Wednesday, December 21, 2011

Jatuh Cinta Juga Perlukan Masa.


Assalamualaikum.
sangatlah setuju. (^.^)

Obviously dalam range umur sekarang orang memang gelabah bila takdak pakwe. Bagi yang tak gelabah, anda memang cool. Syabas aku ucapkan!! Bagi aku cinta tu akan datang dengan sendiri. Memang lah kena cari tapi ya..usah dipaksa cinta itu. Dan harus diingat yang cinta dan jodoh adalah dua benda berbeza. Ramai orang yang bercinta tapi tak sampai ke gerbang perkahwinan. Haih..aku rasa ayat aku poyo lah. Dangg...*Tampar pipi bagi normal balik.


Ikut pandangan aku, jangan bercinta kalau tak bersedia. Dan jangan duk rasa down bila tengok orang lain ada pakwe dan kau takdak. Takdak pakwe bukan bermakna tak laku. Kalau tak caya cuba survey orang sekeliling, mesti ada yang kita tengok macam perfect tapi ya single. Sebenarnya bukan tak mau atau jual mahal sangat cuma rasa tak mampu bagi komitmen. Buat apa bercinta then gaduh pastu putus? Macam buang perasaan je. Buang masa memang dah tentu-tentu punya.

Jadi, biar masa yang tentukan. Atau yang lebih tepat lagi Dia yang kat atas sana yang tentukan. Bukankah jodoh dari tuhan yang terbaik. Danggg..*maaf ayat kembali poyo. Bagi aku yang paling senang dan berkesan doa lah. Cuma cepat atau lambat je. Jadi, sabar lah..~





p/s: aku tau mesti ada yang akan kata aku boleh la cakap sebab tak rasa..blablabla. tapi sebelum ni kan aku pun single jugak. aku faham lah sikit sebanyak. anyway, aku rasa jadi gadis haruslah jual mahal takkan nak jadi murahan pulak. jual mahal tak bermaksud materialistik!!
Sekian. :)

Love, Mira.

No comments:

Post a Comment