Sunday, March 27, 2011

Aku Dan Kawan-kawanku...

Aku ada banyak kawan sebab aku memang suka berkawan. Masa mula2 masuk tadika dulu aku tak pernah takut tak ada sebabnya mak aku cikgu tadika situ, kalau takda orang nak kawan ngan aku, mak kan ada..hehe. Tapi banyak ja kawan yang aku dapat. Aku ngan kawan2 tadika kawan masa tadika sampai darjah 1 ja. Lepas tu, aku pindah dan lost contant ngan diorang. Kalau diorang lalu depan aku sekarang ni pun memang sumpah aku tak kenal. Aku mungkin ingat nama tapi kalau rupa tu..tak kot. Aku susah nak ingat muka orang.

Akhir tahun ni, keluarga aku pindah perlis balik jadi kemungkinan untuk jumpa semula kawan tadika tu memang tinggi lah. Mesti mak bising kalau dia tau aku tak ingat kawan2 aku ni. Mak aku memang boleh kata konfem ingat diorang lah. Lagipun mak aku jenis mesra alam, memang segala salasilah family kawan2 aku tu pun dia tau. Tapi tak heran pun, dah tu kampung dia memang lah dia kenal mak bapak kawan2 aku tu.

Masa pindah kat kelantan aku baru darjah 2, innocent lagi time tu. First time kot pakai tudung pegi sekolah. Konon2 nak buat anjakan paradigma lah, masa darjah 1 aku free hair..besa lah, mak aku tak bagi pakai masa tu, takut aku ambik tudung tu buat lap tangan lepas makan..haha. Ok, masa tu memang takut takda kawan. Paling aku takut, aku tak faham sepatah apa yang diorang cakap. Aku cakap utara diorang cakap kelantan memang macam itik ngan ayam. Demi untuk elakkan malu sebab tak pandai cakap kelantan aku diam ja. Sampai ada sorang budak ni tanya aku nama apa. Aku excited gila, ada orang nak cakap nak aku. Dan kami pun berkenalan..lepas 2 bulan, dengan tunjuk ajar diorang aku dah boleh cakap kelantan dah. Dah terer dah masa tu tapi kat rumah masih cakap utara lagi, yang tu takleh buang punya.

Tuesday, March 8, 2011

Bengang!

Terbaek lah, bila dah siap keja pastu tak sempat save dan at the same time laptop buat hal...wattehell.

Mira.

Wednesday, March 2, 2011

Tak Jadi Give Up

Sejak setengah tahun lalu, aku asyik stress. Sampai saat ni pun masih rasa lagi. Kalau ikutkan hati memang nak give up. Taknak buat homework, taknak baca buku, taknak pegi kelas..semua aku taknak buat kecuali makan.. Tapi rasa sayang pulak kalau tak usaha sekarang.

Alhamdulillah, sekarang mak ngan ayah aku dah mula faham apa yang aku nak sebenarnya. Dah bertahun aku cuba bagitau apa yang aku nak tapi diorang taknak dengar. Diorang tetap anggap aku mira yang dulu. Suka baca buku, rajin buat homework, suka bertanya, pandai..tapi tak. Aku bukan mira yang tu lagi. Mira yang tu hilang sikit demi sikit dari hidup aku.

Jadi, setelah beberapa tahun merasa jadi loser..takdak arah tujuan. At last, hujung minggu lepas aku temui asa. asa tu kalau dalam bahasa mudah harapan lah(saja nak tunjuk skill tatabahasa aku..hehe). Jadi lepas balik cuti, ada perasaan nak berubah sikit.

Final exam dalam sebulan lagi, memang kena speed kali ni. Aku ni cepat hilang semangat. So, hari2 kena ambik masa untuk muhasabah..tabah lah mira. Untuk mereka yang seangkatan ngan aku, selamat berusaha juga. Dan paling penting, tabahlah kawan..


 Love, Mira.