Tuesday, January 11, 2011

seindah biasa

Aku tak pasti kenapa aku namakan blog ni biasa. Mungkin sebab aku rasa biasa itu indah. Hidup aku biasa je..makan nasi 2 pinggan, tido 5jam, malas study, suka gaduh dengan adik. Kalau aku tetiba buat perangai luar biasa, mesti mak dengan ayah aku risau. Contohnya kalau aku tetiba makan nasi setengah pinggan. ayah aku lah orang pertama yang akan bertanya. Dia sangat risau bila aku tak berapa nak makan sebabnya aku taknak makan bila sakit je. Bila aku rajin study tahap tak ingat dunia, mak aku pulak yang risau. yalah, bila rajin study nanti result gempak, bila result gempak dia dah takleh bising dah. Susah betul aku kalau jadi luar biasa, jadi aku decide nak jadi biasa je. Semua orang gembira, aku pun gembira. Jadi sebab itu aku rasa biasa itu indah.

p/s:Selamat datang ke dunia biasa..

Love, Mira.