Wednesday, September 28, 2011

Serupa Tapi Tak Sama...

Assalamualaikum.
Pernah tak korang jumpa orang yang sama muka, perangai ataupun apa-apa lah yang korang rasa sama dengan korang? Aku takla maksudkan orang yang suka tiru gaya orang lain tapi orang yang memang natural macam kau. Aku jumpa weh! Okay, sebenarnya selalu je aku jumpa orang yang macam aku. Bak kata akak aku, muka aku ni bersepah kat mana-mana..wuwu.

Sepanjang hidup aku ni aku dah biasa dah dengan orang yang cakap;
eh, muka kau macam akak senior tu lah.
atau
muka kau sebijik kawan aku doh!
takpun gini
aku lepak-lepak tadi nampak kau, aku panggil tapi kau gila sombong..sekali bila kau pandang rupanya bukan kau..hihi

Aku dah macam lali dah bila orang cakap macam ni. Tapikan kawan baru aku kat uum ni iaitu Dayah dia pun kata muka aku macam kawan dia. Yang lainnya sikit, dia tak cakap masa kami mula-mula kenal dulu. Masuk minggu kedua baru dia bagitau. Dia online facebook terus dan tunjuk kat aku gambar kawan dia tu. Disebabkan dia tak pernah kata yang muka aku sama dengan bestfren dia ni..aku pun macam blurr sangat bila tengok gambar tu.

Aku macam err..bila masa pulak aku upload gambar ni kat facebook eh? Aku pernah pakai selendang style ni eh? Lama jugak otak aku take time untuk absorb. Boleh tak aku taktau yang tu bukan aku..haha. Ni la kali pertama aku jumpa orang yang macam aku dan aku akui dia memang macam aku. Aku malas nak letak gambar sebab nampak sangat aku pegi curi kat facebook dia kan..hihi. Malu-malu!

Sebenarnya kan takut jugak la bila tengok ada orang yang macam kita tau kecuali la kalau kau memang lahir-lahir dah kembar. Tu kisah lain dah. Orang cakap ada 7 orang yang serupa dengan kita dalam dunia ni kan. Aku pun taktau la kebenaran kata-kata tu sebab rasa macam lebih dari 7 je..hihi. Okay la, penat dah..aku nak pegi sambung keja aku ni. Sekian...

p/s: i've also found someone just like you..the way he talk, smile, pissed off..just like you. unfortunately, he's not you.


Love, Mira.

No comments:

Post a Comment