Sunday, October 23, 2011

Najwa Shafiqa VS Najwa Latif

Assalamualaikum.

Aku saja bagi tajuk gitu sebab dengki dengan Najwa Shafiqa! Nak bagi nampak macam Wa tak suka Najwa Latif..haha. Aku jeles dengan dia sebab dapat jumpa Najwa Latif! Tadi dia tetiba call aku di tengah malam. Ya, memang tengah malam, pukul 12 tau. Lepastu siap gelak-gelak lagi. Aku ingatkan dia nak cakap yang dia setuju aku jadi kakak ipar dia..hewhew. Rupanya dia nak bagitau dia tengok Najwa Latif perform. Ciss, aku rasa tercabar sebab aku minat jugak si Najwa Latif tu. Dia kutuk aku sebab tengok Hujan je, apa kelas katanya. Wahh, aku dengki nih. Tahun depan aku nak paksa UUM jemput si Najwa Latif, pastu aku nak ambik gambar sekali dan terus tag si Najwa Shafiqa tu kat facebook..hahahahaha.*gelak evil kena panjang sikit.



ini dia Najwa Latif. Cinta Muka Buku.



Oh, lupa nak bagitau, Najwa Latif satu-satunya artis remaja yang aku minat. Kalau yang lain tu gitu-gitu je lah. Kalau artis youtube yang jenispakaitudungmaingitar dia dengan Yuna je aku layan. Eh, Yuna main gitar eh? Hehe. Yang lain-lain malas nak layan. Terutamanya si budak X yang bajet suara macam sedap tapi so so je.  Dah tu berlagak gila. Orang jumpa kau kat fanpage dengan facebook memang la kau layan baik, yang jumpa hari-hari ni ada? Oh, maybe kau dah berubah..bagus la kalau ya. Tapi maaflah aku masih tak dapat terima lagu kau.


ini dia Najwa Shafiqa. ambik gambar bajet cover album..heh.
Rasanya kalau Wa ni penyanyi mungkin dia akan buat lagu yang bertajuk Aku Benci Muka Buku. Bukan sebab nak lawan Najwa Latif ke apa. Tapi sebab dia selalu mengamuk kat facebook..especially pasal ex dia yang macam haram tu..haha. Wa, kau boleh maki aku sekarang..haha.



p/s: pening tak baca nama Najwa banyak-banyak? haha. Aku yang tulis ni dah pening dah. Oh, nak tau satu benda? Mak aku dulu niat nak bagi aku nama Najwa tapi cancel sebab nak bubuh semua nama anak perempuan start dengan huruf A. Kalau tak lagi pening..hehe.


Love, Mira.

6 comments:

  1. mengapa? aku rasa dia better dari si X tu..ni ikut suara la. kalau peribadi aku taktau la.

    ReplyDelete
  2. ak pon suka dia tp xde r over cam hg...hahahahaa

    ReplyDelete
  3. hahahah ohmygod! adakah X itu si perasan cantik kelipkelip mata dekat camera tu??

    ReplyDelete
  4. dayah kadang2 kena over. aku tnsion sbb dia snggup call aku semata-mata nak ckp tu je..hehe.

    ReplyDelete
  5. yes amee! dialah sapa lagi. kelip2 mata sambil petik gitar, tgk camera malu2 kucing..hahaha. kelakar..:D

    ReplyDelete