Friday, September 30, 2011

No!

Sorry i can't be there. I do hope i can be with you during your big day but unfortunately it is a big NO!

Mira.

hujan oh hujan!

 Assalamualaikum.
Hari ni aku bukan nak cakap pasal cuaca hujan yang melanda sintok ni. Senang cakap negeri-negeri kat utara ni memang asyik hujan la. Tapi tu bukan main point hari ni. Hari ni nak cerita pasal band Hujan. Tak kenal hujan? Where have you been? Ceh, bajet macam Hujan glamer gila la kan..hehe. Tapi menurut perkiraan aku glamer la jugak.

ini band Hujan

Okay, tak kisah la glamer ke tak Hujan ni yang pasti aku berpeluang dengar diaorang nyanyi live semalam. Ya, aku excited tapi takdak la sampai terkinja-kinja ibarat tiada hari esok! Aku cuma nyanyi sama-sama tapi suara slow je lah. Takut salah lirik..malu lah kan..haha. Tapi maaflah tak ada gambar Noh ke Hujan ke yang dapat dikongsi. Aku ada kamera fon je kot, gambar of course tak lawa, jadi aku tak ambik langsung. Orang yang pakai dslr dapat la snap picture Hujan banyak-banyak. Okay, jeles jap..haha.

Kesimpulannya, hujan best! Cuma bila beliau nyanyi lagu rock sangat, kepala aku pening..haha. Apa-apa pun, pujian pada Noh, tabik sikit kat dia sebab berjaya kawal audience yang menggila tuh dan mintak diorang duduk. Kalau tak dah tentu aku tak dapat tengok muka diorang just dapat dengar suara je. Dan aku suka la lagu slow tu..err..tapi sori la lupa pulak tajuknya..ehee. Lagu faveret aku diorang tak nyanyi..kenapa? Mungkin lagu tu tak hits sangat kot. Aku suka lagu 'aku mahu kau tahu'. Fine, tak pernah dengar kan?! Pergi cari sendiri kat youtube. Emo jap..ahaha.

Lepas Hujan settle je nyanyi, ada bunga api. Aku seperti biasa haruslah excited. Okay, aku nak buat pengakuan, aku suka gila tengok bunga api! Rasa nak baring tengah padang sambil sengih panjang..hehe. Oh, merasa gak ambik gambar pakai dslr..tapi tak sure either kak nas or kak syida punya. Mungkin kak syida kot sebab dia yang upload kat facebook. Terima kasih! Oh, tudung aku bulat gila semalam..dah la kaler biru, nampak macam doraemon..huh!

aku, kak nas, yana





aku, kak syida, yana


tetiba ada extra. buat peace lagi. sapa kau?

p/s: Hujan datang makan & lepak kat dpp TM iaitu dpp aku..maka dengan itu ramailah classmates serta coursemates yang jeles..ahaha. Hujan je kot, yang excited bagai apasal? Tu belum Siti yang datang sini..hehe. Sekian.

Love, Mira.

Wednesday, September 28, 2011

serupa tapi tak sama...

Assalamualaikum.
Pernah tak korang jumpa orang yang sama muka, perangai ataupun apa-apa lah yang korang rasa sama dengan korang? Aku takla maksudkan orang yang suka tiru gaya orang lain tapi orang yang memang natural macam kau. Aku jumpa weh! Okay, sebenarnya selalu je aku jumpa orang yang macam aku. Bak kata akak aku, muka aku ni bersepah kat mana-mana..wuwu.

Sepanjang hidup aku ni aku dah biasa dah dengan orang yang cakap;
eh, muka kau macam akak senior tu lah.
atau
muka kau sebijik kawan aku doh!
takpun gini
aku lepak-lepak tadi nampak kau, aku panggil tapi kau gila sombong..sekali bila kau pandang rupanya bukan kau..hihi

Aku dah macam lali dah bila orang cakap macam ni. Tapikan kawan baru aku kat uum ni iaitu Dayah dia pun kata muka aku macam kawan dia. Yang lainnya sikit, dia tak cakap masa kami mula-mula kenal dulu. Masuk minggu kedua baru dia bagitau. Dia online facebook terus dan tunjuk kat aku gambar kawan dia tu. Disebabkan dia tak pernah kata yang muka aku sama dengan bestfren dia ni..aku pun macam blurr sangat bila tengok gambar tu.

Aku macam err..bila masa pulak aku upload gambar ni kat facebook eh? Aku pernah pakai selendang style ni eh? Lama jugak otak aku take time untuk absorb. Boleh tak aku taktau yang tu bukan aku..haha. Ni la kali pertama aku jumpa orang yang macam aku dan aku akui dia memang macam aku. Aku malas nak letak gambar sebab nampak sangat aku pegi curi kat facebook dia kan..hihi. Malu-malu!

Sebenarnya kan takut jugak la bila tengok ada orang yang macam kita tau kecuali la kalau kau memang lahir-lahir dah kembar. Tu kisah lain dah. Orang cakap ada 7 orang yang serupa dengan kita dalam dunia ni kan. Aku pun taktau la kebenaran kata-kata tu sebab rasa macam lebih dari 7 je..hihi. Okay la, penat dah..aku nak pegi sambung keja aku ni. Sekian...

p/s: i've also found someone just like you..the way he talk, smile, pissed off..just like you. unfortunately, he's not you.


Love, Mira.

Monday, September 26, 2011

rasa bagai kacang lupakan kulit..wuwu..

Assalamualaikum.
Hehe..rasa tertanya-tanya tak sebab apa aku bagi tajuk entri seperti di atas? Okay, tak tertanya-tanya pun..aku je gedik sensorang. Anyway, lupakan itu aku nak cerita rahsia aku ni. Err..takla rahsia sangat sebenarnya tapi ramai yang tak tau..tu kira rahsia jugak lah kan? kan?

Macam ni ceritanya..masa kecik-kecik dulu mak aku sibuk dengan kerjaya dia sebagai cikgu tadika. *Sekarang pun sibuk jugak. Jadi, tak dapat la dia jaga aku sepenuh masa time baby dulu. Lalu, aku sebagai baby yang baik dan mendengar kata ni pun duduk la kat rumah babysitter aku. Tak jauh pun..selang empat lima buah gitu je..hehe.

Sebenarnya boleh je kalau mak aku nak letakkan aku kat rumah tok aku. Rumah tok aku kat kampung sebelah je tapi jenis parents aku ni tak suka kacau orang tua mereka. Berdikari! Nampak tak mak ngan ayah aku dah bagi hint dari azali..."jangan suruh kami jaga cucu bila kami dah tua nanti"..wuwu. Maka dengan itu kami adik beradik memang ada babysitter masing-masing.

Disebabkan aku bakal pindah ke rumah lama yang mana berdekatan dengan rumah babysitter aku dulu maka aku pun dah lama jugak la tak pegi ke rumah dia. Raya hari tu pun tak sempat singgah, kejap sangat pegi sana..cuma sempat tengok rumah kitaorang yang tengah di-renovate lepastu gosip sat dengan pakcik Sari dan makcik Na sebelah rumah..hihi. Aku bukan taknak pegi tapi segan la. Aku kan dah besar panjang..

Dan..
Pagi tadi masa on the way nak pegi kelas..aku dapat call. Wonder jap sapa call aku pagi-pagi ni. Aku pun angkat la..ada suara perempuan..tapi aku tak kenal lepastu dia pas fon kat sorang pakcik ni. Bila pakcik ni start cakap je aku dah tau dah..ni pakcik a.k.a suami kepada makcik babysitter aku nih. Aku panggil dia ayah nyut..comel tak? hehe.. Babysitter aku tu aku panggil maklong kadang-kadang mak je. Tetiba aku rasa bersalah gila sebab lama aku tak update dengan diorang padahal sebelum ni selalu jugak la..wuwu. Rasa macam kacang lupakan kulit..

maaf lah..~

Selalunya kalau ada masa memang aku lawat diorang kat sana tapi ni sebab hidup aku macam tunggang langgang lepas habis matrix hari tu..aku macam lupa pulak.*sila tampar aku sebab tak concern..wuwu..  Selalu kalau raya aku call diorang tapi tahun ni tak jugak..sibuk dengan hal atok aku dengan nak masuk u bagai. Oh, aku seseungguhnya lupa! Akulah kacang yang lupakan kulit itu..wuwu. *nasib baik tak jadi tanggang..hehe.

Kalau ayah aku yang sebenar tau mesti dia marah. Ayah aku memang jenis strict sikit bab relationship ni..kena jaga. Dia cakap even diorang just babysit aku tapi diorang la yang selama ni layan aku masa mak ngan ayah sebenar aku keja. Kira macam mak ngan ayah yang sebenar jugak.. Ayah aku pernah cakap, kalau apa-apa nanti kena inform diorang jugak. So, bakal suamiku. Sila la bersedia untuk berjumpa dua buah keluarga. Kalau salah satu tak approve naya la..hehe.


p/s: saya nak mintak maaf kepada keluarga babysitter saya yang dah lama saya tak call..wuwu. Maafkan daku! Bajet macam diorang baca blog aku lah kan..haha. Saya sedar saya lupa dan lalai. Mintak maaf. Kepada keluaga saya juga mintak maaf tak call lagi minggu ni..tunggu hujung ni na..hehe. Saya sayang anda semua!! Oh, lupa..keluarga angkat ni lah rahsia tu..ramai taktau..hee.


Lots of Love, Mira..

Tuesday, September 20, 2011

alone.

Love is not saying I miss you. Love is being with you.





p/s: wish you were here..T_T


Love, Mira..

Sunday, September 18, 2011

mengapa saya sorok dia..

Assalamualaikum. Lama jugak aku tak meng-update entri baru, semua sebab internet yang taknak bekerjasama dengan aku. Tapi tak apa, aku tak marah..internet memang begitu. Kadangkala cepat ibarat cheetah kadangkala lembab macam siput. Aku terima je lah, benda free memang macam tu la kan.

Sebenarnya aku dah lama nak cerita pasal benda ni cuma taktau macam mana nak mula. Aku kan pemalu. Ya, aku pasti ada kalangan kawan-kawan aku yang akan persoalkan kata-kata aku tu. Tapi serius aku memang pemalu kalau nak cakap pasal..ehem..cinta. Nak buat macam mana jiwa aku jantan sikit tapi aku straight okay cuma aku bukan jenis lovey dovey ni.

Ada je kawan-kawan aku yang persoalkan kenapa aku tak pernah upload gambar dia kat facebook aku. Jawapannya senang je..apa perlunya aku upload? Eh, tu da jadi soalan ya..hehe. Sori la, aku memang tak suka tunjuk sapa dia yang bertakhta di hati aku ni. Haha..ayat gila geli!
Aku taknak ada orang komen camni;
asal boyfriend kalau cerah dari kau eh? Kulit dia lawa lak tu..
Sentap kau kalau kena gini. Tau la aku banyak jerawat pun..huhu. Aku ni dah la jenis cepat down. Kang kalau aku down dia jugak jadi mangsa. Kesian kan..so, baik tak payah tunjuk gambar dia..lagi senang.

Ada juga yang tanya bila nak buat in a relationship? Menurut pandangan aku sendiri, tu bukan masalah besar pun. Tulis atau tak, tak ada effect kat aku pun. Lain la kalau aku tulis in a relationship pastu mak aku terus cakap "kawinlah anakku, mak ngan ayah sponsor"..then, baru la aku tukar status tu. Haha..harapan la mak aku nak cakap camtu. Dalam erti kata lain, hidup aku tak berubah pun kerana satu status kat facebook tu. Tapi aku mungkin akan tukar status kepada 'engaged to' takpun 'married to' bila semuanya dah officially sah.

Dan lagi..lebih sedih bila kawan yang jenis advanced sikit cakap..
korang tak pernah jumpa parents each other eh? Korang couple jenis apa ni?
Oh, hello awak..kitaorang baru couple, belum kawin lagi. Nak jumpa mak bapak kena ada duit dalam simpanan dulu. Kalau tak..takdak maknanya, bukan boleh kawin terus pun. Lain la kalau family kitaorang ni kaya raya sudi nak taja wedding kitaorang. Lagipun aku jenis tak suka kenalkan dengan family. Tak, aku bukan malu dengan dia ke apa.. Cuma, bayangkan la kalau kitaorang putus di tengah jalan. Kan ke susah. Buat pulak family aku suka gila kat dia, macam mana?

So, kesimpulannya aku tak bersedia nak kenalkan dia pada sesiapa pun kecuali pada teman-teman rapat aku. Tapi aku pasti tak akan menolak untuk expose siapa dia bila masanya dah tiba which is maybe next 5 or 6 years.. Kalau ada jodoh la..hehe. Oh, ya..lupa nak cakap aku dah jumpa some of his family; kakak dengan mak dia tu pun secara tak official. Aku bangga sebab aku tak pengsan masa tu..haha.

" Love me for a reason, let the reason be love."
p/s: mak dengan kakak awak lawa la, patut la awak pun lawa..eh, tak..awak comel! Haha. Okay, aku rasa geli..sekian.

Lots of Love, Mira.