti.

#15 dah bercakap pasal artis korea ni, saja nak cakap. aku tak berapa berkenan dengan seung-ri big bang tu. anggota big bang yang lain aku suka..g-dragon, daesung etc.. sori lah kalau anda peminat seung-ri. aku pun taktau kenapa aku tak suka dia. naturally.

#16 dulu aku selalu rasa artis korea ni bertuah sebab muka cun, jambu, cute dan seumpamanya. tapi bila tau semua tu hasil plastic surgery, dah tak rasa kagum dah. sebabnya itu tak asli ok. dulu aku ingat diorang memang dari kecil comel je. sekali tengok strong heart, dapat lah tengok muka some of them masa sekolah. takmau komen banyak, kalian try lah cari sendiri kalau nak tau. apa aku boleh kata, the power of plastic surgery!

#17 tahukah anda cerita animasi Seefood tu dari malaysia? aku pun baru tau je sebenarnya. tapi ianya filem berbahasa inggeris lah. kakak aku excited yang amat nak tengok cerita ni. aku apatah lagi. filem ni keluar kat pawagam 8hb mac ni. tak sabar nak tunggu bulan mac. padahal kejap lagi dah nak masuk mac.

#18 rasa nak balik rumah tapi tiap-tiap minggu ada je aktiviti. jadi bagaimana? kalau dekat pun susah nak balik, yang jauh apatah lagi. ok, aku kesian kat orang jauh.

#19 bila stress dengan assignment yang bertimbun, aku selalu tengok something yang lawak. maharaja lawak, ceramah ustaz don dan lain-lain. moral value ada, lawak ada. kira tak lagha lah kan.

#20 muka aku sering dilabel sebagai innocent yang heartless. maka, orang takut nak berlawak dengan aku. takut aku tak faham. persoalannya, adakah aku nampak begitu hambar?

#21 ayah aku cakap, aku cakap banyak sangat. jadi, rasanya azam bulan mac ni, nak kurangkan cakap lah. aku rasa mesti susah nak biasakan diri kurang bercakap.

#22 masa duk tengok beautifulnara petang tadi, aku jumpa kata-kata ni;
Imam Syafie pernah berkata, “aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu”.
 konklusinya, kalau kita rasa kita jahil, jangan lah berlagak pandai.

#23 tau pasal konsert erykah badu yang cancel tu? aku baca tweet artis malaysia yang marah sebab konsert tu cancel. banyak lah pandangan diorang keluarkan. nak tau, pi bukak blog nara tu. pengkomen blog nara pun macam-macam ragam. dan kata-kata kat atas tu dari seorang pengkomen. disebabkan kata-kata tu menarik perhatian aku, aku share lah kat sini.

#24 tengok wedding artis. lisa surihani dengan yusry nampak macam tiru gaya kate middleton dengan william je. dari dress sampai lah gambar..lebih kurang je aku tengok. tapi tak kesah lah, asal dia bahagia sudah kan. tapi kalau aku jadi dia mesti aku sedih sebab crown senget. jadi macam tidak simetri di situ. aku ni jenis tak boleh tengok benda tak simetri, boleh pening kepala oh.

#25 ana rafalli punya wedding pun nice je. nampak manis. tapi paling sweet of course lah imam muda hassan dan ulfah. macam sweet sebab nampak malu-malu. gambar nampak harmoni, tenang dan bahagia. simple sangat tapi seri tu ada. ayah aku cakap, pengantin sekarang tak berapa nak malu. kalau dulu-dulu setakat jeling manja je. sekarang? siap boleh lambai kat kawan even masa tengah bersanding.

#26 baru tau jiran sebelah bilik dah kawin. sekarang tangguh sem sebab pregnant anak kedua. by the way, anak sulung dia comel sangat. that boy even say hi to me! comel!!!  aku ingat tu adik dia..hee.

#27 kakak roommate saya yang baru ni sangat sweet dgn boyfriend beliau. since that guy study kat unimap, once a week mesti keluar sama-sama. they have been together for nine years. tak lama lagi dah.

#28 saya rindu dia tapi lebih baik begini. kalau duduk dekat tapi asyik bergaduh pun tak best kan. baiklah berjauhan..haha. "ghedha itu ikhlas, pasghah itu menyeghah" <----cedok dari blog org.

#29 nak sampai 29 notes ni derita jugak lah. akhirnya.. last but not least, aku belum basuh baju kurung lagi minggu ni. esok sebakul nak kena cuci. malam pulak ada larian apa ntah. aku wonder apasal larian ni buat malam-malam. ingat night safari ke weh?

Yeay, maka setelah agak lama tak mengarut maka hari ni bagi kaw kaw. by the way, rasa nak muntah dak? hahaa. Dengan comelnya nak bagitau, ini entri terakhir di bulan febuari tahun lompat. Sekian.

Love, Mira.

Saturday, February 18, 2012

A letter to Dad

Assalamualaikum.

Dua hari lepas ayah aku kemas barang-barang dia then terjumpa sepucuk surat. Surat ni aku dengan kakak aku si Am tu tulis masa ayah pergi kursus kat KL. Kalau tak salah tahun 1998. Waktu tu aku baru 7 tahun, kakak aku pulak 10 tahun dan adik aku si Dondi tu baru 3 tahun. Lama jugak kursus tu dalam enam bulan kot.





Kepada ---> Ayah


Assalamualaikum. Ayah..apa khabar? Am, mira, dondi dan mak di sini sihat-sihat selalu. Ayah seronok ke tinggal di sana? Macam mana ayah dah botak ke? Uban dah banyak ke? Tak gatal dah ke..sori. lawak saja, jangan la marah. Dondi cari ayah. Dia kata ayah pegi kerja, beli seluar keras. Hari selasa ini kami periksa. Kami akan belajar bersungguh-sungguh. Tiap-tiap hari kami tengok gambar ayah. Sekian untuk kali ini. Hingga jumpa lagi di lain kali.


Semoga Berjaya


Wassalam


Cuba teka siapa tulis..am atau mira.





p/s: seluar keras = seluar jeans.
adik aku tu manja gila sampai sekarang pun manja tapi tak macam dulu lah.
kalau korang perasan dalam bubble yang ada gambar tu ada dua bintang kat baju ayah aku kan. sebab konon macam cita-cita ayah aku nak jadi pegawai lah and he did it! aku rasa kitaorang sangat comel masa kecik-kecik dulu..hehe.


Love, Mira.

Friday, February 17, 2012

Manis 21: Atikah Ali!

Assalamualaikum.

Entri hari ni khas untuk birthday girl,  Atikah Ali! Tikah ni roommate aku masa kat matrix dulu. Dia sangat la peramah. Masa mula-mula masuk dulu aku ingatkan dia diam tapi hakikatnya tidak. Setakat gosip budak-budak matrix tu memang dia expert lah. Kira dia lah sumber gosip yang tanpa was-was..haha. Walaupun tikah sangat kuat gosip tapi dia juga sangat kuat belajar. Serius tak tipu..jadi result dia selalu flying colours tak macam aku..hehe.

So,

HAPPY BIRTHDAY TIKAH!

Semoga sentiasa rajin dan dapat result yang bagus.
 Saya sayang awak!!

ini lah tikah...
muka serius..hihi


muka tak peduli..haha
masa mereka datang perlis hari tu. (^.^)




Gambar ni semua masa diorang datang rumah aku. Harap-harap setiap kali cuti sem kami dapat jumpa dan kami boleh spend masa sama-sama. :)



p/s: tikah adalah antara orang yang aku guna term saya-awak. aku jarang guna term ni, kira unik la..hehe.

Lots of Love, Mira.

Tuesday, February 7, 2012

saya ditag oleh adik yang bernama NZ

Assalamualaikum.

Ni first time aku kena tag oleh adik junior comei bernama Nuha Zahari a.k.a Nurul jadi layan je lah. Aku kan kakak yang baik..ahaha. Lagipun aku takda idea nak mengarut mahupun mencarut..hehe.

11 fakta tentang aku
1. Aku GARANG gila. Silalah percaya. Aku rasa kalau tak paksa pun orang percaya jugak..hehe.

2. Aku dilahirkan kat rumah tok aku sebab ayah aku teringin nak ada anak yang dilahirkan kat rumah bukan hospital.

3. Aku suka berangan, berimaginasi benda yang bengong dan tak logik bersama kawan-kawan aku.

4. Aku takda kaler feveret sebab setiap tahun kaler feveret aku berubah-ubah. Tapi faiqah selalu cakap aku suka kaler kuning. motif?

5. Aku suka gila tengok cerita kartun tak kira lah english ke melayu ke. Antara yang paling suka kungfu panda, shawn the sheep dengan spongebob. Usop sontorian dengan boboiboy pun aku layan gak..hehe.

6. Aku anak kedua dari empat beradik tapi orang selalu ingat aku anak sulung sebab akak aku tak berapa nak matured. Benci betul..haih.

7. Sangat suka makan tomyam tapi tak pandai buat tomyam yang sedap. Share la resepi dengan aku. *wink

8. Aku tak suka lelaki romantik sebab aku pun tak romantik..haha.

9. Aku masih boleh pakai baju kurung masa form 1 dulu. Nampak sangat tak tinggi-tinggi kan.

10. Semalam aku tersedar yang aku dah gain weight dengan jayanya. Sekarang tengah plan nak kuruskan badan..hehe.

11. Aku sangat berharap kakak aku kawin dalam masa dua tahun ni. Lama kot tak buat kenduri. :)


Okay, sekarang mari jawab soalan Nurul; (kak mira jawab dalam BM je lah dik..perkataan english macam takda dalam memori dah ni..hihi)

1. macam mana kita kenal?
Kita kenal masa sekolah of course kat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani! Saya kan senior yang comel waktu tu. Ok! boleh baling telur busuk kat aku sekarang..ahaha.

2.macam mana boleh mula berbelog?
Hmm..entah la. Sebenarnya aku seorang yang suka menulis, mengarut dan juga membebel. Mungkin sebab tu kot buat belog ni. :)

3. apa yang anda buat sebelum tido?
Pegi buang air, check semua pintu dan tingkap, tutup lampu, jalan pegi bilik, duk atas katil, baca doa dan tido. Err..rasa macam tak jawab soalan dengan tepat la pulak..hehe. sori.

4.anda ada bantal busuk? apa nama dia?
Dulu ada,  kaler purple berbelang biru..arwah tok yang buatkan. 100% handmade dan kekabu..best woo! Tapi dia dah hilang masa pindah ke kelantan 14 tahun lepas. Dia takda nama. :'(

5.tabiat pelik sejak kanak-kanak?
Sangat suka gosok hidung bila rasa malu ataupun segan dengan sesuatu situasi. Contohnya bila jalan-jalan pastu terlanggar tiang, terus sambung jalan sambil gosok hidung..hehe. Rasanya tak pelik pun kan?

6. apakah jenama telefon bimbit anda?
Pakai nokia yang berwarna pink je. Model jangan tanya sebab tak pernah ambik kesah..haha. Ni pun ihsan ayah, terima je lah dengan seadanya. :)

7. boyfriend dan bestfriend mana satu pilihan anda? dan kenapa?
BOYFRIEND!!! Hahaha..kalau aku jawab yang ni memang sah aku dah nak gila agaknya..hahaha. Of course lah bestfriend. Sebabnya bestfriend yang selalu teman aku masa susah dan senang. Yang jaga aku masa sakit, belikan aku nasi dan temankan aku shopping! Boyfriend setakat hantar text dengan call tanya khabar je lah. Nak jumpa setahun sekali pun susah yang amat, nak jaga masa aku sakit? Memang tak ah. Sila jangan kecik hati pada yang berkenaan. Tapi rasanya kalau husband dengan bestfriend jawapan akan berbeza lah kot. Mungkin la. :)

8.ada takut apa-apa tak? dan kenapa?
Aku takut tempat yang gelap dan sempit. Rasa macam sesak nafas dan nak pengsan weh. Taktau kenapa, ni semulajadi lah kot.

9.kalau anda boleh buat satu je benda untuk parents anda untuk membalas jasa mereka, apakah ia?
Dengar cakap diorang tanpa bantah walau sepatah pun. Tapi kalau kena paksa kawin macam dalam novel tu, aku cadang nak bantah. Kawin mana boleh paksa-paksa..haha. *pengaruh dunia novel.. (-__-")

10. kartun kegemaran anda?
Dah tercakap kat 11 fakta tadi tu..hehe. Saja nak cakap lagi, shawn the sheep tu lawak gila. Sila lah pegi tengok.

11.macam mana anda tahu belog saya?
Obviously melalui aktiviti stalk. Ok, kantoi kat situ..hehe. :P



* soalan bonus: apa yang patut ditukar kat belog Nurul?
Overall ok, suka background tu sebab simple dan kaler macam cerah je mata bila tengok. Suka! Cuma tulisan yang kaler coklat kat header tu macam tak sesuai mungkin sebab kaler coklat terlalu dark kot ataupun sebab font tu. Rasanya sebab font tulisan the little note tu kot. Yang lain baik-baik saja. :))


Sekian.



p/s: Nurul, sori lah kak mira dah lama tak bukak belog..hehe. Sebenarnya kena buat 11 soalan dan tag orang seterusnya tapi aku rasa takda orang nak jawab pun, buat malu je. Jadi aku tak buat lah..haha.

Love, Mira.